- 13 Hari -

May 5, 2009


Hari ni genap 13 hari Hanya DIA Tahu diterbitkan. Setakat ni aku dah terima beberapa komen daripada pembaca. Apa yang aku rasa? Apa perasaan aku saat ni? Mungkin dah agak lega dibandingkan dengan hari pertama novel tu keluar masa Pesta Buku yang baru berakhir (sekarang mungkin novel tu masih belum ada di pasaran lagi). Masa tu rasa takut, seram sejuk dan macam-macam rasa ada, manalah tahu kalau-kalau kali ni aku akan mengecewakan pembaca. Lebih takut lagi kalau novel kali ni dibandingkan dengan novel-novel sebelum ni. Padahal... yang aku takutkan tu, sama ada nak atau tak, memang akan berlaku sebab memang hak pembaca untuk menilai dan seterusnya buat kesimpulan sendiri. Sama aje keadaannya bila aku baca novel orang lain, cepat saja nak buat perbandingan.

Komen yang aku terima pula? Setakat ini masih positif walaupun turut diselitkan negatifnya sama, cumanya setakat ni masih boleh melegakan perasaan aku, masih boleh buat aku tarik nafas panjang-panjang dan kemudiannya lepaskan perlahan-lahan. Lepas ni, masih belum tahu macam mana lagi, walaupun sebagai penulis aku masih dan akan tetap berharap novel kali ni diterima. Kalau pun masih ada yang kurang, aku akan berusaha pada masa-masa akan datang. Hanya yang pasti, nak memuaskan hati semua orang sebenarnya tak semudah yang disangka. Mahu atau tak, mesti ada yang menerima dan menolak, mesti ada yang suka dan tidak. Tapi mana tau, mungkin boleh diusahakan ke arah itu kalau aku bekerja keras.

Apa pun, kalau masih ada yang hendak memberi komen atau pandangan supaya aku dapat terus bergerak ke depan, depan dan depan, bukannya ke belakang, belakang dan terus belakang, boleh hantar kat email ni, aleyaaneesa@yahoo.com.my. Tapi kalau boleh, biarlah komen atau kritikan yang membina, bertujuan untuk memperbaiki lagi mutu tulisan aku sebab sampai ke tahap ini, aku masih dalam proses belajar dan rasanya akan terus belajar sampai bila-bila. Segala sokongan yang diberikan selama ini, Hanya DIA Tahu... aku sangat menghargainya dan aku akan lebih menghargainya lagi kalau sokongan itu akan berterusan. Sekian...

*** Teringat kata-kata seseorang yang sangat dekat denganku bila aku luahkan rasa bimbang. Katanya, 'Bagi penulis yang dah ada beberapa karya, komen dan kritikan itu kan hanya makanan tambahan'. Benarkah? Apa pun, terima kasih sis... sokongan awk pada kte tak pernah padam kan? Terima kasih juga untuk kain cantik tu, terima kasih daun keladi! ***

9 comments:

  1. terasa nak menangis dalam senyuman... Tahniah sis! novel yg ni membawa aura smpi terasa lain waktu membaca...

    ReplyDelete
  2. novel yg sama, yg buat kte rasa nak nangis semata-mata nak siapkan sebab rasanya... novel tu terlalu banyak halangan yang dtg, terlalu banyak kekangan. dan syukur... akhirnya terbit juga...

    ReplyDelete
  3. HANYA DIA TAHU...novel ni ezan kasi 3 bintang..satu yang ezan suka ngan karya2 akak sebab akak pandai bermain ng emosi pembaca n bawak pembaca ke dalam novel akak tue..yang tu mmg ezan salute..ape pun..tahniah utk akak..novel akak kali ni membuatkan ezan lagi menghargai persahabatan ezan..

    ReplyDelete
  4. k'mar.........
    entah bila akn ku miliki novel ni...sob3

    ReplyDelete
  5. salam aleeya...

    wah ada nvl baru...lame ibu x jengah sini....x sabar nak tunggu sampai kluang ni...

    masa pergi book fair tu serius ibu xjumpa booth Alaf21...ibu dah penat menunggu anak2 hilang kat dlam tu...
    rupanya diaorg dok melepak gak booth gila, apo n gempak staz....

    dapat pergi booth NB kara...
    kalo jumpa booth Alaf21 pasti ibu sambar sume buku2 penulis2 kesayangan ibu....x toleh kiri kanan punya...hwaaaaa(T_T)

    ReplyDelete
  6. eh, baru perasan tajuk n3 ni lbh kurang tajuk n3 kte, cuma kte ada tmbh sket ujungnya...:)

    ReplyDelete
  7. ezan - x kiralah bape bintang, yg penting ezan sudi baca. tu pun dh cukup bagus untuk akak. tq sekali lg ye...

    mie - bila dh ada kat tangan, tulah masanya mie dah ada buku tu, hehehe...

    ibu june's - lama x singgah x pe, janji x lupa. apa pun mmg x sabar tunggu email daripada ibu nih... berdebar-debar gak...

    kak azie - sama? ye ke? yg ada nvl ni? ari tu cm lain jer tajuknya. x pelah... nanti kte tengok lg...

    ReplyDelete
  8. bkn yg ada citer psl novel ni,tp psl lain, cuma tajuk je hampir sama.. tp, tak kisah la klu sama pun. tak sapa marah kn?

    ReplyDelete
  9. ooo... ya, yang sudah tu ye? klu yg 2 kte perasanlah... mmg x ada yg kisah pun...

    ReplyDelete