-Hadiah dari ALLAH Lagi-

3:55 PM

Semalam yang hangat. Bolehlah dikatakan semalam adalah hari yang melelahkan walaupun bukan aku yang bawa kereta. Sampai ke hari ini pun penat dan lenguh-lenguh badan masih terasa. Shanika pula macam mana agaknya ya? Mesti penat kawan aku tu jadi berlipat kali ganda. Sorry mek, tapi terima kasih sangat ye. Terima kasih juga pada Bikash, Fieda dan Airul. Mungkin Harry Potter kali ni tak begitu mengujakan hati, tak sabar nak tunggu yang last lepas dengan cerita Bikash, mungkin tahun depan. Tapi aku tetap terhibur dan terasa penat sepanjang hari seperti berbaloi dengan hanya tengok muka korang dan dengar celoteh korang yang dah menceriakan malam aku, walaupun masa tu terasa mata nak tertutup.

Untuk Faizal, photographer Karangkraf, Baien, Fiza, Dodie, Hairi dan Dila, terima kasih juga sebab dah bersusah payah untuk manusia keras kaku macam aku ni. Kalau tak ada korang, entah apa agaknya yang akan jadi dengan aku. Tapi... lain kali, berilah aku tugas apa pun... tapi janganlah suruh aku beraksi depan kamera dan video kamera macam semalam. Aku memang malu yang amat, tak reti, tak tahu dan banyak lagi. Terasa macam nak jadi halimunan masa tu juga. Kalau ada pilihan, mesti awal-awal lagi aku dah cabut lari. Dan untuk Auen yang baik hati, editor semua novel-novel aku, editor yang dah lima tahun kerja dengan aku, terima kasih sebab dah banyak berusaha selama ni. Harap pada masa akan datang, Auen tetap akan jadi editor saya dan akan terus membantu saya meningkatkan mutu penulisan. Tengok Auen betul-betul datang semalam, rasa agak terharu. Terima kasih sangat...


You Might Also Like

8 comments

  1. waaahhh!!!
    da lame ta beli buku novel!
    tggu lps SPM laaa..
    adoyai! geram plak tgk..
    :( cepat la SPM abes.. :D

    ReplyDelete
  2. awak ke yg pakai baju merah tu... warghhh lainnye... pesal gambar close up g edit... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. hi nice blog u have here,
    would like to invite you to come and shop with us

    we have cottons from dubai, kebaya and kurung from indonesia, and much more!

    be our follower, and u r entitled for free delivery dear!

    ReplyDelete
  4. wah!! hanya dia tahu!!! best novel nih!!

    ReplyDelete
  5. comey la mak tam berbaju merah... pepun tahniah ye!

    ReplyDelete
  6. maisyara-yg dulu elok didulukan. apa pun, akak doakan awk berjaya tau...

    dhan-mmg lain. kt luar confirm sy x cm tu. sy x pandai bubuh kaler2 kt muka.

    shoppersjoints-terima kasih...

    sHe~TeE-terima kasih sangat sb sudi baca. harap terus sokong ye...

    NoRT-tu muka mak tam pas kena warnakan. kt luar, x lawa pin. tq ye...

    ReplyDelete
  7. akum..puas benar saya membaca hasil nukilan kak aleya..lebih2 lagi novel terbaru 'hanya dia tahu'..sesekali membaca berguguran airmata sy menghayati kisah persahabatan antara nasuhah herlena dan ariana lufthia..keakraban zaen dan ariana ..membuat sy tertanya2 mengapa sy tidak sebertuah mereka..mempunyai sahabt yg baik sekaligus mempunyai seorang abg yg kasih pada adiknyaa..!!novel ini benar2 membuat sy sllu ingin menjadi nasuhah yg sabar dan tabah..dan smoga sy mndapat shabat sbaik aria..yg tidak hnya ada ktika senang..dan pergi ktika jatuh...!! smoga kak aleya trus maju dlam mnghasilkan karya2 yg best n hebat setanding penulis2 yg lain...aminnn...babai..

    ReplyDelete
  8. salam... terima kasih emalina sb sudi baca nvl akak. mcm emalina, akak pun harap dpt kawan sehebat ariana dan nasuhah. tp soalnya, sahabat mcm tu dh semakin jarang ada di muka bumi ini. harap bila membaca nvl tu, akan ramai yg sedar betapa tingginya nilai persahabatan. sehebat mana pun kte, kte ttp perlukan seseorang di belakang kte utk menolak kte ke atas setiap kali kte berada di bawah. terima kasih sekali lagi atas sokongan yg diberikan ye...

    ReplyDelete