- KaSiH bEnAr KaSiH & kAwAn-KaWaNnYa -

May 26, 2011

Wujudnya poster di bawah tu bermakna bulan Jun dah makin menghampiri kita kan kawan-kawan? Hem... bukan lagi cepat masa berlalu, tapi benar-benar sangat cepat. Azam siapa yang dah tercapai? Sila angkat tangan kiri sambil tangan kanan pegang pipi belah kanan juga sebab kalau pegang belah kiri, rasa macam pelik sebab sedikit bersilang dan itu akan menyusahkan. Kemudian, bisikkan kat hati, “Ya ALLAH... syukur! Nikmat dan kurniaan yang KAU berikan takkan terlawan oleh sesiapa dan apa-apa di atas muka bumi ini atau di luar bumi ini. Terima kasih Ya ALLAH”.

Opsss... bagi yang azamnya belum tercapai, jangan mengeluh dulu ya kawan-kawan! Baru setengah tahun, kan masih ada baki lagi setengah tahun? Dalam enam bulan akan datang, macam-macam boleh jadi. Boleh jadi yang tak ada di tangan, akan ada di tangan. Boleh jadi juga yang dah ada di tangan, tiba-tiba saja boleh tak ada lagi di tangan. Makanya kawan-kawan, kamu, kamu dan kamu tak boleh riak ya kalau kamu ketika ini sudah memegang sesuatu di tangan sebab DIA tak suka pada yang riak. Hendaknya... saya juga tak riak dan kalau ditakdirkan saya berubah jadi orang riak, mohon sangat, TOLONG INGATKAN SAYA ya sebab saya pun hanya manusia biasa yang tentu aje tak lepas daripada buat silap. Saya dan silap, bukankah macam isi dan kuku, tak boleh dipisahkan? Bukannya macam enggang dan pipit yang tak boleh duduk dan berdiri sama tinggi.

Hem... tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa mesti pegang pipi belah kanan kan? Sebenarnya... saya pun tak ada jawapan yang jelas, hanya terasa nak menyuruh kamu, kamu dan kamu yang tentunya saat ini sedang bergembira kerana azam tercapai bekerja lebih sikit hari ini. Kenapa? Oh... kamu perlu bergerak cergas, kena aktif sedikit macam jari-jemari tak runcing saya saat ini. Merapu kan saya ni? Ya... betul, saya memang suka sangat merapu. Mungkin sebab semalam saya tak ceria atas sebab yang saya sendiri tak pasti, maka hari ini saya terasa hari saya dah kembali bersinar. Pun saya tak pasti apa dan kenapa ia bersinar. Saya aneh ya? Tidak! Sebab saya percaya semua orang di luar sana juga sama seperti saya. Kadang-kadang kita memang tidak tahu ada apa sebenarnya dengan diri kita sendiri. Rasa macam tak ada apa-apa, tapi dalam masa yang sama macam ada apa-apa pula.

Hoho... mungkin ada yang dah berfikir yang bukan-bukan tentang saya hari ini. Tak apa dan tak akan apa-apa. Jangan risau, saya masih okey dan insya-ALLAH akan terus okey selagi ada izin daripada DIA. Yang jelas, hidup di atas muka bumi ini, seringnya kita mengharapkan jadi begini, tapi sering juga yang didatangkan pada kita pula tak seperti yang kita harapkan. Jadinya, mari kita sama-sama reda walau saya akui, ada masa-masanya dugaan yang datang terasa sangat berat untuk dipikul di atas pundak yang kecil dan ada masa-masanya, kaki dua batang ini bagaikan tak mampu untuk meneruskan langkah. Saat dan ketika ini, saya hanya mahu memegang kata-kata; ‘Kalau memang rezeki kita, tetap juga rezeki kita. Kalau bukan rezeki kita, dah sampai ke mulut pun tetap juga bukan rezeki kita’.

Dan Jun... Kasih Benar Kasih dengan rasminya akan ada di pasaran di seluruh Malaysia, insya-ALLAH. Setakat hari ini, banyak juga komen yang dah saya terima. Ada yang suka sangat, suka, suka-suka dan ada juga yang sudah memberikan pendapat tersendiri yang bukan juga bermakna tak suka, atau tak suka langsung. Tak kisah! Kamu, kamu dan kamu sudi membaca sampai ke titik akhir pun bagi saya adalah satu penghargaan tak ternilai. Cumanya, saya hendak katakan yang sebagai penulis, saya tak mahu membandingkan KBK dengan novel-novel saya yang lain sebab bagi saya, setiap novel yang saya hasilkan ada keistimewaan tersendiri. Rasa suka itu sendiri pun bagi setiap orang berbeza-beza kerana perasaan itu sendiri sifatnya sangat aneh.

Untuk yang sudah mendapatkan KBK, sudah membaca KBK atau sudah mendapatkan KBK tapi belum berkesempatan membacanya, terima kasih sebesar dunia. Untuk yang belum mendapatkan KBK dan bakal mendapatkan KBK, selamat membaca dan semoga KBK tak menghampakan kamu, kamu dan kamu.

Salam Kasih Benar Kasih,
-Aleya Aneesa-

2 comments:

  1. yeay.. dh habis baca KBK.. suka sbb hepi ending..

    betul 2.. xboleh nak bandingkn KBK dgn novel2 akak yg lain sbb setiap novel ada keistimewaan sendiri..

    just nk komen, ada banyak kesilapan ejaan la, akak.. tp saya suka dgn cover novel ni.. comel & kreatif.. (:

    ReplyDelete
  2. terima kasih ye fariza sb sudi baca KBK sampai habis.

    mmg tiap2 nvl tu x leh dibandingkan sb isinya x sama. bila isi x sama, cara penyampaian pun kena ubah.

    kesilapan ejaan? mcm mana nk kata ye... sebelum hantar pd editor, dh disemak berkali-kali, sampai pd editor pun dh disemak berkali-kali, lepas tu bg pada akak utk semak lg, pas tu editor semak lg dn bila keluar, ttp ada juga kesilapan yg berlaku. sebagai penulis yg bekerja sebagai editor, akak mmg akui kesilapan ejaan mmg tak boleh nk dielakan. maklumlah dlm satu nvl tu ada dekat 1 juta patah perkataan. apa pun, untuk cetakan kedua KBK, akak akan cuba perbaiki kesilapan yang fariza katakan tu. terima kasih ye sebab bagi tahu, sekarang pun akak tengah baca KBK tu untuk semakan... terima kasih sangat...;-)

    ReplyDelete