-Hijau Biru Kuning, Tetap Warna Kehidupan-

January 15, 2009

Jam baru pukul 5.20 petang, tapi aku dah lama sampai kat rumah, sejak pukul 5.00 lagi. Lega sangat jalan okey hari ni, tak macam hari-hari lain, kalau tak mesti tak sampai lagi kat rumah sekarang ni. Itu baru mukadimah... rasa nak bercerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Hentam sajalah!

Pagi tadi dapat SMS, alhamdulillah... khabar yang aku tunggu selama 15 hari kebelakangan ni akhirnya terjawab sudah. Lebar aje senyuman aku sebab sebelum tu memang agak berdebar-debar. Asyik terfikir, lepas ke tidak? Tapi nampaknya tak perlu aku terus meneka dan buat andaian yang bukan-bukan lagi, sampai kepala rasa nak meletup. Bimbang pun ya juga. Syukur sangat, lepas ni dah boleh tarik nafas lega untuk tahun ni. Tahun-tahun akan datang, tunggu dulu, bila sampai tahun tu barulah fikir macam mana nak buat.

Tapi rasa seronok hari ni tak bertahan lama, makin masa beranjak makin rasa tak tenteram. Mula rasa macam nak mengamuk sebab tension. Tapi soalnya, apa yang nak aku tensionkan? Kerja yang agak memburu ke? Masa yang agak cemburu ke? Antara kedua-duanya, mana yang lebih aku pilih? Entah, tak ada jawapan. Cuma rasa, memang tak best langsung sepanjang menunggu detik 4.30 petang. Mujur juga detik tu sampai juga dalam pada aku leka menghadap manuskrip drama yang tebalnya 1100 muka surat. Entah bila nak habis, aku pun tak tahu.

Tapi bila difikir-fikir balik... huh, kesimpulannya hari ni, aku tak suka atau lebih tepat lagi, sangat tak suka dengan orang yang berlagak dan perasan bagus sebab tiap-tiap yang bagus itu tentu ada tak bagus di mana-mana sebab manusia tak ada yang sempurna, hanya DIA yang sempurna, tak ada selain DIA. Jadi hari ni juga, aku nak ingatkan diri sendiri, jangan kerana merasakan orang lain kecil, maka kita sewenang-wenangnya bersikap tuan. Bak kata orang, kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa (betul ke ni sebab aku tak berapa pasti) Apa pun, ingat tu Marwati Wahab @ Aleya Aneesa! Hem... sesi merepek dah habis, tak ada idea lagi nak tulis apa. Tapi itu ke puncanya aku jadi sedikit mengong hari ni? Jongket bahu! Jumpa lagi di sini pada sesiapa yang sudi berkunjung. Semoga tahun ni tak menghampakan sesiapa.

12 comments:

  1. Moga tahun ni menjanjikan yang terbaik untuk kamu ya!Salam ziarah!

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Dan jgn lupa nanti bila dh terbit!:-))

    ReplyDelete
  3. salam kak mar(hehe,ada 2 panggilan=P)...akak wat srip untuk drama ke???crite ape ye???

    ReplyDelete
  4. Tahniah aleya..berjaya juga awk terbitkn manuskrip drama.....dah terbit jgn lupa bagi tahu eh

    ReplyDelete
  5. aKu...DiA...kAmU - ya, untuk awak juga dan untuk semua...

    ReplyDelete
  6. dieyana -tq ye... insya-Allah sb diana selalu dengar kte nyanyi lagu kanak-kanak. nanti tu kira upahla eh...

    ReplyDelete
  7. fad - salam kembali. hahaha, akak nak wat skrip drama? hahaha... akak x pandailah. drama dlm n3 tu, maknanya akak edit drama utk org lain. hehehe...

    ReplyDelete
  8. ila - hahahahahaha... kau ni tengah mimpi eh? akak klu tulis drama, mau runtuh langit ni. aku cuma pandai tulis cerpen n novel jerlah... lain dr tu aku langsung tak tahu. hehehehehehe....

    ReplyDelete
  9. salam kak aleeya.
    bnde ape yg lepas tuh?
    sy tak fhm .hehe

    eleen

    ReplyDelete
  10. Waa.. ini dah kira warna kehidupan yang kelabu asap.. hik hik

    ReplyDelete
  11. anonymous-salam kembali. benda yg lepas... maksudnya merujuk kepada manuskrip, sama ada lepas 'penilaian' utk diterbitkan atau tidak...

    ReplyDelete
  12. mersik-kelabu asap pun, masih warna juga pe...

    ReplyDelete