- NoVeL bArU sAyA : TERUS CINTAI AKU -

February 27, 2012

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu jadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis.

Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

5 comments:

  1. Tahniah dah ada 'baby' baru.
    Blh order terus dari aleeya dan dpt
    t/t ?

    kak nOOr

    ReplyDelete
  2. tahniah atas kelahiran novel baru. saya rasa x sabar nak membaca novel akak kali ni=)

    ReplyDelete
  3. kak... leh order direct dr akak tak? sy rs yg ni mesti kuar masa pesta buku april nanti.. lmbt sgt nak smpi kt kuching... bole ye kak? *kelip2 mata

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan. Kalau tidak salah saya saudari merupakan graduan UPM. Pernah Dr Lim menceritakan akan hal saudari kepada kami pelajarnya. Namun kesempatan untuk berjumpa dengan saudari tidak kesampaian pada waktu itu.

    Pertama sekali saya membaca novel yang bertajuk Semusim Rindu sangat menyentuh perasaan saya. Bahasanya juga baik. Berulangkali saya membacanya. Tahniah.

    Sudilah menjengah blog saya untuk bertukar-tukar pendapat.

    ReplyDelete
  5. : kak noor - boleh aje, tp sampai hari ni belum terbit lg, nanti dh terbit sy bgtau k...
    : srikandi utara - terima kasih sangat...
    : adela - boleh aje, tunggu akak confirm kata dh keluar ya, akak tulis kt sini... ;-)
    : tetamu istimewa - salam kenal dn selamat berkunjung. terima kasih sudi menjenguk. betullah tu... sy mmg student dr lim dan sy dh tinggalkan upm thn 2003, sb tu x ada peluang berjumpa. nanti2 sy dtg berkunjung ke blog awk lg... ;-)

    ReplyDelete