Semalam... akhirnya, bagaikan siput sedut merayap kat batang pokok bakau, saya memulakan draf untuk manuskrip baru yang saya beri judul “Boleh Saya Sayang Awak?”. Malangnya, sentuh aje keyboard, tak ada apa yang keluar dan mampu dikeluarkan. Rasa kat dalam diri, sangat hampa sebab macam dah berkobar-kobar lepas hampir tiga bulan hidup seperti puteri raja yang tak ada apa-apa nak dibuat. Balik kerja terus on TV, melayan cerita, mandi & buat apa-apa yang patut kecuali menulis manuskrip baru. Tapi tak nak mengaku kalah dengan diri sendiri, Dan lagi... konon-kononnya lepas pergi bercuti, mood menulis mestilah baik. Makanya, saya cuba juga paksa diri. Tapinya... hanya tiga bab saya mampu buat. Sakitnya hati masa tu TUHAN aje yang tahu.
Rasa merajuk dengan diri sendiri buat saya kemas laptop masa tu juga, tutup TV dan bercadang nak tarik selimut. Lagipun semalam hati saya rasa agak rusuh, eh... bukan hanya semalam tapi dah beberapa hari dan semalam bagaikan klimaks bagi kerusuhan tu. Tapi bila habis sesi menjawab soalan penting di hp, saya tak jadi tarik selimut. Sebaliknya saya tolak semua bantal atas katil ke tepi, capai buku nota dan pen, dan... jari-jemari gemuk saya mula menarikan tarian rentak yang pelbagai yang hanya saya tahu.
Tepat pukul 10.30 malam, saya bubuh titik pada hasil tulisan saya. Hem... 19 bab, rasanya saya dah boleh tidur dengan lena sebab bagi saya, itu pun dah dikira lebih daripada cukup. Kalau itulah hasilnya, kemik jari-jemari pun saya sanggup sebab saya jenis yang menekan bersungguh-sungguh bila menulis. Disebabkan itulah tulisan saya tak cantik dan saya tulis sangat lambat hingga saya tertinggal banyak nota penting masa kuliah dulu. Mujur juga saya ada ramai kawan-kawan yang baik hati dan sanggup berkongsi apa saja termasuk nota kuliah. Hehehehe... ;-)
Pagi tadi, sebelum pukul 7.00 pagi saya dah salin yang saya tulis di PC dan rehat tadi, saya dapat juga menaip draf untuk beberapa bab . Tak banyak sebab masa yang terhad, tapi kata orang biar ada sikit daripada tak ada langsung kan? Kenapa saya ambil masa yang lama hanya untuk buat draf? Bukannya susah pun buat draf manuskrip. Mungkin itu yang bermain di minda kamu, kamu dan kamu. Tapi... saya memang jenis yang ambil masa berhari-hari hanya semata-mata nak siapkan draf satu-satu manuskrip. Kadang-kadang ambil masa sampai seminggu. Sebabnya, saya sentiasa memastikan draf yang saya buat itu detil, Bukan untuk sesiapa, tapi sekadar untuk memudahkan saya sendiri dalam proses menaip manuskrip kelak. Dan saat ni, saya masih berfikir... ada berpuluh-puluh bab lagi yang harus saya masukkan dalam draf manuskrip BSSA. Entah apa yang saya nak masukkan saya sendiri masih belum habis fikir walaupun secara keseluruhan kisah bagaimana yang saya mahu sudah pun ada di kepala. Hendaknya balik nanti, mood saya ok supaya saya tak perlu menulis di atas kertas kerana saya rasa menaip di Pc atau laptop lebih laju daripada menulis menggunakan pen.
Cumanya... saya baru aje dalam proses membuat draf untuk BSSA semalam, belum pun mula menulis, tapi... tidur saya dah kembali terganggu. Huh... itulah masalah saya sebenarnya. Bermula aje proses membuat draf, bererti bermulalah juga tidur yang tidak lena bertambah-tambah tak lena untuk saya dan yang pasti akan berterusan sehingga manuskrip tersebut siap. Macam-macam kan? Tapi itulah saya dan saya terima apa aje adanya, paling penting saya diberikan kesihatan yang baik sepanjang proses menggarap BSSA dan apa saja kisah yang mahu saya garap kelak.

Dasyat jugak Kak Mar nih.. Huhuhu.. Pape pun, gud luck kak! Yang peting, kesihatan kena jaga kak.. (eleh..ckp org, aku pun same gak) hehehe... moge 'BSSA' tu bjaya digarap dgn baik yerk? Chaiyork2!
ReplyDeleteassalam ziarah
ReplyDeleteAs salam. Mcm dlm citer Full House plak.. Seblum ni xtau pun cmne hidup seorang writter. Mmg mencabar kan bila nak menulis? Nak create story yg menarik mmg mencabar. MM dlu pun berangan nak ada column cerpen dlm majalah-huhu. End up working something else.
ReplyDeletesalam..usaha ag ye..saya xpernah tau pun diari hidup novelis ni, just minat membaca je.ape2 pon,semoga success selalu ye..chayok..
ReplyDelete: violet - terima kasih cik adik, harap akak dapat buat BSSA tu sebaik mungkin nanti...
ReplyDelete: wazir - terima kasih sudi datang menziarah blog yg bkn apa2 ni...
: mawar - kadang menulis rasanya mudah sangat, tp kdg2... susah yg amat... hehehe...
: raudhah - salam... sudi baca pun dh rasa sangat dihargai, terima kasih...