- SaYa SuDaH kEmBaLi -

June 14, 2011

Wah... gempaknya tajuk! Ada tak ayat keramat tu berlegar-legar di kepala kamu, kamu & kamu ketika ni? Tak ada? Huh... tak apa, saya tak kecik hati pun sebab hari ni hati saya terasa luas, seluas padang bola. Tapi betul, tiba-tiba aje saya rasa saya dah lama tak berceloteh di blog ni dan tentu aje tiba-tiba rasa rindu nak mencorat-coret sesuatu. Sesuatu yang tentu aje dah berlalu beberapa hari lepas.

Seperti yang saya tulis dalam N3 sebelum ni, 10-12 Jun 2011 yang lepas, saya akan ke Sungai Petani, Kedah sempena Mini Karnival Karangkraf. Dan Jumaat tu, saya akhirnya benar-benar sampai di sana dalam pukul 2.00 petang sebab bertolak pun kira-kira pukul 8.30 pagi. Dan kesimpulan yang saya buat sepanjang 3 hari Mini Karnival Karangkraf berlangsung, saya dapat melihat pelbagai gelagat manusia yang tentu aje sangat sukakan buku dalam keadaan panas terik. Sungguh... cuaca memang sangat-sangat panas sampai saya terasa mata saya kecil, kecil dan terus mengecil. Tak boleh bukak. Tapi dalam pada panas, saya tetap juga tersenyum senang bila ada yang datang di hadapan saya sambil menghulur novel minta ditandatangan. Lebih terharu bila, mereka bukan hanya membawa KASIH BENAR KASIH aje, tapi ada juga yang membawa SEMUSIM RINDU, KASIH ANTARA KITA, JANJIKU BERSAMAMU, SEGALANYA UNTUKMU dan agak ramai juga yang menghulurkan TANPAMU AKU RINDU. Sungguh, saya sayang kamu, kamu dan kamu yang membeli novel-novel saya di sana dan di mana-mana saja. Tapi... tak ada pula yang datang membawa AKU MAHU KAMU dan HANYA DIA TAHU, dan saya andaikan mereka semua sudah mendapatkan dua novel tersebut terlebih dahulu. Kalaupun tak, anggap ajelah saya tengah berusaha menyedapkan dan menggembirakan hati sendiri.

Sepanjang tiga hari di sana, saya tak ke mana-mana sangat sebab masa agak terhad. Siang pergi Mini Karnival karangkraf, malam pula pergi makan di D’ King. Malam Sabtu tu makan mi udang banjir yang sangat sedap dan malam Ahad makan ikan bakar pulak. Pun sedap juga, pendek kata kalau pergi ke sana cubalah makan di sana tu. Opsss... jangan salah faham dulu, saya tak dilantik oleh D’ King untuk jadi duta mereka, tapi saya rasa memang makanan kat sana sangat sedap. Tekak sayalah, tekak orang lain saya tak tahu tapi bagi orang yang suka makan macam saya, apa salahnya mencuba kan? Kalau tak sedap, makan sekali aje dan kalau sedap pulak bolehlah makan berkali-kali, tapi... pastikan ada duit ya.

Dan bonus untuk diri sendiri, akhirnya saya dapat juga tengok Pantai Merdeka yang selama ni hanya saya dengar disebut-sebut dalam lagu yang pernah popular satu ketika dulu. Bagi saya, Pantai Merdeka sama aje seperti pantai-pantai yang lain. Singgah sekejap aje sebenarnya sebab hari dah petang benar masa tu. Hanya sempat menikmati suasana yang sangat mendamaikan tu seketika aje. Tapi cukuplah daripada langsung tak tengok kan?



Ahad tu, pukul 1.00 tengah hari Mini Karnival Karangkraf saya tinggalkan dengan kenangan tersendiri. Berjumpa dengan kawan-kawan penulis yang tak pernah saya jumpa, saya rasa sangat gembira sebab kawan saya bertambah lagi. Ada juga kawan-kawan yang memang pernah jumpa, kami masing-masing bertukar-tukar cerita dan khabar berita. Pukul 2.00 petang, Sungai Petani benar-benar saya tinggalkan dengan harap dan doa supaya perjalanan kami dipermudahkan. Dan memang perjalanan kami sangat mudah, langsung jalan tak sesak walaupun hari terakhir cuti sekolah dan tak ada sebarang kemalangan berlaku. Syukur sangat!

Hem... kata-kata dah habis, jadi kata-kata terakhir saya, terima kasih pada pihak Karangkraf yang menjemput dan terima kasih juga pada yang mendapatkan novel-novel saya. Terima kasih daun keladi ya...










5 comments:

  1. Sungai Petani dah sampai,, bila nak sampai Baling plak...

    ReplyDelete
  2. seronoklah peminat di sana, kan. tahniah...

    ReplyDelete
  3. assalam, hai slm kenal.. tahniah di ats kelahiran KBK.. walau sy msh lum dpt miliki nya sy pasti KBK mmpu menarik minat sy utk x menoleh kemana mana spt nvl2 anda yg lps... sy suka bc karya anda.. seorg penulis muda yg brbakat besar.. sy pn punyai cita2 cmni tp msh blum kesampaian... olh kerana minat, sy x hnti2 mmbaca novel dn suka mbaca blog... sy cuba menulis di blog dahulu sbg prmulaan...

    ReplyDelete
  4. Kak mar...mmg betol masakan kat D'King mmg sedap dan harga sangat berbaloi..sesiapa yg pergi ke Sg.petani singgah la mkn di D'King tp buka mlm je:)

    ReplyDelete
  5. - hai mira, bila ada peluang, pasti x akan dilepaskan...

    - hai sofi, hendaknya mereka benar2 seronok & terima kasih juga...

    - hai cik myvi putih, salam dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. sy juga berharap KBK mampu menarik minat pembaca. moga satu hari nanti awk akan penulis berjaya... ;-)

    - hai juslyna, akak suka sangat mi udang kt sana la nor... ;-)

    ReplyDelete