- SeLaMat HaRi IbU... -

May 10, 2010

Mungkin... air muka dia nampak garang & serius. Bahkan, dia mungkin tak tahu bercakap lemah-lembut dan bermulut manis macam orang lain. Tapi aku tahu, adik-beradik aku tahu & kami tahu betapa dia yang nampak garang dan tak pandai bermulut manis itu punya sifat penyayang yang tentu saja tak ada tandingannya. Punya jiwa yang selembut kapas dan sanggup berbuat apa saja demi insan-insan bergelar ‘anak’. Malahan, sanggup menolak ke tepi kepentingan diri demi kami adik-beradik. Dan sungguh... aku menghargai setiap pengorbanannya walau bibir tak pernah mengungkapkan kalimah keramat itu.

Untuk insan yang paling aku sayang dalam dunia ini, Mahani Dahli. Tak ada kata apa yang sesuai untuk dicoretkan untuk menggambarkan apa yang ada di sudut hati, melainkan perkataan, “Ami terlalu sayangkan mak”. Moga setiap titis pengorbanan mak pada kami adik-beradik akan dibalas dengan selaut rahmat daripada ALLAH. Selamat Hari Ibu, mak... Semoga Semua Kebahagiaan dan kegembiraan akan jadi milik mak.

Selamat Hari Ibu juga untuk ibu-ibu yang ada di dunia ni, moga rahmat ALLAH selalu ada di sisi kalian.

4 comments:

  1. Selamat Hari Ibu buat mak kak Aleya..

    Hurmmm saya baru jer habes baca novel 'Aku Mahu Kamu'...sungguh menyayat hati kisahnya...hinggakan air mataku tanpa segan silunya menitis...bagaikan daku pulak yg jadik Qisya tuh ngeee...

    Pape pun Tahniah sebab dah berjaya membuatkan saya terus setia dengan setiap novel tulisan Aleya Aneesa itu =)

    ReplyDelete
  2. memang... org yg airmukanya garang biasanya memang baik hatinya.. :P sebab... kegarangan semua dh tertumpu ke mukanya, so kt hati dh tak ada sisa lagi... betol x, sis?

    ReplyDelete
  3. best ke novel tu....ni kena dpatkan ni....sy follow awak awak follow sy yer

    ReplyDelete
  4. : yananuar - terima kasih atas ucapan tu & terima kasih juga sudi baca nvl2 sy. harap yana akan terus berikan sokongan ye...

    : kak azie - hehehe... x tau teori tu betul ke x... cuma yg jelas, mak kte mmg tak garang, klu garang pun masa kteorg kecik2 je...

    : bizmom - saya tak boleh nak jawab, kena baca sendiri baru boleh buat penilaian. apa pun tq sudi berkunjung...

    ReplyDelete