- Jalan-jalan Cuci Mata 3 -

By | 1:24 PM 1 comment
Pagi, sebaik saja celik mata, aku tiba-tiba aje terasa nak balik walaupun semalam rasa macam tak nak. Teruk betul. Sekali lagi aku dan Shanika pergi ke Pasar Filipina. Jatuh hati atau tidak, aku terpaksa juga beli sesuatu untuk orang-orang yang rapat denganku. Tapi macam semalam, aku tetap tak tahu apa yang hendak kubeli. Masuk ke dalam gerai-gerai kecil pun aku masih belum dapat bayangkan apa yang hendak kucapai sebentar nanti. Anehnya, bila berhenti di sebuah gerai, aku tengok sekejap, tanya itu dan ini, akhirnya benda yang aku tak rasa nak beli, aku beli juga sebab malas nak fikir banyak sangat. Rasa-rasanya aku macam dah belikan benda yang tepat. Kalau pun tak tepat di mata orang, tentu tepat di mata aku sendiri sebab aku dah bayar pun harga benda-benda tu. Harapan aku, diaorg suka nanti. Kalau pun tak suka kenalah buat-buat suka, hehehe...

Lepas check out, kami bergerak ke Muzium Negeri Sabah dengan menaiki teksi. Berpusing-pusing dalam Muzium, melihat-lihat banyak khazanah yang tak pernah dilihat di hadapan mata kecuali dalam TV atau buku, membuatkan aku agak teruja. Apalagi bila tengok keranda lama yang digunakan zaman-zaman dulu oleh golongan raja, kalau tak silap. Cantik pulak ukiran keranda-keranda tu. Tapi yang paling kelakar, masa tengok rangka tulang yang begitu besar, selamba aje aku cakap, 'Tu rangka buaya'. Tapi kami langsung tak datang dekat, lepas tu baca-baca apa yang ditulis, aku tukar apa yang aku rasa, 'Rangka tadi tu tulang nagalah'. Agak yakin aku berkata-kata lepas baca apa yang ada di dalam Muzium tu. Dah nak keluar barulah datang dekat rangka yang nampak menarik, nak ketawa besar aku sebab rangka tu sebenarnya rangka ikan paus (alamak betul ke?, aku yakin dalam tak, tapi yang pasti bukan buaya dan naga).

Dari Muzium, kami bergerak mencari Muzium Tamadun Islam, sambil berjalan aku paksa Shanika bercerita tentang Novel Ungu Karmila. Sampai habis dia bercerita, Muzium Tamadun Islam tak jumpa-jumpa juga, sudahnya kami patah balik dan pergi ke Kampung Warisan. Ada agak banyak contoh-contoh rumah masyarakat Sabah. Sayangnya, banyak antara ruma-rumah tradisi itu yang sedang diperbaiki. Kalau tak tentu akan lebih meriah lagi. Kemudian singgah minum, hem... dalam keadaan cuaca yang panas hati aku ikut terbakar gara-gara air Shanika yang ada ulat tak diganti. Lebih buat sakit hati, orang kedai tu buat tak layan aje.

Lepas makan, kami bergerak ke airport dan pukul 6.30 petang, tanah Sabah kami tinggalkan dengan kenangan manis. Insya-ALLAH ada umur dan rezeki mungkin lain kali boleh datang lagi sebab ada begitu banyak tempat lagi yang tak sempat kami kunjungi. Buat Shanika, terima kasih sekali lagi, kalau tak mesti lambat lagi baru sampai sebab asyik bertangguh aje sejak dua tahun lepas.



























Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. Wahh.. best nyer dia gi jalan2.

    Perjalanan yg sebegini kdg2 mmg menyeronokkan. Main redah jek.. Selagi berada dlm M’sia, mmg tak ada masalah. Tentu mendapat pengalaman yg menarik, seronok, berinfomatif dan penuh inspirasi. Penat2 tu biasalah. Nanti dan lama2, dah selalu berjalan2… rasa seronok plak.

    Selain merehatkan otak (melihat panorama alam), melawat tempat orang, bolehlah juga cari2 idea utk penulisan akan datang.

    Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama…

    Salam ceria ;

    Psstt… lain kali bawak laa Tripod, tak de la.. ambik gmbor mintak tulun cermin.. hik hik

    ReplyDelete