Aku dan dia... membesar bersama-sama. Kalau isi itu teman baiknya kuku, aku pula temannya dia. Kami berbaik, kami bergaduh, kemudian berbaik, bergaduh dan berbaik semula macam kanak-kanak lain juga. Walaupun di hujung sebuah pertengkaran, biasanya hanya dia yang akan mengalah. Sedangkan aku, tetap juga menjunjung ego yang melangit. Ya, memang bukan aku namanya kalau tunduk pada dia, tak kira sama ada aku salah atau aku betul. Paling penting, aku tak akan mengalah. Tak bercakap, tak senyum, tak ketawa, aku rela, asal saja aku bukan jadi orang pertama yang mengalah.
Mungkin... mungkin dah terbiasa jadi adik yang selalu harus diutamakan oleh abang-abang dan kakak sendiri, maka aku jadi mua dan keras hati, termasuk kepala. Dan dia pula, sebagai kakak sulung yang punya adik-adik, dia tetap bersikap seperti kakak. Tapi tak juga aku jual mahal bila dia nak berbaik-baik dengan aku, paling penting... dia yang kena tegur aku dulu. Satu patah kata pun, dah lebih daripada cukup.
Hingga remaja menginjak naik, kami masih begitu. Aku tetap menjadi adik dan dia tetap menjadi kakak, walaupun jika diukur pada umur, status aku tentu saja kakak pada dia sebab aku tua setahun berbanding dia. Kami masih makan sepinggan, minum secawan, rumah aku jadi rumah dia dan rumah dia, tetap jadi rumah dia. Sebabnya, aku jarang sekali tidur dan makan di rumah dia walaupun diajak, tapi aku akan paksa dia tidur dan makan di rumah aku. Sampai satu masa, mak dia pernah suruh dia bawa kain baju pergi rumah aku. Pun, aku dan dia tak pernah peduli.
Ketika kedewasaan datang... aku baru sedar segala-galanya dah jauh berubah. Dia makin jauh dari jangkauan tangan disebabkan jarak dan masa. Tapi jarak dan masa, bukan juga tiket untuk aku lenyapkan dia dari mata dan hati aku. Dalam carta hati aku, dia tempat kedua selepas keluarga. Sedangkan di pihak dia, aku tak pasti apa kedudukan aku. Dan yang aku nampak, aku makin hari seperti makin hilang saja dalam bayangan dia. Ya... masa dan jarak seperti sudah membalikkan keadaan. Peranan kami kian bertukar, dia mula jadi adik dan aku jadi kakak seperti sepatutnya. Sayangnya, saat aku rela menjadi kakak setelah berpuluh-puluh tahun masa berlalu, segala-galanya bagaikan sudah terlambat. Dia bagaikan tak dapat dilentur lagi. Kalau tentang dia, semua cerita tak terjangkau dalam fikiran aku yang sampai.
Kenapa awak boleh jadi macam ni? Tiga tahun kami tinggalkan awak dulu, awak berubah jadi orang lain? Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, soalan itu-itu juga yang melekat di kepala. Dan semalam, saat satu SMS daripada dia menjengah, aku buntu... tak tahu macam mana lagi nak bantu dia cari keluar, sebab aku betul-betul tak tahu macam mana nak tolong dia kali ni. Tak tahu apa harus aku buat untuk meringankan bebanan dia. Berapa kali aku nak katakan perkara yang sama? Berapa kali aku nak cari jalan keluar untuk dia? Sedangkan dia, tak pernah belajar daripada kesilapan. Tetap juga membilang silap, satu demi satu. Dan... kenapa dia tak pernah nak sedar orang di sekeliling dia semuanya sayangkan dia? Kenapa sekian lama masa berlalu, dia jadi manusia yang begitu pentingkan diri sendiri? Dan bila tengok mak dia, aku hanya mampu ketawa dalam tangisan. Kenapa ibu sebaik itu harus selalu terus disusahkan?

berdoalah selalu untuk dia.. sesungguhnya awak saje yg bole kembalikan dia spt dia yg dulu krn awak plg `dekat' dn plg tau diri dia. semoga satu hari dia akan nmpak apa yg patut dia nampak... amin.
ReplyDeletekalaulah semudah itu... memang tiap kali ada masalah, dia cari kte... utk mengadu, lepas tu kte akan carikan jalan penyelesaian. cuma kali ni tak dpt tolong wlupun nk tolong, rasa sedih sangat... tp mmg kali ni diluar kemampuan. harap, ALLAH tolong dia...
ReplyDelete