- Aku & Ceritaku -

December 16, 2008

Tukar lagi? Hem... macam tulah nampak gayanya. Dah jumpa yang berkenan dan sesuai dengan jiwa, ada pula yang tak kena. Sudahnya tengok itu tak kena dan tengok ini pun tak kena, jadi ambik ajelah yang ni. Tapi bila pandang balik, nampak meriahlah pula. Esok sure kena kutuk dengan Diana, silap-silap dia kata macam kebun. Tapi tak apalah, nak guna juga yang ni untuk sementara waktu yang masih belum ada tarikh luput yang pasti.

Tapi kali ni bukan pasal rumah yang asyik bertukar cat ni yang nak aku coretkan, sebaliknya tentang Jumaat yang baru saja berlalu. Hem... kalau selalu, aku hanya duduk di rumah, tapi hari tu aku, Bikash, Fieda dan Fauzi (adik Bikash) mencemarkan kaki ke Mid Valley semata-mata nak tengok wayang. Macam sebelum-sebelum ni, kali ni kami tengok dua cerita juga. The Day Earth Stood Still dan Twilight. Apa pendapat aku tentang kedua-dua cerita ni ya? Entah, cuma dua-dua cerita bagi aku ada kekuatan dan kelemahan. Kalau tak percaya kena pergi tengok. Apa pun, okeylah sebab aku memang pun dah lama tak tengok wayang. Lagipun kedua-dua cerita tu tak mampu buat aku mengantuk walaupun aku memang tak cukup tidur masa. Tahniahlah pada mata ni. Minggu depan nak tengok lagi, ceh... Cuma masa tu nanti, harapnya kami tak akan buat kesilapan yang sama sekali lagi. Kesilapan yang betul-betul kelakar bila dikenang semula. Kepada semua yang berminat, selamat menonton...

2 comments:

  1. Menonton wayang ya?!

    Jangan lupa Adab dan Etika ketika menonton wayang.

    LINK

    ReplyDelete
  2. insya-allah sy ingat, sy masih tau diri dn dpt bezakan mana baik, mana buruk. apa pun terima kasih kerana mengingatkan, saya sangat hargai...

    ReplyDelete