ESQ! Aku tak tahu bagaimana nak terangkan tentang ESQ ni dan tentang perasaan aku sekarang ni. Jangankan terangkan secara terperinci... terang secara kasar pun belum tentu aku mampu. Cuma yang dapat aku katanya, ada pelbagai rasa bergolak dalam diri masa tu, masa ni dan mungkin sampai bila-bila rasa ni tak akan hilang. Hendaknya... pengalaman dan pengajaran yang aku dapat sepanjang ESQ training tu dapat dijadikan panduan buat penyuluh hidup aku yang adakalanya tak menentu. Dalam terang pun ada masa-masanya aku terasa gelap, apalagi dalam gelap-gelita yang langsung tak bercahaya.
Buat Karangkraf dan Alaf 21... tak ada kata lain yang dapat aku ucapkan selain daripada terima kasih, terima kasih sangat kerana memberi peluang pada aku dan kawan-kawan yang lain. Hendaknya, biarlah kita sama-sama diberkati ALLAH. Amin!
salam cinta 165,
ReplyDeletelorr,akak ade ke dlm training tu..sy jd ATS..alah,ruginye..
best kan esq..jom r nnti recharge!hehehe
salam semut anish... yup, akak ada di sana bersama-sama penulis lain mcm yang anish boleh lihat dlm gambar yang akak sertakan. esq banyak memberi keinsafan pada akak yg dh banyak buat silap dalam hidup. moga akak bukan salah seorang daripada mereka yang terlewat. recharge... insya-ALLAH...
ReplyDelete