-Hadiah Tak Ternilai-

July 16, 2009

Kursus Penyediaan Indeks… Yang ni boleh dipanggil sebagai hadiah ke? Tapi sebab ada ilmu yang aku dapat, jadi aku anggap ia sebagai hadiah. Ya... hadiah yang tak ternilai sebab selama ni aku tak pernah tahu macam mana nak buat indeks. Aku cuma tahu di halaman belakang buku, kecuali buku kreatif biasanya memang ada perkataan bergelar indeks. Tapi aku tak pernah guna dan tak berapa tahu untuk apa indeks tu. Aku cuma tahu baca bahan teks dan selebihnya, kecuali karya kreatif, aku jarang sekali membaca.

Hari ni hari ketiga kursus, bermakna hari terakhir. Mungkin tak semua aku tahu dan tak ada orang boleh jadi pandai dalam masa sesingkat ini sebab nak buat indeks tak semudah mengira 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Kemahiran membuat indeks perlukan masa dan kekerapan. Semakin kerap kita buat, semakin kita dapat menguasai. Itu kata cikgu yang mengajar aku dan kawan-kawan. Dan... kata-kata tu aku akui sebab sepanjang tiga hari ni, aku dapat rasakan betapa susahnya nak buat indeks. Sukarnya mencari perkataan yang penting dalam teks, dan lebih daripada itu... aku jadi jemu bila yang dicari terasa macam tak jumpa walaupun ada.

Tapi berbanding kursus-kursus lain, aku rasa inilah kursus yang paling aku suka sepanjang kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebabnya, praktikal lebih banyak berbanding teori. Bukan tak suka teori sebab teori sama penting dengan praktikal. Cumanya... yang bermasalah diri aku sendiri. Semakin banyak orang di hadapan bercakap (cikgu, pensyarah, penceramah dsb) semakin mata aku mudah tertutup, tak payah tunggu sampai 10 minit. Memang dari zaman sekolah sampai sekarang ni, aku mudah mengantuk bila mendengar orang bercakap sesuatu di hadapan (kelas atau pentas). Pernah satu ketika, cikgu Bahasa Melayu cakap kepala aku dah masuk virus sebab aku dah hanyut entah ke mana-mana.

Apa pun, aku harap ilmu yang aku dapat sepanjang kursus ni akan kekal dan bermanfaat untuk aku. Kalau pun bukan hari ni, mungkin pada masa akan datang. Siapa tahu kan? Sebabnya... dalam dunia ni, tak ada siapa pun tahu apa yang akan berlaku walaupun dah merancang macam-macam.

3 comments:

  1. rindu awk sgt2 ni...moga ketenangan sentiasa milik kita. Allah tidak memberati hambaNya melainkan setakat yg terdaya oleh kita...moga akan ada manis dan bahagia buat kita semua...

    ReplyDelete
  2. ya moga ketenangan akan jadi milik kita... dan seluruh manusia yg ada dalam dunia ini. pasti ada bahagia selagi kte tak putus asa mencari bahagia itu...

    ReplyDelete
  3. salam wbt,
    fitri dr bndar melaka,boleh berkongsi ilmu tentang mcmana nak buat indeks buku?saya nak tau lebih lanjut mcmana nak buat indeks.harap dpt bantu.tq
    wassalam.

    ReplyDelete