- InI bUkAn CuCu HaNtU kAk LiMaH yA! -

December 27, 2010

Idea nak tengok Hantu KaK Limah Balik Rumah, tentu saja datang daripada saya sebab ada masa-masanya saya memang agak mengarut sikit dan suka buat sesuka hati. Tengok wayang dengan ditemani askar-askar kecil comel yang tentu aje boleh nangis bila-bila masa, saya rasa sangatlah tak praktikal sebenarnya. Walaupun mak saya kata, dulu masa saya dan adik-beradik saya kecil-kecil, dia orang bawa aje kami tengok wayang. Tapi kalau tinggalkan si kecil, bermakna harus juga tinggalkan ibu dan ayah si kecil sekali. Mestilah tak seronok kalau ada yang tertinggal sebab sejak duduk KL, saya memang tak suka ke mana-mana yang bermaksud di Johor Bahru, tanpa ada salah seorang daripada keluarga saya. Terukkan? Suka sangat buat rombongan, tapi memang betul, saya memang suka ke mana-mana dengan kaum keluarga saya yang sudah semakin mengembang itu.

Jadi, Jumaat malam Sabtu, maka rombongan Cik Mar @ Aleya pun bergeraklah ke Jusco Tebrau lepas makan kat Larkin. Kami main terjah aje lepas abang saya pergi ke U Mall Taman Pulai Utama dan Skudai Parade siangnya semata-mata nak dapatkan tiket HKLBR tu, tapi dua tempat tu tak tayangkan filem tu. Malang sekali, di JT pula tiket dah habis. Muka saya dah tentulah masam mengalahkan tertelan asam jawa. Rasa hampa sangat, nak mengamuk pun ada juga. Sudahlah sebelum pergi sampailah masa makan, macam-macam hal jadi. Rasa macam nak nangis pun ada juga. Tapi kalau dah tak ada rezeki malam tu, usaha macam mana pun tetap juga bukan rezeki. Adalah cerita lain, tapi setelah mendengar pendapat semua, yang bermaksud anak menantu dan cucu Pak Wahab, dari yang sulung sampai cucu yang paling kecil, kami sepakat balik. Sudahnya sampai rumah, layan aje shaiba. Macam nak terburai isi perut bila masing-masing mula memadankan huruf. Sampai pukul 2 pagi, saya, Ika, Kak Long dan Abang Nasir layan benda alah tu. Ada aje yang buat lawak tak berapa nak cerdik.

Esok pagi-pagi, Kak Long ajak lagi pergi tengok HKLBR tu dekat Leisure Mall. Kali ni tak nak jadi macam sebelum ni, maka tiket pun dibooking dari rumah. Huh... selamat masih ada kosong! Petang tu kami bergerak berama-ramai. Agak tergocoh-gocoh sebab bila dah ramai tu faham-faham ajelah, bersiap pula lewat. Angah dan bengang sebab nak ada kat sana sekurang-kurangnya 45 minit sebelum filem ditayangkan. Kalau tak, tiket tu akan dikira hangus, jual kat orang lain. Dan kami sampai tepat pada masanya. Lepas tu... panggung pun gamat dengan ketawa kami bercampur ketawa orang lain. Tolak unsur-unsur tak logik, saya sukakan cerita HKLBR ni. Nampak santai, tapi saya tahu dan sedar ada banyak yang diselitkan oleh Mamat Khalid dalam cerita ni. Apa pun, saya bukan pengulas filem jadi saya tak akan mengulas apa-apa. Cuma saya suka dengan watak-watak dalam HKLBR dan entah kenapa saya lebih sukakan Awie yang lawak daripada Awie yang serius macam dalam filem Sembilu dan seangkatan dengannya. Tapi yang lebih penting daripada itu, Aqqif, Naqib, Arissa & Awish langsung tak nangis dalam panggung. Dan lepas ni, rombongan Cik Mar @ Aleya dah tahu nak tengok cerita apa... ;-)




Oh ya... empat budak yang kecil-kecil di atas ni bukannya cucu kepada Kak Limah di bawah ni ya, tapi mereka cucu Pak Wahab yang sangat baik dan mendengar kata. Sebabnya, tak ada seorang pun yang membuat perangai sepanjang kami menjadi penonton HKLBR. Teruslah jadi anak-anak yang baik ya sayang, tak kira kat mana dan dalam apa situasi sekalipun.


4 comments:

  1. Best filem ni!sayapun dh tengok..suka sangat,santai..hehehe

    ReplyDelete
  2. Laaa, awatnya tak calling2? kot tak bole booking online tuk awk sekali sb jumaat malam sabtu tu kte anak beranak pn tgk cete ni kt CS.. ok la juga, tp pada kte ngangkung lg best kot..

    ReplyDelete
  3. :eiymah - hahahaha...

    :kak azie - masing-masing x mau tengok kt CS tu. yg mlm tu sebenarnya dh x jd. cuba nasib je padahal dh agak tiket x ada dh. ngangkung mmg nk tengok tapi masa x cukup. kt LM masih ada cete tu tp utk 2 tayangan je, pukul 2 ptg ngn 10 mlm. ni nk tunggu cete kongsi lak... mana tau leh bawa rombongan cik mar lg sekali...

    ReplyDelete
  4. kongsi cete siapa? cm tak perasan lak.. kte nk tgk appalam... :P
    booking on9 je senang.. bole pilih tempat lagi.. tp masa kena fix la. klu dgn budak2 comel awk tu, nk tgk kol 12, kol 9 dh kena siap2 hehehe...

    ReplyDelete