-Hanya DIA Tahu, Lagi...-

June 9, 2009

Hari ni genap 48 hari Novel Hanya DIA Tahu ada di pasaran. Perasaan aku? Tentu saja lega bercampur dengan tak ada perasaan. Lega sebab setakat ini, masih tidak ada komen-komen yang teruk (sikit-sikit tu memang ada, tapi itukan adat) dan novel tu masih diterima seperti novel-novel yang lain. Harapnya, novel-novel akan datang pun akan diterima juga hendaknya sebab tak ada penerimaan dan sokongan daripada pembaca, bidang penulisan aku pun tak boleh ke mana-mana. Tak ada perasaan pula... mungkin sebab dah 48 hari, rasa ghairah dan excited tu dah semakin kurang dibandingkan dengan selepas beberapa hari novel tu ada di pasaran. Cepat benar rupa-rupanya, perasaan manusia berubah.

Hari ni juga aku dapat satu email lagi. Orang bertanya sama ada aku penulis asal novel tu atau bukan dengan alasan, pernah baca novel tu dalam bentuk e-novel. Kata diaorang, jalan cerita sama, watak sama kecuali watak hero (Zahin ditukar kepada Zaen) dan tajuknya (Bidadari Cinta ditukar kepada Hanya DIA Tahu) dan ada alasan-alasan lain dengan tujuan untuk tahu cerita sebenar daripada aku. Apa jawapan aku? Hem... ya, aku penulis sebenar cerita tu. Cerita tu cerita aku, tajuk tu tajuk aku, blog tu blog aku dan semuanya milik aku dan hanya aku semata-mata, jauh sekali kongsi dengan orang lain. Tak ada niat nak ciplak, apalagi nak aniaya orang lain dan tak ada sebab nak buat macam tu. Bagi aku, menulis tu satu kerja yang keseronokan dan kepuasannya tak tahu macam mana nak jelaskan. Kat mana letak seronok dan rasa puas tu kalau hanya mencedok hak orang? Lagipun aku minat bidang penulisan, aku tak akan cemari benda-benda atau perkara-perkara yang aku suka.

Cuma... mungkin silap aku bila cerita dalam blog tu hanya ada suku daripada sebuah buku. Macam mana nak jelaskan ya? Masa buat e-novel tu, aku hanya sekadar suka-suka. Kononnya, sengaja nak menguji di mana letaknya kekuatan dan kebolehan diri. Sayangnya, aku tak hebat macam kebanyakan penulis e-novel yang lain sebab aku tak mampu bertahan. Dalam erti kata lain, aku tak pandai menguruskan masa dengan baik. Jarak antara bab ke bab terlalu lama tempohnya hingga orang tertanya-tanya dan ada juga yang dah naik marah sebab aku buat orang tertunggu-tunggu. Aku rasa serba salah dan bersalah. Sudahnya, aku hentikan cerita tu begitu saja dan aku tutup blog tu walaupun aku tahu ada yang tertunggu-tunggu. Kebetulan juga tahun lepas, mood penulisan aku agak buruk. Hanya DIA Tahu tu aku mula awal tahun (hanya siap suku) dan (selebihnya) aku hanya dapat sudahkan hujung tahun (pertengahan Oktober-awal Disember).

Rasanya, penerangan ni dah cukup kan? Jadi... lepas ni, harap tak ada yang ragu-ragu lagi kat aku gara-gara Hanya DIA Tahu tu ye.

9 comments:

  1. x yah nak expalin le akak.. kan ke Hanya Dia yg tahu... hhehehhehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..btol tu akak...x yah nk pening2 kepale..Hanya Dia yg tahu kn...=D

    ReplyDelete
  3. ha ah...
    saya pun da pnah bca e-novel citer ni..
    best tau
    byk2 novel aleeya aneesa
    saya paling suka
    Bertakhta Di Hati

    ReplyDelete
  4. NoRT-yup...DIA mmg tau, sangat tau...

    miz_ik3r-belom lg sampai tahap pening le cik adik... tp pening lalat boleh?

    i-sHaH eCaH-pernah baca eh? hehehe... terima kasih ya baca nvl sy termasuk Bertakhta di Hati tuh...

    ReplyDelete
  5. k.aleya, hebat btl igatan org 2 kn. siap smuanya in detail dia gtau. rsanya dilah slh sorg yg mrh bla akak lmbt wt smbgn e-novel 2 hu3

    ReplyDelete
  6. hehe...tp mmg salah akak pun, sape suruh buat lambat. tp masa tu mmg otak x berjalan dengan lancar, jiwa kacau ma... hehehe...

    ReplyDelete
  7. Kakak belum baca karya yang "latest" ni. Maklumlah tak selalu "update", walau apa pun tiap novel Aleya Aneesa kakak find very entertaining. Tiap cerita ada kekuatan dan messagenya tersendiri.

    Just want to say continue with your work and keep me(us) entertain.

    ReplyDelete
  8. salam...

    sy baru je dptkan hanya dia tahu..tu pun baru novel ni jejak ke Labuan. :D

    tak baca lagi tp sure best...

    ReplyDelete
  9. Sariah-terima kasih atas sokongan yang Kak Sariah berikan. sebagai penulis sy sangat menghargainya dn harap sokongan yg diberikan akan berterusan...

    Mrs. Sheikh-terima kasih juga ye. dah baca bolehlah hantar komen kt email kalau rasa ada yg x kena. tp sy harap nvl tu akan memuaskan hati Mrs. Sheikh...

    ReplyDelete