-Penawar Untuk Jadi Tawar-

October 27, 2009

Sepertinya, aku dah kembali menyeksa diri sendiri, sekali lagi dan entah untuk ke berapa kali. Malam tadi... sekali lagi tidur lewat, membaca dan membaca macam esok aku tak perlu pergi kerja, padahal malam sebelumnya aku hanya tidur-tidur ayam, malam-malam lain pun masih begitu-begitu juga caranya aku tidur dan rasa-rasanya, malam ni dan untuk beberapa malam lagi, pun tak akan ada bezanya selagi penawar untuk jadi tawar tidak bertemu dengan titik akhir. Cari penyakitkah? Tidak! Aku tak cari penyakit sebab aku tak nak sakit, sakit hanya membuatkan orang-orang di sekeliling aku rasa susah. Aku hanya sedang menyeksa diri sendiri seperti sebelum-sebelumnya, melalui kesibukan yang sengaja dibuat-buat. Ya, kesibukan yang dibuat-buat itu, hanya satu escapism. Untuk apa ecsapism itu, Hanya DIA Tahu kerana Hanya DIA Yang Maha Tahu... Yang pasti, aku perlukan kesibukan yang bertali arus, kalau pun bukan untuk selama-lamanya, cukup untuk masa beberapa hari lagi, atau juga beberapa minggu sebelum segala-galanya kembali ke asal, sebelum penawar untuk jadi tawar itu muncul memaniskan kembali erti sebuah kehidupan...

*** KaLaU tUaNnYe TaK aDa Di SiNi... MuNgkIn AdA dI FaCeBoOk, KaLaU dI sAnA jUgA tAk AdA... mUnGkIn SeDaNg BeRtApA dI mAnA-mAnA... ***

2 comments:

  1. Bertapa?? Hm.. I just doNt liKe iT.. Tak paYah la...

    ReplyDelete
  2. Kehidupan yang sempurna perlu ada tawar, manis, pahit, masin, pedas, payau dan lain-lain lagi yang diambil sekadar secukup rasa hik hik

    ReplyDelete