-Akhirnya Keluar Juga-

March 6, 2008

Salam buat semua yang sudi menjengah ke blog yang tak lama lagi akan mencecah usia setahun. Tetap setia membaca coretan demi coretan dari si penulis cabuk ini yang adakalanya ok dan adakalanya ko dek perjalanan hidup yang penuh dengan liku-liku yang sentiasa ada di hadapan. Tetap mahu bersama-sama berkongsi segala sesuatu rasa yang pelbagai. Kadang kala senyum, kadang kala pula sebaliknya, sama seperti jalan yang hidup terentang, kadang lurus dan kadang pula berliku-liku. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan sentiasa melingkari hidup kita semua kerana dalam hidup ini tidak ada yang lebih kita harap-harapkan berlaku kecuali dua perkara penting tersebut.

Buat pembaca novelku, ada berita baik yang ingin aku sampaikan di sini. Tadi aku baru saja mendapat panggilan telefon dari Auen, editor Alaf 21. Auen kata novel SEGALANYA UNTUKMU dah keluar. Keluar bagaimana maksudnya, aku tak berapa pasti. Mungkin keluar dari kilang atau mungkin juga keluar ke kedai-kedai atau juga keluar dengan erti kata dah siap dicetak. Cuma yang aku benar-benar pasti kerja-kerja yang berkaitan dengan novel terbaruku itu sudah pun selesai sepenuhnya dari A hingga Z.

Lega! Lega benar rasanya bila berita itu akhirnya sampai juga pada aku sebab dah beberapa minggu juga aku tunggu. Bukannya apa, sejak Tawaran Pra-Terbit novel tu keluar kat web Alaf 21 dan aku pun tempelkan juga cover dan blurb novel tu di sini sebab rasa tak elok pula kalau aku hanya biarkan Alaf 21 aje yang buat promosi tanpa aku campur tangan sedangkan itu novelku. Sejak itu, aku sebenarnya tak tahu macam mana nak menjawab bila tarikh sebenar novel tu akan keluar setiap kali kawan-kawan di luar atau di sini bertanya. Dari dulu, aku memang tak berapa gemar buat orang tertunggu-tunggu, tak sampai hati sebenarnya. Mungkin disebabkan itu juga aku tak pernah cakap apa-apa tentang novel aku pada orang secara detail, sama ada tengah buat, bila nak siap, bila nak keluar, bila nak hantar dan sebagainya. Aku hanya akan cakap dalam proses sebab dalam proses itu membawa banyak maksud. Mungkin dalam proses menulis, dalam proses mengedit, dalam proses mencetak atau apa-apa yang berkaitan dengan itu. Bukannya lokek atau malas nak layan tapi tak suka buat orang macam tu selagi aku tak dapat kepastian. Aku cuma berani bercakap atau menulis di sini bila benar-benar pasti atau benar-benar keluar.

Apa pun, bila dah tahu novel tu dah keluar, aku jadi makin takut dari sebelum ni. Takut kalau-kalau mengecewakan, takut kalau-kalau tak dapat menepati apa yang diinginkan pembaca, takut kalau-kalau novel ini lebih teruk dari novel-novel sebelumnya dan takut kepada komen-komen yang pelbagai. Tapi walau apa pun, kalau ada yang tidak kena dan ada kekurangan di mana-mana, kritik dan tegurlah aku dengan cara yang benar dan berhemah supaya semangat yang ada dalam diri ni tak jatuh merundum, supaya aku tak terduduk dan kemudiannya langsung tak boleh bangkit walaupun aku ingin, supaya aku tahu di mana salah dan silap, supaya aku tidak melatah dan yang penting supaya aku dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada. Insya-ALLAH aku boleh menerima kritikan jika kritikan itu benar-benar ikhlas sebab aku tak nak jadi manusia yang hilang keyakinan disebabkan orang lain. Sekian...

4 comments:

  1. penulis dan pengarang mmg kena muka tembok. sebabnya kita hasilkan karya dan berharap orang suka baca karya itu.

    ReplyDelete
  2. harapan x semestinya jadi kenyataan, lebih2 lagi dalam dunia ni ada macam2 jenis manusia. seorang suka, x mestinya seorang lagi suka. tapi x salah klu kita semua berusaha untuk membuatkan orang suka. tapi... alamak mcm mana nak buat org suka agaknya? hehe... pening sekejap... apa pun terima kasih sudi menjengah...

    ReplyDelete
  3. salam Aleya...

    TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH sekali lagi dari akak... hihihi faham dengan pa yg aleya rasa tu. nak2 pulak time nak tunggu sampai kat tangan kita....memang berdebar dan teruja sungguh.

    ReplyDelete
  4. terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kak dhiya. hem, rasa ni agaknya mmg ada pada setiap penulis kot. tp bila pembaca dah baca, lagilah serammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete