Sejak-sejak saya dah pandai berangan konon-kononnya nak memiliki barang mahal yang saya gelar sebagai CIK P, saya macam dah pandai berjimat cermat walaupun sikit-sikit. Kan orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit? Sebab saya bukannya dilahirkan atas dulang emas, maka saya harus berusaha sendiri. Kalau tak, angan-angan nampaknya memang akan tinggal angan-angan semata-mata. Tapi bolehkah saya digelar sedang berusaha sedangkan di kiri, kanan, depan dan belakang, tak ada langsung tabung cap ayam yang saya sediakan. Itukah yang saya gelarkan sedang mengumpul, duit, duit & duit?
Tapi, siapa kata kumpul duit kena masukkan dalam tabung kan? Tak semestinya! Mungkin saya sorokkan bawah bantal kat rumah abah saya, atas siling pejabat saya, kanan toilet rumah mak cik saya, atau kiri sofa rumah pak cik saya. Banyak lagi kan tempat lain nak simpan duit? Ataupun... bank milik orang lain tu? Jadinya, saya tak boleh sedih walaupun tak ada tabung cap arnab kat sekitar saya. Kan? ;-)
Dan sejak ada angan-angan itu, saya dah jarang beli beg tangan, kasut, baju, tudung dan semua keperluan yang lain. Sebelum tu tak adalah kerap sangat, cuma lepas pandai berangan-angan, tahap kekerapan tu jadi makin mengecil, kecil, kecil dan kecil. Saya hanya gunakan apa yang ada sebab semuanya masih elok. Lagipun, saya ni jenis bila sukakan yang satu tu, saya akan gunakan yang satu tu melebihi saya gunakan yang lain. Anehnya, kalau dah suka yang satu tu, kenapa beli yang dua, yang tiga, yang empat dan yang seterusnya kan? Tulah... saya pun pelik sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, saya kan juga manusia biasa yang sukakan sesuatu yang saya rasa cantik. Bila mata dan hati dah kata cantik, maka tangan pun cepat saja menyambar dan bila dah sampai rumah barulah hati yang bergabung dengan akal berkata, “Kenapa beli ya? Bukannya cantik sangat pun!” Jadi saya andaikan, masa tengok barang tu saya ada dalam keadaan lapar sebab kawan saya kata, “Bila kita lapar, nafsu kita untuk berbelanja sangat besar.” Betul atau tidak kata kawan saya tu, saya tak ada jawapan. Mungkin dia buat analisis terhadap diri sendiri agaknya dan dia dapat hipotesis tu.
Cumanya, hari ni saya dah langgar dasar berjimat cermat yang saya sendiri lancarkan tanpa ada paksaan daripada sesiapa. MANA JANJI MANISMU Mar @ Aleya? Sebabnya saya dah berbelanja lebih daripada sepatutnya. Aduhai... tiba-tiba aje terasa macam nak membelasah diri sendiri. Dan kalau betul nak belasah diri sendiri, tak tahu nak bermula dengan anggota mana. Mungkin cubit kuku ajelah kot dulu. Kalau masih tak mahu melupakan dasar tu, mungkin boleh dipotong hujung rambut. Kalau tetap sama juga, hem... nantilah saya fikirkan apa yang patut saya buat.
Tapi dalam pada nak membelasah diri sendiri saya rasa puas walaupun saya terpaksa membuat kira-kira lepas tu, apalagi sekarang ni baru nak masuk pertengahan bulan. Dan hasilnya seperti di bawah;
1 – Novel 5 buah [RM 115.9], tapi sebab dapat diskaun 20%, jadilah [RM92.72]. Yang ni... dah kira murah kan?
2 – Bedak muka [RM165.00], pakai untuk masa setahun dan bila dibahagikan dengan 12 bulan, baru [RM13.75]. Yang ni... kira berjimat cermat juga kan?
3 – Kasut [RM99.00], sebenarnya saya bukanlah nak beli sangat kasut tu sebab kasut raya ada dua pasang yang masih belum pakai dan tinggal kat kampung, tapi... budak tu kata kasut baru sampai dan mata saya agaknya memang dah terpukau, maka saya ambil juga sambil tutup mata. Yang ni... saya mengaku memang salah sayalah!
4 – Air berjenama Auntie Anne’s [RM5.50]. Huh... kalau beli kat kafe kat DBP, boleh dapat dengan nasi dan lauk sekali. Yang ni... salah saya juga sebab memang tekak saya agak mengada-ngada siki hari ni.
5 – Tiket bas pergi dan balik kampung untuk Hari Raya Aidiladha [RM62.20]. Yang ni memang nak ke tak nak kena beli juga. Yang ni... kalaupun terpaksa mengemis simpati orang pun, saya kena buat. Kalau tidak, kalau bukan mak saya yang menangis, mungkin saya yang nangis sambil gigit jari.
6 – Tambang [RM10.8]. Yang ni pulak memanglah salah saya sebab saya ada kereta dan boleh bawa kereta tapi masih nak menumpang kereta orang yang berwarna merah tu yang orang panggil ‘teksi’. Yang ni juga... tak tahu nak komen apalah.
Dan kesimpulannya, dalam masa tak sampai sejam saya dah habiskan RM434.7. Tapi masa jari-jemari ni menaip huruf demi huruf, saya masih senyum dengan senang hati. Sebabnya, saya sebenarnya masih belum begitu tekad. Tapi tak apalah! Disebabkan CIK P bukannya sesuatu yang mudah untuk orang macam saya miliki, maka saya hanya menyerahkan segala-galanya pada DIA. Kalau memang dah tersurat saya dan CIK P berjodoh, adalah jodoh kami. Kalau tak, maknanya pasti tersirat hikmah yang lebih baik. Saya juga, sebenarnya tidaklah terlalu berharap, apalagi bila yang dah saya miliki sebenarnya masih elok. Syukurlah kan? Kata orang, ‘Baiklah ada daripada tak ada’. Betul tak kawan-kawan yang baik hati?

434 dalam masa sejam? mmg bijak berbelanja.. tak dapat cik P amik cik C je la sis.. hari2 kte tengok makin lawa jugak cik C tu... tapi, takpe la belanja duit sendiri, bukan duit orang.. :)
ReplyDeleteSyabas! Mulakan dari sekarang, berjimat cermat utk mendapatkan cikP! pasal berbelanja 400++ tu, tak pe, semua yang disenaraikan tu, adalah keperluan. Tambah2 bedak tu, pakai setahun, banyak jimat wooo! ;-)) Saya pun tgh jimat cermat juga ni utk mendapatkan 'idaman hati' juga! heheh
ReplyDeleteadoi awak ni...mmg zapppp...kejap je RM tu kuar dr purse awak...hihi...suka membeli ya...hahaha..takpelah mata dah berkenan...sy suka bab bedak tu, didarab2...takde mhl mn ya utk jangka panjang...haha
ReplyDelete- kak azie : cik c pun nk dekat2 ngn cik p, tengok ajelah. dapat syukur, x dpt... nk buat mcm mana kan?
ReplyDelete- diana : mari kita sama-sama kejar apa yang kte mau, dh dpt kte senyum lebar-lebar... hehehe...
- fatin : senang benar nk menghabiskan duit. padahal nk dapat sangat susah, hehehe...