- NoVeL kE-9 [bAkAl TeRbIt]: TERUS CINTAI AKU -

February 2, 2012

Terus Cintai Aku... kisah ini kisah Zalis dan Khilfie. Kisah Zalis yang setia memegang janji dan kisah Khilfie yang lupa pada janji selepas bertahun-tahun masa berlalu. Mereka berdua saya wujudkan dalam novel ini sebagai mewakili orang yang berjanji dan yang menerima janji kerana sememangnya manusia itu sangat sinonim dengan yang dinamakan JANJI. Mungkin disebabkan memang ‘dasar lidah tak bertulang’, maka laju saja bibir kita mencipta janji sehingga kadangkala janji kita seperti tidak ada nilainya, bukan hanya di mata orang tapi di mata kita sendiri.

Betul, berjanji memang mudah. Mungkin semudah membaca ABC bagi yang tahu membaca. Malah dari usia kecil pun saya kira, kita semua sudah tahu bagaimana hendak menabur janji, satu kemahiran yang tak perlu diajar oleh sesiapa. Ketika itu, soal janji dikotakan atau tidak, bukanlah perkara besar. Yang penting kita sudah berjanji! Tapi sebenarnya janji akan jadi sangat sukar seandainya tidak dikotakan. Pada yang berjanji, kemudian melupakan atau terlupa, kesannya mungkin tidak ada atau tidak begitu ketara. Sebaliknya impaknya akan jadi sangat besar pada yang berharap janji yang dikata akan dikota, apalagi jika sudah memegang janji itu dalam jangka masa yang sangat lama. Kalau bukan jiwa yang parah, mungkin fizikal yang terasa letih.

Makanya, jangan sesekali menabur janji pada sesuatu yang kita sendiri tak pasti dapat dijadikan kenyataan. Sebaliknya berjanjilah pada perkara yang memang kita yakin boleh ditunaikan.

5 comments:

  1. akan ku tunggu novel mu kak . tehee :D alaf 21 ?

    ReplyDelete
  2. Salam kak. Bagi saya, novel akak semua two thumbs up. Tak pernah mengecewakan saya. Cara penyampaian dan pengolahan yang tersusun dan 'sampai' ke hati pembaca. Setiap karya akak ada ceritanya yang tersendiri, pembawaan cerita yang menarik dan tidak mendatar. Saya harapkan akak terus menghasilkan karya yang penuh 'isi' dan penceritaan. Selamat maju jaya. -shajarharis-

    ReplyDelete
  3. xsabar nk tgu novel nie kuar.. :)

    [hawa]

    ReplyDelete