- Imbas Kembali 3 -

13/4/2008, dengan rasminya Pesta Buku 2008 dah pun berakhir dan inilah n3 kenang-kenangan terindah yang seterusnya untuk tahun 2008. Dan, seperti tahun-tahun sebelum ni, Pesta Buku tetap berjalan dengan lancar walaupun di tengah-tengah kelompok manusia yang terlalu cintakan buku, tak kira buku kreatif atau pun buku ilmiah. Setahun sekali, siapa yang tak teruja nak pergi. Cuma agak kasihan kepada mereka-mereka yang teringin pergi tapi masa dan keadaan pula sepertinya tidak begitu merestui.

Bagi aku pulak, mungkin sama dengan Bikash dan Shanika, yang aku suka Pesta Buku cuma satu saja, suka bertemu dengan kawan-kawan penulis yang jarang sekali bertemu muka dan kawan-kawan pembaca yang kukenali di alam siber ini. Kalau ada pun hanya menyapa di maya ini atau pun telefon bimbit, saling bertanya khabar supaya jejak tidak terputus. Seperti tahun-tahun lepas, aku tetap bertemu dengan Kak Anis, Kak Aisya, Kak Meen, Kak Rose, Kak Lina, Kak Lynn, Abg Ramlee, Kak Durrah, Kak Eka, Kak Lily Haslina dan Kak Dhiya (kalau ada yg tak tersebut tu minta maaf, ingatan dah makin pudar). Tapi yang agak istimewa tahun ni, aku jumpa dengan kawan-kawan penulis yang baru seperti Kak Hezzy, Fatin, Azhan, Qaira dan Fadhli. Malah, ada juga berjumpa dengan kawan-kawan penulis selain penulis Alaf 21 seperti Kak Puteri, Kak Norfizah Nordin, Kak Zulaila, Kak Ramlah, Ebriza, Kak Fishah, Mersik, Fida, Kak Lara, Kak Aina, Kak Mimie dan ramai lagi (nak sebut semua tapi tak ingat). Kawan-kawan pembaca pun jumpa juga macam Rehanz, Nita, Kak Noor, Kak Notie, Abang Long, Adhan, Angah Alyze dan adalah lagi.

Inilah dia sebahagian gambar di hari terakhir Pesta Buku yang sempat aku ambil. Tengoklah kepada sesiapa yang sudi, kawan-kawan yang nak gambar-gambar ni, boleh beritahu sebab takut-takut tak boleh copy dari blog ni. Selamat melihat...

Kak Anis & Kak Lynn - hem, sepatutnya Kak Lynn berdiri di tengah-tengah aku dan Kak Anis, barulah nampak berseri sikit. Tapi Kak Lyn mmg comel dengan... hehehe...

Kak Sa'adi - salah seorang editor Alaf 21 yang telah betungkus lumus sepanjang Pesta Buku 2008.


Kak Meen, Kak Anis, Kak Hezzy, Fatin, Kak Aisya, Damya, Kak Lina & Kak Dhiya - gambar-gambar terakhir sebelum masing-masing bawa haluan sendiri. Entah bilalah agaknya dapat berjumpa lagi.

Carrie, Abang Long, Kak Meen, Fatin, Kak Hezzy, Kak Dhiya, Kak Anis & Mersik - setiap kali aku capai makanan, aku selalu tengok kalau-kalau Abang Long pandang, malu seh dari tahun lepas asyik makan aje kerjanya aku ni.

5 comments:

  1. meriah nyer...tapi fad rasa last year lagi teratur + lagi luas...hope tahun2 akan dtg alaf21 akan book tmpat cepat2...baru senang nak "menghabiskan rm" hehehe...

    ReplyDelete
  2. aleya....nampak lebih ceria sekarang, ada berubahan pada diri awak....pesta buku meriah yang duk kat hujung sekali mersik ker hehhehe

    ReplyDelete
  3. hai fad, akak pun memang tahun lepas lebih meriah daripada tahun ni sebab tahun ni agak sempit. tahun depan, marilah kte tengok sama-sama macam mana kalau ada umur.

    ReplyDelete
  4. hai ila, hidup mesti ceria walaupun ada masa-masanya rasa nak rebah juga. tapi itulah namanya hidup kan? yup, tu mersik.

    ReplyDelete
  5. Uhuks.. uhuks.. uhuks..

    Aloh.. tersedak2 la plak. Cam ada oang sebut2 jek..

    ReplyDelete