- MaU pElUk DiA -

May 28, 2011

Jam kat dinding tu dah tujuk pukul 3.45 pagi, tapi mata saya masih segar. Kalau menulis novel, tentu berbaloi-baloi. Tapi soalnya, mood menulis novel saat ni tak ada, yang ada cuma mood menulis n3 kat blog ni. Kalaulah saya jenis boleh paksa mood menulis, alangkah bertuahnya hidup ni kan? Malangnya… soal mood memang bukan ada dalam kawalan saya. Ia datang dan pergi, begitu-begitu aje. Kadang macam ribut taufan, kadang pula macam siput sedut. Pendek kata, mood menulis seorang ALEYA ANEESA memang sukar nak dijangka.

Okey… saya tinggalkan mukadimah tu sebab bukan itu pun yang nak saya kisahkan pagi ni. Yang saya nak kisahkan adalah tentang perasaan saya. Tentang perasaan? Oh… kedengarannya ALEYA ANEESA sangat jiwang karat kan? Tak sesuai kan? Sangat tak sesuai, ya tak? Tapi kawan-kawan, jangan salah sangka dulu ya! Perasaan yang saya maksudkan bukan perasaan saya pada seorang lelaki yang tak ada hubungan darah dengan saya. Tidak sama sekali!

Sebenarnya, malam semalam yang baru aje beberapa jam berlalu macam biasa saya berborak dengan mak kat telefon. Ya… rutin saya sejak jadi warga KL, saya dan mak akan bercakap di telefon seminggu sekali. Sekali aje? Anak jenis apa saya ni kan? Pasti ada yang bercakap macam tu dalam hati, mungkin! Tapi sekali tu menyamai dengan 10 hari sebab sekali kami bercakap, selagi telefon tak panas selagi tulah kami tak berhenti bercakap, kadang sampai habis bateri. Macam-macam yang saya dan mak borakkan. Kejap pasal abah, kejap pasal adik-beradik saya, kejap pasal ipar-ipar saya dan akhir sekali tentu sekali pasal anak-anak buah saya yang selalu melekat dalam kepala saya yang lebih kecil daripada bola sepak ni. Sambil tu, ada jugalah bercerita pasal orang-orang yang ada kaitan dengan hidup kami.

Dalam perbualan semalam, lepas habis bercerita pasal keluarga saya, mak ceritakan tentang seseorang yang ada hubungan darah dengan saya [bukan mengumpat ya sebab tak ada benda yang nak diumpatkan]. Hanya hubungan darah tu gagal membuatkan hubungan kami jadi serapat isi dan kuku. Bukanlah bermakna kami bergaduh, tidak! Kami masih bertegur sapa dan saling tersenyum sesama sendiri. Cuma tak rapat dan bertemu muka pun hanya sesekali walaupun tinggal sekampung. Entah ya, saya sendiri gagal mencari punca ketidakrapatan kami.

Ketika mak bercerita tentang dia, saya tiba-tiba aje terasa nak memeluk abah saya. Terasa betapa bersyukur dapat insan bernama WAHAB sebagai bapa saya, bukannya orang lain. Abah saya bukanlah insan istimewa. Hanya biasa-biasa aje. Belajar tak tinggi, kerja pun nelayan. Tapi…

Insan yang biasa-biasa tu tak pernah pukul saya, mungkin juga ada, hanya saya tak ingat, jadi saya anggap tak ada.

Insan yang biasa-biasa tu tak pernah tidur lena bila ada antara anak-anak dia masih kat luar rumah [kalau anak dia ada atau balik kampung] bila jarum jam melebihi angka 10.00 malam, walaupun yang di luar tu sudah berumur berpuluh-puluh tahun dan dah kahwin pun, bukan belasan tahun. Dia akan keluar masuk bilik. Sekejap dia akan tanya, "Aled tak balik lagi?" atau "Sam dah balik?". Lepas tu dia kembali masuk balik, sambung tidur balik. Tak lama lepas tu dia akan keluar lagi, bertanya lag. Kadang-kadang kalau dah lewat sangat, dia akan suruh mak saya telefon. Kalau yang ditunggu dah balik, barulah dia terus tidur.

Insan yang biasa-biasa tu selalu bertanyakan saya bila saya tak balik kampung lebih daripada 3 minggu.

Insan yang biasa-biasa tu, satu masa dulu selalu aje muncul di muka pintu [balik dari kedai kopi] dengan bungkusan di tangan. Katanya, “Kata Mat… kalau Wahab beli aje kuih, orang lain mesti tak dapat makan”. Dulu saya tak faham dengan cerita abah tu, tapi lama-lama saya mula mengerti. Memang kalau abah beli karipap atau pulut panggang atau apa aje kuih yang ada, abah bukannya belikan kami seorang satu, tapi seorang dua ataupun lebih. Kalau seorang dapat dua, anak abah ada enam. Maknanya, untuk anak-anak aje dah 12, belum campur dengan mak saya lagi. Hem… memang patutlah kawan abah cakap macam tu. Kenapa tak buat sendiri kan? Mak saya dari dulu memang tak suka buat kuih-kuih ni, yang dia suka masak jemput-jemput ikan bilis atau pisang sebab kami adik-beradik gila sangat dengan jemput-jemput. Kalau boleh hari-hari nak makan sampai orang kedai cakap, nanti perut kami adik-beradik gendut macam perut pelakon Tamil. Pelakon dulu ya, pelakon Tamil sekarang semuanya kurus macam lidi. Cantik lagi!

Insan yang biasa-biasa tu, demi besarkan kami adik-beradik pernah satu masa dulu turun naik laut berkali-kali dalam satu hari. Tak pernah merungut, tapi sangat bimbang bila menjelang hujung tahun sebab biasanya hujung tahun, hujan tak henti-henti. Kalau dah hujan macam mana nak ke laut? Sedangkan… habis aje tahun bermakna sekolah akan dibuka dan itu bermakna duit.

Insan yang biasa-biasa tu, sangat jarang atau sejak saya belajar dulu, hanya bercakap di telefon dengan saya tak lebih daripada 5 kali dengan patah perkataan tak lebih daripada 8, agaknya. Dia memang tak reti bercakap di telefon. Di luar pun dia tak berapa banyak cakap, tak macam saya yang macam murai tercabut ekor. Tapi… dia selalu duduk di sebelah mak saya bila kami berbual-bual di telefon. Kadang-kadang, masa saya tengah bercakap dengan mak saya, dia tanya; “Tak ada kirim salam hari ni?” Lepas tu mak saya jawab, “Belum habis cakap lagi.” Sebabnya… memang saya akan kirim salam pada dia di akhir perbualan saya dengan mak saya.

Insan yang biasa-biasa tu, pernah kata, “Abah tak nak anak-anak abah jadi nelayan!” Pun, dulu saya tak tahu kenapa abah cakap macam tu. Kalau abah boleh besarkan kami, kenapa pulak kami tak boleh jadi nelayan kan? Rupa-rupanya, abah tak nak anak dia jadi nelayan sebab kerja nelayan bukan aje pendapatan tak menentu, tak ada duit tua tapi kerjanya teruk. Abah tak nak tapak tangan anak-anak dia kasar dan keras macam tangan dia. Dia tak cakap, tapi dia tunjuk aje tapak tangan dia bila kadang-kadang saya cakap jadi nelayan pun boleh makan juga.

Saat ni, saat jarum jam tunjukan angka 4.15 pagi… saya hanya boleh panggil abah saya dalam hati. Syukur… dia yang jadi abah saya. Dia… di mata saya langsung tak ada kurang sebab semua kekurangan dia dah ditutup dengan kasih sayang yang dia berikan pada kami, anak-anaknya. Ya ALLAH… pelihara abahku, pelihara makku. Sungguh… Ami sayang abah, Ami sayang mak. Sayang gila!

Dan untuk dia yang mak saya kisahkan, walau tak rapat mana pun, saya tetap mendoakan dia cepat sembuh. Saya ingat saya tak peduli langsung sebab selama ni memang tak ada rasa, mungkin dia pun tak tau nama saya dan adik-beradik saya agaknya, tapi hari ni mata saya bergenang juga dengan air kerana sedih dengan nasib dia. Tak ada apa yang dapat saya beri kecuali doa dan apa yang terdaya saya beri. Untuk yang dekat di sisi dia, tolonglah… tolong pandang dia selagi dia ada kat depan mata…

11 comments:

  1. Kenapa tetiba air mata saya bergenang pulak ni...

    ReplyDelete
  2. walau siapapun dia, mudah2an selepas ini dia akn dapat kegembiraan dn kebahagiaan mcm orglain jg.. semoga Allah pelihara dia...

    ReplyDelete
  3. : anonymous - jangan nangis... senyum ye...

    : liyana - akak memang suka membebelkan? hehehe...

    : fariza - saja nak berkisah sebab kdg2 akak bukan jenis bercakap klu akak sygkan org, termasuk mak n abah akak...

    : kak azie - harap mcm tulah. kdg2 kte fikir, manusia dapat apa yg dia buat. tp... sbg anak, ttp ada tanggungjawab sb tu fitrah kan? moga dia cepat sembuh sebab dulu, masa kecik2 kami adik-beradik selalu salah org. bila dh dekat, kami akan cakap, "tu... bukanlah!"

    ReplyDelete
  4. ye.. anak atau ibu bapa ada tanggungjawab yg tak bole elak walaupn ada sejuta dendam dlm hati. maknanya dia tu seiras dgn seseorang la ye, sb tu adik beradik awk selalu salah orang?

    ReplyDelete
  5. K.MaR : Tetiba hati dilanda hiba..huk..huk..

    ReplyDelete
  6. - hai kak azie, seiras tp x sama...

    - hai justlyna - akak pun klu soal mak abah, selalu rasa sebak. ikatan anak dan ibu bapa mmg kuat kan? ;-)

    ReplyDelete
  7. Sangat sedih baca entry ni Kak Mar. Terfikirkan ma abah saya juga. Sebelum mata mereka tertutup, sy nak berikan sesuatu untuk mereka.

    ReplyDelete
  8. tulah... kdg2 kte sbg anak x sedar, dlm pd menjaga hati mereka, kte tergoreskan juga kan? harap orang tua kte selalu dlm rahmat ALLAH...

    ReplyDelete
  9. tulah... kdg2 kte sbg anak x sedar, dlm pd menjaga hati mereka, kte tergoreskan juga kan? harap orang tua kte selalu dlm rahmat ALLAH...

    ReplyDelete