-Raya Lagi, Menarik di Mata...-

October 4, 2009

Mungkin terpengaruh dengan masa remaja, sampai dah dewasa ni pun hobi aku tetap sama. Ambil Gambar! Bezanya, dulu aku yang diambil gambar. Tapi sekarang, aku pulak yang mengambil gambar. Biasanya yang jadi model tak berbayar kaum keluarga aku. Pantang ke mana, cepat aje tangan capai kamera. Entah berapa ribu koleksi gambar dalam tangan aku, aku sendiri tak tahu. Tapi sungguh... semua gambar ada kenangan terindah bagi aku. Cuci, habiskan duit, tak cuci lagi rugi sebab... duit boleh dicari, tapi kenangan tak akan ada dijual di mana-mana. Dan ini... sebahagian lagi gambar masa raya...

Aqqif dan Danish - bezanya macam langit dan bumi. Tapi yang buat aku salute kat Danish, besar macam mana pun, dia tak buli budak kecil macam Aqqif.

Tengok air mata kat hujung mata Aqqif... tiba-tiba jadi ingat lagu Air Mata Syawal, dendangan Siti Nurhaliza. Entah angin apa melanda, pagi raya dia buat perangai. Tak nak pakai baju raya. Puncanya, tentulah sebab tidur pukul 3.00 pagi, bila kena kejut... siapa pun mesti angin. Tapi soalnya, siapa suruh tidur lewat, bukan dia pun yang buat rendang.

Berapa? Itu soalan aku masa bawa Kakak dan Adik Nana pergi kedai gunting rambut. RM 96! Hampir-hampir aje mulut aku cakap, kita balik aje lepas dapat tahun harga rebonding untuk rambut sependek itu, mahal macam tu sekali. Tapi sebab dah janji, nampaknya aku tak ada pilihan lain lagi, walaupun rasa sangat tak berbaloi. Masa aku keritingkan rambut dulu pun, tak adalah mahal macam tu sekali.


Tak tahu kenapa, setiap kali suruh senyum masa nak ambik gambar, bibir Aqqif jadi macam tu. Itu... senyum ke? Orang belakang, perasan lawan dengan kebaya pink. Sebenarnya, Kak Long pun menyesal beli baju kebaya tu sebab harganya, mak ei... kalah baju dia.


Hari dia luruskan rambut guna duit aku, hari tu juga dia cari pasal dengan aku, sampai aku kata, jom... kita pergi kedai tadi, minta dia buat rambut Adik balik ke asal. Sakitnya hati aku, Tuhan aje yang tahu! Makin hari, aku rasa Adik Nana makin menyakitkan hati aku. Tapi bila bergaduh dengan kakak dia, aku juga yang dicari.

Anak bapak, tiap kali tengok mata Aqqif bila bangun tidur... teringat muka adik aku ni. Memang sebiji!


Penat ye sayang, buat ketupat malam tadi?



Antara koleksi gambar yang sangat-sangat aku suka. Sebenarnya, lagi ramai budak-budak bersesak-sesak macam tu, lagilah aku seronok.


Tina, Adik Nana, Aqqif, Nurul dan Tini - diaorang berbaik, bercakar, berbaik, bercakar lagi macam tak ada sudahnya hidup. Tapi... aku tetap harap anak-anak ni akan tumbuh jadi manusia berguna di masa-masa akan datang.


Gambar ala-ala model nak pergi toilet... nak ketawa tergolek-golek aku masa tangkap gambar ni. Muka macam tak siap aje Abang Chik aku tu...


Ni lagi satu anak bapa, tak mahu kalah dengan papa dia. Tapi alahai... gemuknya anak buah Mak Tam ni. Kata nak diet... tapi.... bila ye Danish?

Kami datang ni nak memetik bunga! Itu dialog aku masa kami beramai-ramai balik kampung, rumah nenek kat sebelah rumah aku yang jaraknya tak sampai 50 meter pun. Bunga yang mana satu? Balas Ucu aku. Alah... kan tinggal satu aje bunga dalam rumah ni, yang umur 17 tahun tu. Pecah ketawa pagi raya tu. Mujur cincin tu muat-muat elok aje kat tangan nenek, kalau tak entah siapalah yang dapat sebab aku tak berapa suka cincin selain belah rotan.

Pasangan yang selalu buat rasa nak ketawa sampai nak pecah perut. Sorang kata tak ada salah, sorang lagi kata dah banyak buat salah. Kak Long dan Abang Nasir, diaorang memang kelakar tiap kali salam raya.

Arissa... Arissa... Arissa... ya, Arissa dah makin putih dan Danish pun dah kata yang adik dia cantik. Moga jadi anak yang baik ye sayang...


No comments:

Post a Comment