- AkHiRnYa -

March 22, 2007

Kat luar hujan, lebat sangat. Nak balik pun tak boleh, maklumlah... ari ni kena balik naik LRT. Nak guna payung malaslah pulak, tapi kalau sampai pukul 6.00 x reda juga, nampaknya x ada pilihan lain, kena redah jugak. Kalau balik lambat kang member kat umah lapar pulak, dia pesan suruh beli sup ayam sebab dia tak sihat hari ni. Kesian pulak kat dia.

Setelah berbincang dengan Kak Azie dan Diana Rose, aku setuju dengan pilihan diaorg, tapi aku gabungkan pendapat diaorang berdua. Betullah... berbincang dan mintak pendapat orang memang ada baiknya juga. Masalahnya aku ni, susah sikit dalam bab2 macam ni.

So... inilah sebahagian kisah 'Bertakhta Di Hati', lain kali ada masa lapang aku kongsi sikit lagi. Tapi sikit ajelah...

Nadjmi Syahadat... merenung wajah itu buat kali kedua, terasa seperti menoreh luka di hati sendiri. Bertahun-tahun masa berlalu. Dia masih menanti penjelasan yang tak pernah lelaki itu berikan padanya. Tapi lain yang diharapkan, lain pula takdir yang datang. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan kata maaf untuk hidangan jiwanya yang telah lama parah.

Dan... dia sudah puas menangis suatu ketika dahulu. Ditinggalkan orang tersayang rasanya sakit sekali. Tapi ditinggalkan tanpa penjelasan, rasanya lebih sakit lagi. Pun, siapa dia mahu mempersoalkan semua itu? Sedangkan lelaki yang punya jawapan itu, sudah membawa pergi senda tawanya bersama impian yang tak sempat untuk ditunaikan. Langsung tidak memberikan peluang untuk dia menilik di mana kesilapan diri.

‘Merayulah, Nadjmi… menangislah selagi masih berupaya menangis. Hakikatnya hati sudah begitu jerih untuk mengembalikan janji itu. Aku tak akan pernah berpaling.’
Itu tekad Khairunasrya, tekad seorang perempuan yang pernah membilang tangga demi tangga walaupun ketika melangkah, hatinya sudah lama mati.
‘Inikah Rya yang kukenali selama ini? Inikah Rya yang pernah berjanji denganku suatu ketika dahulu?’
Nadjim buntu sendiri. Dalam dinginnya salji yang memutih, diakah sebenarnya yang telah menyalakan pelita?

Hati… mengapa begitu sukar dimengertikan? Sudah begitu parah dilukai, mengapa sesekali tetap juga tercuit? Lalu benarkah masa penawar yang paling baik untuk segala kesakitan yang dialami?

2 comments:

  1. aleeya aneesa nak tanya blurb yg dibuat ni untuk novel siapa ya? keluaran dbp ke? baca macam nampak best...

    ReplyDelete
  2. hai iejay... blurb untuk novel sy sendiri. ngn penerbit lain dn masih dalam proses lagi...

    ReplyDelete