Tajuk macam klise kan? Dah selalu orang guna, bahkan mungkin ada yang rasa nak termuntah darah bila tengok tajuk kat atas tu. Tapi tak kira, muntah darah ke, muntah pasir ke, muntah air ke atau muntah pelangi sekali pun, saya tetap nak menulis juga tentang suka dan duka ni, hari ni dan tentu aje ketika ni. Sebabnya, saya berpegang pada prinsip, “Tulis apa yang kita tahu dan kita nak tulis. Bukan apa yang kita kurang tahu atau tak tahu atau sebab paksaan atau sekadar nak jaga hari orang lain’. Alahai... berapa banyak atau dah!
Istimewa sangat ke suka dan duka saya selama empat hari yang berlalu ni? Tidaklah macam tu sekali. Cumanya... sedar tak sedar hari ni dah masuk hari Khamis. Empat hari bekerja sudah berlalu, tinggal lagi satu hari lagi, iaitu esok. Tapi sepanjang empat hari ni, rasa macam dah banyak benar perkara berlaku pada yang namanya Marwati Wahab @ Aleya Aneesa ni. Apa dia? Hem... bukanlah apa-apa sangat, tak penting pun. Tapi sebab jari-jemari saya terasa gatal nak menaip, maka wujudlah n3 mengarut ni.
Okey... Isnin, saya memulakan minggu ni dengan perasaan yang sarat dengan debaran yang menggila. Menanti dan terus menanti seperti orang yang menanti bulan jatuh ke riba. Kesimpulannya, hampa! Balik ke rumah, rasa macam nak mengamuk aje. Maklumlah... saya hanya manusia biasa yang kurang dengan kesabaran walaupun selama ni saya jenuh melatih diri supaya bersabar. Lepak-lepak depan TV sambil tengok Drama Hindustan kat Zee Variasi, diulang sekali lagi Drama Hindustan ya, bukan filem. Oh... Kak Long dan Mak saya memang tak patut sebab mereka berdua sudah pun mengangkat sepanduk berbunyi begini, “MARI MENONTON DRAMA HINDUSTAN BERMULA PUKUL 5.00 PTG SAMPAI PUKUL 6.30 PTG”, yang berkesudahan dengan kebanyakan keluarga saya terus melekat di kaca TV, termasuk saya. Padahal, dulu saya mengutuk sakan pada mereka berdua. Saya kata, “Dahlah cuma 30 minit setiap satu drama. Lepas tu close-up muka pelakon setiap satu je dah 15 minit. Tak berbaloilah”. Tapi sekarang ni, saya dah ketulahan kerana banyak sangat mengutuk. Itu pun gara-gara saya tertengok setiap drama tu masa kat kampung beberapa bulan dulu. Makanya... jadilah saya seperti mereka. Tapi sampai ke hari ni saya tetap tak puas hati sebab masa yang terlalu pendek dan close-up yang bagi saya sebenarnya tak perlu ada. Bagilah satu jam ke, berbaloi juga rasanya.
Masa tengok TV tulah tiba-tiba dapat panggilan seorang kawan, katanya ada barang atas meja saya. Oh... saya dah mula tak senang duduk. Ikutkan hati, nak aje saya balik semula ke office, tapi mengenangkan jalan yang pasti sesak, saya suruh lagi diri sendiri bersabar. Mujur malam tu tidur saya sangat lena.
Selasa, sampai saja office, debaran semalam hilang berganti perasaan gembira. Syukur atas semua yang ALLAH berikan. Di lain masa, saya harap ALLAH akan tetap tolong saya. Menjelang petang, ah... rasa gembira berkocak sedikit. Benarlah, suka lawannya memang duka. Dalam pada gembira, dugaan tak dijangka datang bergolek menghempap kepala. Rasa sedih dan gembira bergumpal jadi satu. Ya... rasa agak sakit, tapi saya tahu DIA lebih tahu apa yang terbaik dan tak terbaik untuk saya. Walaupun ada masa-masanya saya rasa seperti tak larat memikul beban yang ada di pundak, DIA tahu yang saya masih mampu memikulnya. Jadinya... dugaan itu diberikan lagi, lagi dan lagi.
Sekarang ni, dua hari berlalu sudah. Yang itu, itu... masih kejap di pundak saya dan saya tak tahu pun macam mana nak selesaikannya. Tadi pun Adik Ipar saya bertanyakan soalan yang sama, semalam Mak saya, dua hari lepas Adik Ipar saya yang lagi satu. Oh... cerita itu dah jadi macam pisang goreng panas dalam keluarga saya. Saya hanya menunggu Kak Long buka mulut dan saya pastinya terpaksa membuat penjelasan yang sama sekali lagi dan seterusnya menghampakan dia. Tapi saya tak pula terasa hendak menangis sebab saya bukannya cengeng sangat sebenarnya. Hanya untuk hal-hal tertentu aje air mata saya mudah gugur. Saya juga tak rasa marah pada sesiapa sebab saya tahu, mereka gembira dan mahu yang lain-lain juga merasakan kegembiraan yang sama. Cumanya... manusia hanya mampu merancang sedangkan ada DIA sebagai perancang utama. Kalau DIA kata tidak, maka tidaklah dan kalau DIA kata ya, maka saya dan kalian, kita... sudah boleh menarik nafas lega, ;-)

p/s - Kalau rajin singgah sini ya, kalau rajinlah. Tapi... tak ada yang menarik pun. Cuma saja aje nak tambah bilangan blog. Baru buka lagi blog tu. Eh... di samping tu, bagi yang tak pernah baca karya saya mungkin boleh berkenalan dengan karya-karya saya. Bagi yang dah pernah baca dan dah berhenti membaca, siapa tahu kamu akan tertarik hati sekali lagi. Bagi yang masih dan mahu membaca lagi, lagi dan lagi...terima kasih berjuta-juta lemon tau. Ada yang baru ya. Cumanya... tak adalah satu buku lengkap, hanya sesi berkenal-kenalan dengan watak-watak yang ada. Selebihnya, sila dapatkan dalam bentuk buku kalau dah diterbitkan... ;-)
No comments:
Post a Comment