- BuKaN cErItA bAsI! -

October 7, 2011

Cerita minggu lepas, tapi bagi saya BUKAN CERITA BASI kerana bila terus ingat, kita akan jadi lebih berhati-hati. Okey, saya dah mula nak menconteng ni! Selalunya... yang kita dengar, orang cetak rompak CD atau DVD kan? Tapi... sekarang ni, novel pun dah berani dicetak rompak. Entahlah! Entahkan dunia semakin maju, ataupun manusia yang makin hilang kemanusiaan, dan lepas tu mula bertindak sewenang-wenangnya sampai lupa berfikir tindakan yang dibuat itu betul atau salahnya. Dan isu itu memang agak kecoh minggu lepas. Masing-masing jelas terkejut dengan berita yang disampaikan. Mungkin tak terfikir sampai jauh begitu sekali tindakan yang mampu dibuat manusia hari ni, walaupun memang tahu semua tu tidak mustahil berlaku.

Saya sendiri, terasa macam blur-blur aje bila dapat tahu berita yang agak mengejutkan tu. Masa tu yang heboh dikatakan buku Cinta Yang Kurasa yang ditulis Kak Anis Ayuni. Marah dan geram bagi pihak Kak Anis pun ada juga rasanya. Yalah... saya juga penulis dan saya juga bernaung di bawah periuk Alaf 21 [Karangkraf]. Pendek kata, saya macam cubit paha kanan, paha kiri ikut terasa sakitnya. Saya tahu, kalau CYK dicetak rompak orang, saya percaya novel-novel lain juga tak terkecuali daripada menerima nasib yang sama. Entah berapa banyak yang si pencetak rompak tu ambil daripada penat-lelah penulis, saya juga tak tahu tapi kalau boleh saya sungguh-sungguhlah nak tahu.

Dan esoknya... bila KASIH BENAR KASIH diberitahu ikut dicetak rompak, saya terkedu juga walaupun saya memang dah bersedia dengan berita keji macam tu. Naluri saya nampaknya sekali lagi dah bekerjasama dengan jayanya. Marah memang marah, nak memaki pun memang ada juga rasa-rasanya. Bersama-sama KBK, novel lain yang juga menerima nasib yang sama, Bukan Kerana Sayang dan Dan Sebenarnya. Tapi itu yang dapat dikesan, yang tak dapat entah sudah berapa banyak agaknya.

Hendaknya, apa yang berlaku cepat diselesaikan dan yang bersalah harus dihukum sebab bagi saya, bila berani buat tentu aje kena berani bertanggungjawab. Yang kesian pun, bukan hanya penulis semata-mata, tapi penerbit dan juga pembaca sendiri. Dah bayar dengan harga mahal, tapi kualiti yang dapat pula hancur. Kalau CD atau DVD cetak rompak selalunya dijual murah, hebatnya kuasa sebuah novel... walau cetak rompak tetap juga dijual mahal.

Sebagai pembaca, saya pun tak pernah berkira kalau dalam bab membeli novel. Mahal macam mana pun saya akan usahakan untuk dapatkan. Tapi bila dah beli mahal begitu, saya mengharapkan duit yang saya keluarkan berbaloi. Kalau halaman aje sudah berkecai-kecai, tentu aje saya akan mengamuk mengalahkan harimau kehilangan anak. Untuk itu, kepada kawan-kawan pembaca yang baik hati di luar sana, marilah kita sama-sama berhati-hati supaya kita tak makan hati bila tengok novel yang kita beli tak serupa novel. Dan di bawah ni adalah ciri-ciri novel yang dicetak rompak, mungkin berguna di masa hadapan.

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut:-

1. Kandungan teks dalam difotostat.

2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

P/S - SEBARANG ADUAN MENGENAI CETAK ROMPAK INI BOLEH DIAJUKAN DENGAN MENGHUBUNGI, 03 5101 3888 SAMBUNGAN ALAF 21 3692/3683/3684.

6 comments:

  1. is it true? aduhai, ksian suma penulis terbabit... point 1&2 susah sikit nk detect sbb buku tu dibalut... tp klu dibalut mksdnya mmg dr publisher ori kn? lg satu kak, nak tanya.. possible x klu pirated books ini dijual di kedai2 buku spt popular, mph dsb?

    ReplyDelete
  2. tak semestinya yg dibalut tu ori, adela dan tentang popular & mph tak jual buku pirated, akak tak pasti. tp tak kot... ;-)

    ReplyDelete
  3. KBK pun kena jugak.. ape la perasaan org y piratekan novel.. n sape la y sanggup beli novel y pirate... langsung xberkualiti...
    novel KBK akan baru abes bace ahad lepas.. mmg tip top la kak... best... tunggu novel seterusnya dari aleya anessa... =)

    ReplyDelete
  4. yelah nik... KBK pun kena gak, pdhal... akak cuma penulis suam2 kuku je. apa pun, yg salah pasti ada balasan. tp... terima kasih kat nik sebab sudi curi masa baca KBK tu dn insya-ALLAH thn depan novel baru akak akan menyusul. tunggu tau...

    ReplyDelete
  5. novel pon ada yg dipirateskn???melampau2 lar diorg nie,.beznye dpt komen dlm belog akk nie,teruja sye,.")sye ske sgt dgn cite akk "semusim rindu" dah berpuluh kli ulang baca,.novel bru akk "kasih benar kasih" pon dah beli,.bez~~slmt berkarya yek akk ^^"

    ReplyDelete
  6. terima kasih ya, harap terus berikan sokongan pd akak dn harap x de dh org cetak rompak nvl ya... ;-)

    ReplyDelete