- Banyaknya Novel -

April 2, 2008

Alahai tajuk tu teruknya... sebenarnya bukan ada apa-apa pun. Tak ada jugak cerita menarik nak diceritakan hari ni. Cuma ingin membuat sedikit iklan yang mungkin tidak begitu penting. Aku aje yang merasakan agak penting sebab aku tak mahu timbul masalah dan rasa serba salah kelak. Lagipun, kalau tak ada pembaca, tak mungkin aku masih mampu untuk terus menulis. Aku ada di sini kerana sokongan dan dorongan yang pembaca berikan selama ini.

Sebenarnya aku cuma nak memaklumkan kalau dua buah novel milik aku di bawah ni, bukanlah novel terbaru sebab novel-novel tu pernah diterbitkan sebelum ini, cuma ditukar cover aje untuk tahun ini. Novel Bertakhta di Hati terbit pada tahun 2007 dan diterbitkan oleh Syarikat FP (Fajar Pakeer). Dan, novel Untukmu Sayang pula terbit pada tahun 2006 oleh Syarikat Rhythm dan kini diterbitkan kembali oleh Syarikat FP.

Aku harap tak akan ada pembaca yang tersilap atau salah faham dan kepada kawan-kawan yang sering bertanya tentang novel Untukmu Sayang, harap akan terhibur hendaknya bila membaca nanti.




6 comments:

  1. Wahhh...

    Tahniah daun keladi kerana kedua nvl tersebut telah diberi nafas baru dan dicerohkan dengan corak bunga pusing2 dari penerbitan FP.

    Semoga akan dapat sambutan yg hangat dari peminat sekelian.

    Nampaknya, thn ni BF menuah2 la ye.. dgn buku baru dan buku2 wajah baru...

    Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  2. tahniah daun keladi? first time dengar, kelakar gak... harap2 novel tu akan diterima juga hendaknya. terima kasih atas doa tu... harap awk dn semua penulis lain pun mcm tu gak hendaknya...

    ReplyDelete
  3. kak aleya,novel2 ni sama ke kandungannye????

    ReplyDelete
  4. sama fad sayang... cuma untukmu sayang tu mungkin ada perubahan, penambahan dan pengurangan kot. tp fad kan dah ada,tak yahlah beli lagi. baik beli yang baru, jimat sikit duit fad. fad kan pelajar lagi...

    ReplyDelete
  5. hehe,maybe fad beli next month kot coz budget dis month lari...banyak sgt spent untuk community service...xpe la kak aleya,kalu minat kena support baru akak lebih bersemangat nak terus menulis...chaiyok2...

    ReplyDelete
  6. terima kasih fad sebab jaid pembakar semangat akak. hari tu teringin nak sembang dengan fad tapi masa macam tak cukup. tak apalah, ada umur n rezeki mungkin lain kali boleh jumpa lagi. apa pun doakan fad berjaya dengan study tu ye...

    ReplyDelete