- BoLeH sAyA sAyAnG aWaK? -

March 11, 2011

Orang lain bercinta, mereka tidak. Dunia mereka hanyalah sahabat dan persahabatan. Bagi mereka, cinta hanya dongeng dalam kisah-kisah yang mereka dengar dan baca. Tak wujud di alam realiti. Ada tak menambah, tak ada juga tak mengurang.

Orang lain berkahwin kerana cinta, mereka berkahwin kerana mahu mencuba. Mahu melihat benarkah dunia perkahwinan itu indah seperti kata banyak orang. Gagal tidak mengapa, berjaya juga tidak apa-apa. Yang mereka tahu, mereka mahu masuk ke dalam dunia yang belum pernah mereka jelajahi itu.

Orang lain bahagia, mereka mula huru-hara. Ada-ada saja yang tak kena di mata. Yang remeh-temeh mula kelihatan besar. Yang selalunya biasa mula menjadi luar biasa sehingga keluarbiasaan itu menjadi api yang membakar diri. Rajuk yang sepatutnya tidak ada, jadi ada. Marah yang selalunya tidak wujud, mula wujud. Dan damai, bagaikan sumpahan yang tak mahu melekat dalam diri mereka kerana bermain dengan soal hati dan perasaan. Sudahnya, seorang ke timur, seorang ke barat.

Itu kisah Najid dan Najihah yang suka mencuba. Bagi mereka, makin banyak mencuba, makin banyak cabaran dalam hidup. Namun mereka lupa kalau dalam cinta tak ada istilah ‘try and error’. Sekali terjebak, mereka harus menelan istilah, ‘I love you’ sampai hujung nyawa.

8 comments:

  1. kak aleya!! yg nih bila nk publish! best la sinopsis dia!!! pls be soon!!!!

    ReplyDelete
  2. mcm mne nk order ni buku keluaran kak aleya? dah lama sya cari but belum sampai stoknya d sini....

    ReplyDelete
  3. : giha - yg ni lambat lg, giha. sb baru aje siap. nanti klu ada berita akak bg tau ye...

    : anonymous - nk beli nvl apa? kat alaf 21 masih ada. tp klu rasa susah... bg tau akak ye... ;-)

    ReplyDelete
  4. lain dr yg lain la cite ni kak aleya... WC suke...

    ReplyDelete
  5. harap garapan akak ni diterima kan wild? hehe..

    ReplyDelete
  6. alaaa mesti lambat lagi kan? ok tak pe.. akan ku tunggu :) tp jgn lama-lama sangat ye :D

    ReplyDelete
  7. tulah...akak rasa pun lambat lg ni. tp ada rezeki pasti x ke mana kan giha? ;-)

    ReplyDelete
  8. tulah...akak rasa pun lambat lg ni. tp ada rezeki pasti x ke mana kan giha? ;-)

    ReplyDelete