-Subang, Rak Buku dan Kasut Baru-

7:25 AM

Subang – malam hari raya pertama, masa sikat rambut, baru perasan sesuatu dah tak ada. “Mana subang aku belah kanan? Hilang ke? Kalau hilang, masa bila? Kat rumah kampung atau kat rumah KL?" Aduh! Aku dah jadi kelam-kabut mencari, semua tempat aku geledah. Kejap berdiri, kejap membongkok, kejap melutut dan macam-macam aksi lagi aku buat.

“Buat apa tu?” Abang Long (abang sepupu) aku tanya, lepas tu Chik Aziz. Aku kata subang aku hilang sebelah. “Beli baru je. Kan dah kerja.” Wah... senangnya Abang Long aku bagi pendapat, tapi aku sengih. Sampai esok pun subang tu tak dapat cari dan aku nampaknya jodoh aku dengan subang tu sampai situ aje. Sedihnya hati... TUHAN aje yang tahu. Tu subang yang abah belikan lapan tahun lepas, aku tak pernah berpisah lama dengan subang tu dan aku tahu lepas ni aku tak akan dapat lagi sebab aku dah kerja dan abah pun dan jarang-jarang ke laut lagi. Maknanya, aku tak akan dapat apa-apa lagi barang kemas daripada abah. Kalau nak juga, aku kena beli sendiri. Tapi takdir ALLAH... hari terakhir, masa kemas baju nak balik KL, subang tu rupa-rupanya melekat dekat hujung baju. Memang rapat sangat macam kat telinga sampai basuh guna mesin pun tak tanggal. Subang tu nak bertuan lagi, kata mak aku. Huh... gembiranya aku, Hanya DIA Tahu!

Rak Buku – raya kelima, pergi kedai perabot, nampak satu rak buku yang berkenan kat mata. Jadi aku pun beli. Malam masa almari tu sampai, ceh... dengan gembiranya aku menyusun buku yang entah berapa ratus tu. Mujur ramai yang membantu. Senyum sampai ke telinga sebab seronok sangat. Tapi... pagi esok masa aku tengok telur pindang kat belakang rumah, Kak Long jerit panggil nama aku dan aku buat tak dengar. Dah selesai, aku masuk. “Sorry... Sorry...,” kata Kak Long, “Akak terpecahkan rak buku yang baru beli semalam”. Aku diam, dalam hati aku tau yang hati aku dah rentung antara marah dan kecewa. Kenapa barang yang aku sayang selalu rosak atau hilang macam tu aje? Tapi tak pulak aku mengamuk, cuma baring atas katil sambil mengerekot macam udang kena salai atas api.

“Dahlah tu... karang Kak Long kau balik rumah dia pulak,” kata Mak yang tentu aje faham hati aku masa tu. Aku baru beli, tak sampai pun satu hari. Tak nak keruhkan keadaan dan aku tahu Kak Long pun perasan bila aku yang selalu kecoh, diam macam mulut kena gam, terus aku capai anak dia bawa ke luar. Main-main dengan Zakuan, tengok itu ini. Lepas tu hantar balik kat Kak Long. “Nanti akak ganti balik ye?” Aku tengok muka dia, ketawa geram. “Mengong!” Ketawa kami pecah, hati aku dah reda masa tu. Nak buat macam mana, bukan dia sengaja pun. Untung juga dia tak cedera apa-apa.

Kasut – “Pakailah kasut baru. Beli mahal-mahal buat apa simpan,” kata Abah kat Mak. Aku ketawa aje, Abah memang macam tu. Tapi ketawa aku mati bila, “Kenapa kasut ni macam sebelah longgar, sebelah ketat?” kata Mak pulak. Aku tengok saiznya, hahahaha... Aku betul-betul tak boleh simpan ketawa bila tengok sebelah saiz 37, sebelah 38. Teringat keadaan masa beli kasut tu, betapa tak bermayanya budak lelaki yg jual kasut tu bergerak, sampai aku dah naik berbahang. Belum kira lagi ada dua budak yang kehilangan mak bapa kat Plaza Angsana masa tu. Mujur juga boleh tukar balik walaupun aku dah hilangkan resit. Manalah aku tau nak jadi macam tu.

You Might Also Like

4 comments

  1. boleh selitkan utk novel terbru aleya ni? :p

    ReplyDelete
  2. x apa pasal rak buku tu ntn aku tlg kau pasalkan cermin tu.... pasal kasut emk mungkin kt kelam kabut kot sebb uo dah nak tutup tu yg x tgk siaz kasut emk , kelaka sunggu kau nie

    ReplyDelete
  3. rasa tertarik nak mengomen...

    subang ~ klu dah rezeki memang takkan kemana-mana..
    rak buku ~ dugaan Tuhan, dia amik apa yg kte sdg sayang..tp, awk mmg cool la sekarang.
    kasut ~ dan masih juga pandai buat kelakar.. hahaha...apa2 la awk nie. masih cm dulu jg, hehehe...

    ReplyDelete
  4. pu3iman - insya-Allah kalau ada kesempatan nanti...

    ila - hehehe... mmg aku x boleh tahan masa mak nak pakai kasut tu. klu x kenangkan nak balik kl mahunya aku ketawa terguling-guling.

    kak azie - kte takut jd org yg serius... hahaha...

    ReplyDelete