-Hadiahkah Ini?-

July 20, 2009

Hadiah… kali ni rasanya tak ada hadiah yang aku dapat daripada sesiapa dan apa-apa, kecuali aku beli hadiah dan beri hadiah kepada diri sendiri. Ya... aku beli tiga pasang baju dan 1 beg tangan pada tengah-tengah bulan yang sepatutnya memerlukan aku berjimat cermat. Sekali-skala, tak salahkan? Dan kenapa bulan Julai ni aku nak bubuh tajuk n3 dengan perkataan ‘hadiah’ aku sendiri tak pasti. Cumanya, terasa diri dah lama tak memberi hadiah pada orang sebab kelemahan diri sendiri. Tak pernah tahu nak beri hadiah apa pada orang sebab aku tak pernah tahu apa yang orang suka.

Sebenarnya, bukan soal ini yang membuatkan aku ringan tangan menaip keyboard saat ini. Tapi soal hati! Ya, soal hati yang tiba-tiba saja jadi sayu. Habis perhimpunan bulanan tadi, walaupun separuh daripada perhimpunan itu aku tertidur, tengok internet sekejap. Entah apa melanda, yang terbayang-bayang dalam kepala aku hanya Fatin Nabila dan Kak Dhiya Zafira. Ada sesuatu bergolak dalam diri. Ya, aku rindukan mereka berdua dan hampir-hampir aje air mata aku menitis ketika cuba membayangkan wajah mereka berdua.

Ada apa dengan aku sebenarnya? Kenapa sentimental sangat sekarang ni? Punyalah ramai kawan-kawan lain, kenapa mereka berdua yang aku nampak? Aku tak tahu dan aku memang tak ada sebarang jawapan yang pasti. Masa berSMS dengan Fatin tadi, mata aku bergenang dengan air. Terasa nak memeluk dia. Sejujurnya, aku terasa diri bertuah sebab dikurniakan dengan kawan-kawan yang baik selama ini. Cumanya aku terfikir lagi, sebanyak mana kawan aku selama ini? Seberapa ramai kawan yang sebenar-benar kawan? Dan lebih penting lagi, sebanyak mana aku menghargai mereka? Sebanyak mana juga aku menyakiti mereka?

Tak tahu! Hanya itu jawapan yang dapat aku berikan. Banyak yang berlaku akhir-akhir ni dan sebanyak itu juga aku berfikir tentang hidup dan kehidupan yang hanya sementara ini. Dugaan datang satu demi satu. Kecil barangkali, tapi kehadirannya memang terasa sangat dalam hidup aku dan kalau tak sabar, mungkin akan mengubah seluruh sejarah hidup aku. Cuma, entah kekuatan datang dari mana, aku masih tenang menghadapi apa yang datang. Rasa nak marah dan merajuk sangat, tapi masih juga aku mampu tersenyum dan bersabar. Tetap juga melayan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian dalam masa beberapa hari, hati berbisik, ‘Ya ALLAH, aku maafkan dia. Biar hati sangat terasa, aku maafkan dia, Ya ALLAH. Dia pasti tak sengaja melakukannya. Aku maafkan dia dan aku mengharapkan keredaan-Mu Ya ALLAH’.

Alhamdulillah... memang aku patut berbuat begitu. Tak rugi. Meminta maaf dan memaafkan rasa-rasanya tidak ada salahnya sebab manusia tak pernah dapat lari daripada melakukan kesalahan. Aku tentu saja tak terkecuali kerana aku manusia yang banyak kurang daripada lebih. Untuk itu, kepada sesiapa saja yang pernah aku sakiti hati dan perasaan mereka, sama ada sengaja atau tak, maaf... maaf sangat-sangat sebab aku selalu tak sedar apa yang dah aku buat. Moga ALLAH memberikan semua rahmat dan kasih sayang-NYA pada aku dan semua umat ISLAM di dunia ini. Amin!

4 comments:

  1. bila baca n3 awak ni.. tetiba sayapun teringat pada kawan2 yang dah semakin menyepikan diri... :) rindu...

    ReplyDelete
  2. semoga cepat hilang segala rasa yg menyedihkan.. bersyukurlah kerana msh banyak keberuntungan dlm hidup ini. semoga awak dilindungiNYA selalu.. Amin.

    ReplyDelete
  3. Salam aleya...

    Maafkan akak sebab masa leya mesej tu akak ada kt genting...mungkin ada sumthing yang leya nak cakap..mungkin leya fikir tak nak ganggu akak..tapi lain kali... bila2 masa ja nak mesej..nak cakap..nak berbual...akak sentiasa ADA tau...

    ReplyDelete
  4. dhan-ya, masa berlalu...kdg2 hati pun makin jauh. tp yg penting, ingatan takkan pernah hapus kan?

    kak azie-ya, kte rasa sangat beruntung. bkn semua orang nasibnya sama. masalah hanya asam garam dlm hidup. tp dengannya juga manusia belajar banyak perkara.

    kak dhiya-x ada apalah... ari tu agak teremo. jd ingat kt semua org. la ni dh okey... harap akan terus ok. harap kak dhiya pun cm tu gak. moga Allah merahmati kita semua. amin!

    ReplyDelete