Carta Top 10
29 - 03 Dis 2010 - Langganan Pos Mingguan

No Tajuk Buku Karya/Selenggaraan
1. Bicara Hati Damya Hanna
2. Cinta Aku Seadanya Murni Aqila
3. Cinta Datang Lagi Bikash Nur Idris
4. Gelora Jiwa Aisya Sofea
5. Kasih Antara Kita Aleya Aneesa
6. Kompilasi Hidangan Kek Nor Aini Zakaria
7. Kuserahkan Kasih Fida Rohani
8. Koleksi Sulaman Manik Syahida Ramli
9. Kompilasi Hidangan Si Manja Patonah Chai Choh
10. Masih Setia Aisya Sofea
Sila lihat nombor 5 tu ya. Tengok dengan jelas tau, bukak mata luas sikit. Hah... cuma nombor 5 dah riak ke? Tidak... tidak... tidak... jangan cepat buat kesimpulan pada tindakan saya kali ni. Tak elok tu prasangka pada orang, Kiah! Minah... bila kau nak insaf ni? Sebenarnya, ada di nombor 1 atau nombor 10 atau tercorot antara yang corot, saya tak pernah peduli dan tak nak ambik peduli pun. Paling penting saya puas setiap kali melihat jerih perih saya dalam menyiapkan sebuah manuskrip berbaloi bila manuskrip itu bertukar menjadi senaskhah novel tebal. Lepas tu bibir kata, “Inilah dia yang dah rampas banyak masa rehat aku”.
Tapi benarkah novel tu yang rampas masa saya? Bukan saya ke yang memang suka menghabiskan masa saya di depan PC atau laptop selama ni? Bukan saya dengan PC atau laptop itu kembar walaupun tak seiras ke? Bukan ke dalam tidur pun saya pernah berharap saya mampu menyiapkan manuskrip? Oh... awak sungguh tak munasabah Marwati @ Aleya Aneesa! Tak puas-puas menaip masa jaga, dengan mata terpejam pun masih juga nak buat benda yang sama. Tapi itulah, saya dengan berat hati terpaksa mengaku yang saya memang tak boleh dipisahkan dengan manuskrip, novel dan yang sewaktu dengannya. Kalau dipaksa membuat pilihan pun saya tentu akan memilih untuk menulis, menulis dan terus menulis sampai jari-jemari saya tak mampu lagi untuk ditarikkan. Ceh... ayat tak boleh blah tetap juga ada ya? Dengan kata lain, saya dan dunia novel itu umpama perokok tegar dengan rokok. Tak dapat menghisap rokok, melihat asap rokok yang dikeluarkan orang lain sehingga berkepul-kepul ke udara dan seterusnya mencemarkan kesihatan dan alam sekitar, pun jadilah, ataupun dapat menjeling kotak rokok yang tergolek di dalam parit pun cukuplah. Atau juga, dapat melihat puntung rokok di tepi jalan sudah terasa nikmat yang tidak terhingga.

Okey, saya tinggalkan soal rokok itu sebab semua pun tahu menghisap rokok tak elok untuk kesihatan (sambil tangan dua jari saya letakkan di bibir, kemudian goyang-goyangkan ke kiri dan kanan dengan wajah sedih, ala-ala di dalam iklan tu). Oh... rindu gila-gila dekat Mohammad Aqqif Najmie sebab dia selalu menunjukkan aksi itu pada saya walaupun sebenarnya tak relevan langsung. Bukan saya orangnya patut ditujukan iklan itu sebab saya bukan perokok, walaupun masa kecik-kecik dulu saya pernah curi-curi hisap rokok daun tanpa tembakau di bawah rumah nenek saya. Tapi... budak dua tahun, apa yang dia tahu kan?
Sebenarnya saya menepekkan carta yang saya ambil daripada lama web Alaf 21 itu bukan dengan niat apa-apa. Sekadar mahu mengimbas Kasih Antara Kita (KAK) yang dah lama tak saya lihat di mana-mana, maksud saya di carta. Novel dah berusia 4 tahun, tentu saja dah tak segar bukan? Tak kisahlah... biar macam mana pun, di mata saya novel itu tetap hidup dan akan terus hidup seperti novel-novel saya yang lain kerana semuanya punya keistimewaan tersendiri. Ada sesuatu yang mahu saya sampaikan walaupun mungkin hanya sedikit.
KAK merupakan novel ke-4 saya, lahir selepas Semusim Rindu, Aku Milikmu dan Atirah. Tentang Emelda dan Aril Fatah bersama-sama si anak kembar yang mengharungi, atau saya paksa mereka mengharungi pahit getir kehidapan sebab keyboard ada di tangan saya ketika itu. Ada suka ada duka, ada rajuk ada terkilan, ada benci ada marah dalam perjalanan hidup mereka sepanjang 513 halaman. Pendek kata, saya sudah mencuba yang terbaik walaupun masih banyak kurang di sana sini.

Sebagai penulis, saya memang takut hendak berharap terlalu banyak, tapi saya tetap juga mahu berharap KAK dan semua novel-novel yang saya tulis dapat diterima pembaca. Tapi saya tidak juga memaksa, kalau mahu beli dan kalau tak mahu, tak apa-apa. Duit kalian, kalian lebih berhak memutuskan untuk membuat apa dengan duit tersebut. Cuma saya percaya, usaha yang lebih pasti akan membuahkan hasil yang lebih juga, walaupun jelas terbentang kalau rezeki setiap orang itu tidak sama. Maka itu, saya perlu berusaha dengan lebih gigih. Rezeki saya dan Kiah, atau Minah pun tak serupa!
KAK novel ter'best yg pernah saya baca.
ReplyDeletejgn cerita dia lain dari yg lain. memang superb la (^_^)
KAK mmg best sb ada nama anak2 kte, hahahaha... xde la, serius.. novel ni mmg best. mcm yg penah kte cakap dulu, ia begitu hebat!
ReplyDeletekak leeya..novel ni best sangat;)
ReplyDeleteharuslah kalau masuk carta even bkn no 1..
congrats kak..
KAK memang best la kak... Tacing bile bace... sob3.. Kak aleya, sebutan name emelda tue cm ne ek? e pepet ke e taling?
ReplyDeleteNi favourite novel saya yg saya baca berulang kali..memang suka gila!
ReplyDeletecik pink - terima kasih sangat... ;-)
ReplyDeletekak azie - hahaha... lama gak dh umur KAK tu...
puteri kebayan - terima kasih daun keladi ye...
wild - sebablah cm mana pun, janji ada sipi2 bunyi tu, hehehe...
eiymah - terima kasih ye... ;-)
saya sangat suka akan Novel akak..hehe..Semusim Rindu,Kasih antara Kita...best!! syaa suka! teruskan menulis ya kak..insyaAllah nnti sya beli..hehehe :DD
ReplyDeletemmg bezt gilew awr citer nie....
ReplyDeletegeram rse dkt zalida...
amat best!!!!!!!!!!!!! terbaik!!!
ReplyDeleteteringin nak ceburi bidang ni..huhu..
ReplyDelete: kira - terima kasih dan nvl terbaru akak mungkin akan keluar mac 2012 ni, ;-)
ReplyDelete: ae-nun bieyhah - sy pun geram juga, hehehe...
: syiemy - terima kasihhhhhhhhh...
: anonymous - cubalah, insya-ALLAH tentu ada jalannya... ;-)
assalamualaikum kak aneesa. maaf kalau nak bertanya sikit boleh tak? saya minat sangat dengan novel akak, aku milikmu.. yg hero dan heroin dia wairah dan ikmal hafizi tu. tapi sekarang ni,setiap kali saya masuk bookstore, saya tak jumpa novel tu lagi.. saya nak beli, dekat mana ada ye? sebab dulu saya baca time form 1.. dah lama dah.. sekian :)
ReplyDeletehai isandraviolet...
ReplyDeletenama yg sangat indah ya? novel aku milikmu dh tak dicetak lg, mmg tak ada kt mana-mana kedai dah. maaf ya... ;-)
Salam Sis,
ReplyDeletenovel kasih antara kita ni still ade di cetakk ke???teringin nk beli n bace after tgk cite cinta buat emelda..
:)
salam... masih ada lagi kalau mau, untuk dapatkan maklumat, email kat aleyaaneesa@yahoo.com.my, ;-)
ReplyDelete