Inilah gambar raya pertama kami anak-beranak. Ada nampak macam boria bila tengok lama lama. Lepas sembahyang raya, lepas makan sampai kenyang... macam dah jadi rutin kami berkumpul semata-mata nak ambil gambar ramai-ramai. Syaratnya, tak boleh kurang walaupun seorang, mesti semua ada dan kalau dah ramai, macam-macam ragam dan hal yang muncul. Ada yang menangis, ada yang melalak dan lebih banyak yang ketawa tak kering gusi.
Kalau dilihat pada gambar, tak sedar rupa-rupanya keluarga aku dah makin bertambah bilangan ahlinya. Macam tak percaya, tapi memang meriah.
Panggil Jaja datang sebab nak suruh dia tangkap gambar aku dan keluarga, belum pun apa-apa, dia dah menyelit masuk. Memang Jaja rapat dengan keluarga aku dan dulu rumah aku macam rumah dia. Hujung minggu pun tidur rumah aku. Dan sebab Jaja juga, aku dulu selalu bergaduh dengan Kak Long sebab aku selalu lebihkah Jaja daripada adik-beradik yang lain. Tapi bila masing-masing dah dewasa, kami yang macam belangkas dah jarang jumpa. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri, tapi kemesraan aku dengan Jaja tak pernah hakis.
Dalam hidup, setakat ini permintaan aku tak begitu banyak. Tapi aku sangat berharap Abah dan Mak akan begini selagi ada hayat mereka di kandung badan. Mak, Abah... Ami sayang gila kat kalian berdua!
Asalnya hanya berdua, lepas tu dapat Kak Long, Abang Ngah, Abang Chik, Aku dan adik-adik lelaki aku.
Cucu mak dan abah dah ada enam orang. Nurul Husna (Kakak), Nurul Hannah (Adik Nana), Danish Hakim (Danish/ Abang Cha), Mohammad Aqqif Nadjmi (Aqqif/ Jimy/ Abang Chik), Mohammad Naqib Zakuan (Naqib/ Zakuan/ Wawan/ Adik) dan Arissa Izzyani (Arissa).Syukur sangat sebab kehadiran diaorang memeriahkan hidup kami semua...
Anak perempuan Mak dan Abah - orang kata muka aku dan Kak Long ada iras, sampai ada yang tersalah panggil. Tapi setiap kali aku tengok, tak sama pun!
Jeng... jeng... jeng... mari kita tengok siapa yang paling hitam dan siapa yang paling gemuk (perkara yang paling aku suka kutuk kat diaorang, tapi tak masuk abah aku ye). Yang menang tentulah yang dua dari kanan. Jangan marah, nanti kena jual timbang kilo...
gambar adik beradik lelaki yg hamsem tu biasalah abg chik.... cuba kau tgk dalam family kt semuanya ceria belaka, aku harapkan keluarga kt happy selalu, tapi yg paling cantik org yg tgh dokong anak, hehehehe salam hari lebaran
ReplyDeleteYa, Selamat Hari Raya.
ReplyDeleteMaaf tergurau lebih-lebih. Teruskan menulis.
wahh sume purple nie
ReplyDeleteselamat hari raya
ila - ensem pe, boroi ma suami kau tu... tp... apapun aku tak boleh tahan kenangkan org kt umah wak ramli angkat kepala tengok family kte pakai bj sedondon. nak ketawa pun ada gak...
ReplyDeleteustaz azman - selamat hari raya aidil fitri. tersalah tersilap harap di maafkan. maaf juga sebab tak dapat tolong, tak reti nak mengulas...
yoro okino - selamat hari raya aidil fitri, tq sudi menjengah...
Ya, mungkin karena itu
ReplyDelete