Bangun-bangun aje daripada tidur hari ni, hati saya berdetik, “Mood menulis saya macam dah kembali semula”. Benar kata kawan baik saya Bikash, selepas bertemu dan beramah mesra dengan ‘kita-kita’ tempoh hari, mood menulis memang kembali membara. Hanya dibandingkan dia, saya tak mahu menabur pasir pada bara tu sebab saya bimbang bila ditabur pasir, mood yang ada langsung terpadam. Sekali terpadam saya mungkin harus menunggu beberapa bulan lagi untuk menyalakannya kembali. Dan dia... saya tahu dia bukannya saja-saja nak berbuat begitu, ada tugas yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Selepas itu dia pasti kembali menulis seperti biasa. Kan Bikash? ;-)
Disebabkan mood seperti ada, walaupun draf masih belum ada. Saya terfikir yang kali ini saya mahu menulis kisah yang agak manis dan masam. Tidak terlalu pahit dan tidak juga terlalu meruntun hati. Pendek kata, yang sedang-sedang aje. Rasa-rasanya saya dah banyak buat cerita air mata walaupun saya selalu tak rasa saya membuat cerita sedih untuk tatapan pembaca. Tapi bila ramai yang berkata cerita saya selalunya sedih, bererti memang saya dah banyak menyedihkan pembaca saya di luar sana. Maaf ya kamu, kamu dan kamu. Untuk itu saya cuba beralih angin sedikit. Mungkin percubaan saya bakal menjadi, mungkin juga tak menjadi sebab saya belum pun mencuba. Boleh jadi saya berjaya, boleh juga jadi gagal. Yang manis dan masam itu nantinya siapa tahu bakal menjadi yang pahit dan pilu. Dalam penulisan segala-galanya mungkin berlaku kerana kadang-kadang saya mahu menulis begini, tapi bila siap jadinya begitu pula.
Tapi yang jelas, saya tak akan buat cerita komedi atau cerita lawak sebab saya tak pandai walaupun saya kadang-kadang ingin mencuba juga. Kalaupun dalam novel ada aksi-aksi komedi atau lawak, saya membuatnya dengan cara sendiri. Entahkan mampu membuahkan senyum di bibir pembaca kerana hati mereka sedikit tercuit, entahkan membuahkan kerutan di dahi mereka kerana lawak saya tak menjadi atau tak sampai, saya sungguh-sungguh tidak tahu. Sebetulnya saya di dalam novel dan saya di luar novel bezanya bagai langit dan bumi. Di luar saya seorang yang sangat tak serius kerana saya memang jenis yang suka merapu tak tentu hala, tapi di dalam novel saya berubah menjadi seorang yang sangat serius. Di luar saya sangat suka ketawa, di dalam novel watak-watak saya selalu menangis. Sangat berbeza!
Kali ni saya nak beri tajuk “BOLEH SAYA SAYANG AWAK?” pada manuskrip saya yang baru. Watak pula saya beri nama Najid dan Najihah. Bagaimana cerita bermula, apa konflik yang saya nak buat, semuanya masih tinggal tanda tanya dalam hati saya. Yang dah ada cuma blurb dan prolog semata-mata, juga sedikit sinopsis untuk panduan saya sendiri. Hal-hal lain masih saya fikirkan sehingga saya benar-benar jumpa dengan yang terbaik. Saya harap saya dapat menyudahkan kisah mereka secepat saya sudahkan kisah Zalis dan Khilfie dalam “BUKAN MEMUJA BULAN”, boleh cuba baca di di sini. Kali ini juga saya akan pastikan saya akan jadi seorang yang tekun kerana selepas ini saya mahu menggarap pula kisah Tajul dan Qhalis yang dalam kepala saya, saya nak beri judul "DIA TAK BERTANYA". Apa-apa pun, saya berharap dan akan selalu berharap pertolongan daripada DIA tak kan pernah putus untuk saya dalam berkarya dan dalam semua yang saya lakukan dan bakal lakukan, ;-)

susah tak jadi penulis novel?
ReplyDeleteAhahaha... Betul. Kalau saya tak sibuk, dah lama saya mesra-mesra dengan BF baru saya tu. Tapi... itulah, awak lebih memahami. Cewah!
ReplyDelete: nazeyra - tak terlalu susah dan tak terlalu mudah... ;-)
ReplyDelete: bikash - yup... sy tau sy mmg memahami, hahahaha...