-Kelam-kabutnya Rasa-

March 19, 2008

Boleh tak kalau aku andaikan bulan Mac adalah bulan yang agak memenatkan? Tapi secara jujurnya memang aku agak letih sedikit bulan ni. Dua minggu berturut-turut aku berkejar ke Johor. Kemudian dua kali pergi ke Alaf 21 dan secara tidak langsung dalam bulan ni saja aku sudah ambil cuti sebanyak 3 hari. Dua hari untuk Alaf 21 dan 1 hari lagi masa kat kampung hari tu. Dalam masa yang sama di pejabat sibuk memburu penulis DBP untuk bengkel seminggu yang akan diadakan di PD bermula hari Isnin ni. Dan, aku selaku urus setia terpaksa hadir sekali nanti. Hem... letihnya rasa sebab di saat akhir ada-ada saja peserta yang menarik diri disebabkan halangan yang tidak dapat dielakkan. Mujur juga tengah hari tadi masalah yang dah dua minggu aku hadapi tu dah selesai. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar hendaknya. Biar penat dan letih minda yang aku dan kawan-kawan rasa berbaloi

Bukan itu sebenarnya yang nak aku ceritakan di sini. Yang nak aku conteng ialah apa yang dah jadi dengan aku hujung minggu lepas. Aku balik kampung hari Jumaat tu semata-mata kerana kenduri cukur jambul Aqqif walaupun minggu sebelumnya baru aje balik. Keluar pejabat pukul 3.30 petang dengan harapan cepat sampai, tapi malang memang tak berbau. Aku sampai agak lewat juga daripada masa sepatutnya sebab bas buat hal di tengah jalan. Nak buat macam mana, nasib badanlah katakan.

Sampai saja di Larkin, aku terus tanya boleh tak kalau aku nak tukar tiket hari Isnin kepada hari Ahad sebab aku tak jadi balik KL hari Isnin sebab nak pergi Alaf 21. Dengan muka tak berperasaan, yang jaga kaunter tu cakap tak boleh tukar. Tiket ketiga yang dah aku sia-siakan rasanya. Beli tapi sudahnya aku tak naik. Lepas tu aku ajak Abang Chik dan Ila pergi Angsana sebab nak cari baju macam yang Faizal suruh pakai sebab dah tak ada masa lagi nak keluar. Tapi puas berpusing macam tak ada aje. Abang aku pun nampak dah bengang, aku lagilah bengang. Dah dekat-dekat Angsana nak tutup, abang aku panggil aku, di tangan dia ada baju warna merah. Malas nak cakap banyak aku capai, cuba dan bayar. Habis cerita...

Dan, kenduri cukur jambul tu pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Aqqif pun sepanjang dicukur jambulnya, cuma tidur aje sampai Pak Long aku cakap, kalau budak lain dah melalak dah. Nak buat macam mana, Aqqif jenis tidur siang tapi malam berjaga. Saja nak dera mama dan papa dia tu. Apa pun, walau agak memenatkan, semuanya puas hati. Tak cukup dengan penat yang dah sedia ada, pukul 10 malam tu, aku, Ila dan Ina sempat lagi buat kek coklat sebab Ina yang nak makan sangat. Mak pun dah herot wajah sebab geram dengan kami bertiga, maklumlah kami sepahkan balik meja yang dah kemas. Tapi lepas tu kami kemaslah balik. Saja nak cari penyakit, itu pun kek tu cuma sempat bakar 2 kali aje sebab masing-masing dah mengantuk. Satu lagi tu simpan esok ajelah. Itu kata Ila malam tu...

4 comments:

  1. amboi bz mcm pm la akak ni...xpe2,nanti tgk hasil sure puas...

    p/s-if jumpa @ sms kak ila,kirim salam kat dia ye...lama dah fad xtegur kak ila...jap gi nak gi blog dia la...ehehe

    ReplyDelete
  2. yelah fad... busy sikit skrg ni. tp janji puas hati kan? nanti akak bg tau salam fad tu kat kak ila... mesti dia seronok sebab fad ingat kt dia lagi tu...

    ReplyDelete
  3. Hah, nanti tawon dpn boleh apply utk masuk Amazing Race aa.. Ajak kawan2 awk tu sekali.. hik hik..

    " Kesibukan sentiasa membawa manusia maju ke depan.."

    ReplyDelete
  4. yup mersik... thn depan saya ajaklah diaorg semua. nak masuk team kami ke? hehee...
    dan, mmg kesibukan boleh bawa manusia ke depan. tp kdg2 kesibukan buat manusia semakin sakit.... betul ke? x yah jawab sebab sy nak pikir jawapannya sendiri. hehehe...

    ReplyDelete