Akhirnya Bengkel Perolehan Manuskrip Novel yang dibuat oleh Bahagian Penerbitan Sastera selesai sudah minggu lalu seperti yang dirancang. Bagi aku, bengkel tu memang bagus. Banyak ilmu yang boleh dikutip walaupun sebahagian daripada yang disampaikan itu dah aku pelajari semasa belajar dulu. Tapi bukan senang juga nak dapat ilmu secara percuma daripada penulis-penulis dan pembimbing yang dah berpengalaman dan kaya dengan ilmu seperti Azizi Haji Abdullah, Dato’ Dr. Anwar Ridhuan, Tuan Haji Malim Ghozali dan Dr Hashim Ismail. Pendek kata, bengkel tu memang sangat berguna untuk aku sebagai seorang penulis walaupun aku tak pernah menghantar karya ke DBP. Bos pun ada cakap masa bengkel tu, ‘Lepas ni Mar kena buat 1 manuskrip untuk DBP’. Dengan sengihan yang kelat aku cakap pula, ‘Saya cuba’. Tapi aku tak berjanji, paling tidak bukan dalam jangka masa terdekat ni disebabkan banyak benda. Akan datang aku tak tahu sebab itu bukan kerja manusia. Kalau hati dah tergerak, aku percaya tak ada apa yang boleh menghalang. Hanya kini, aku berani cakap satu hari nanti insya-Allah aku akan buat juga novel untuk DBP, tarikhnya saja yang tak mampu aku beri.
Pertama kali menjadi urus setia dalam bengkel penulisan rupa-rupanya tidak sama rasanya seperti menjadi peserta. Aku rasa lebih relaks dan santai. Tak ada tekanan, tak perlu banyak berfikir kecuali menjadi pendengar yang baik kerana aku tidak mahu ilmu yang berguna terlepas begitu saja dan pembawa laptop ke mana-mana saja aku nak pergi termasuk pergi mengisi perut.
Tiga hari sebelum bengkel tu diadakan pula, aku tiba-tiba naik angin gara-gara seorang kawan mengatakan pada bos yang aku menawarkan diri untuk buat ‘sesuatu’ hari bengkel nanti. Tapi masalahnya aku tak cakap macam tu. Tapi bila sekali lagi disebut di hadapan aku, darah terasa naik ke kepala secara tiba-tiba. Muka pulak... hem tak tengok cermin jadi tak tahu rupa macam mana masa tu. Mungkin merah padam atau juga hijau biru kuning. Tapi badan aku dah menggigil semacam sebab terlalu geram. Pertama kali aku rasa macam tu sejak jadi warga kerja DBP hampir 3 tahun. Nak menjerit pun ada juga sebab minggu tu memang aku letih sangat terkejar ke sana dan ke sini sambil bimbangkan dua pruf yang setinggi gunung. Bagi mengelakkan aku jadi kurang ajar pada orang yang lebih tua, aku cepat-cepat belah.
Hari kedua bengkel pula, bos datang di tempat makan dengan usikan yang langsung aku tak duga. Bila bos bergabung dengan seorg kawan dan aku sedar ke mana arah perbualan mereka, aku cepat-cepat bangun. Tahu kalau aku terus di situ, aku memang menempah malu. Tak nak aku terus jadi bahan usikan orang. Sah, seperti yang aku duga, di dalam bilik bengkel diadakan, kawan aku tu sekali lagi datang. Bos pula asyik senyum semacam sampai aku nak segan sendiri. Hari Jumaat lepas, sekali lagi aku ditanya dengan soalan yang sama dan aku nekad menamatkan semuanya. Hari ni pula, setelah seminggu berlalu, aku masih lagi disakat dengan usikan yang sama juga walaupun kata penamat sudah diberi. Huh... seronok sangat dapat menyakat aku agaknya ye. Kesiannya aku...
Wahh.. best nyer gi bengkel2 ni.
ReplyDeleteSesungguhnya setiap peluang ilmu yg datang tu tentu ada kelebihannya yg tersendiri. Sementelaah apabila kita sudah berada dilandasan yg sama dengannya.
Maka, teruskanlah saja apa yg difikir baik yg dapat meningkatkan mutu penulisan, minat, kerjaya serta masa depan.
Dan tak lupa... teruskan usaha supaya apa yang cita akan menjadi kenyataan.
Cabaran dan dugaan, oh, tentu akan datang sekali bersama2nya..
Hidup musti kuat dan tabah! Sabar je la... Alahaiii
boleh tahan bestlah bengkel tu, bkn senang nak dapat. yup... mmg tiap ilmu tu ada kelebihannya. harap awk pun sama berusaha sebab awk pun dh jd penulis kan? hehehe...
ReplyDeleteterima kasih kerana jemput saya sertai bengkel tu... saya upload gambar-gambar tu...
ReplyDeletesalam kholid... saya pun ucapkan terima kasih juga. akhirnya segala-galanya selesai juga. gambar2 tu... x kisahlah. ada lagi sedikit tapi tak masukkan. klu rasa nak saya emailkan nanti.
ReplyDelete