Ya, Happy Birthday Marwati @ Aleya Aneesa. Kalau tahun lepas aku menyambut detik 12.00 malam, 16 Mei 2009 dalam panggung wayang di Mid Valley dengan Bikash, Fida, Ika, Airul, Fauzi dan Syafik sambil ditemani cerita X-Man Wolverine, tahun ni detik yang sama aku sambut dalam kereta. Kali ni hanya ada Fida sebab masing-masing ada hal sendiri. Lepas Fida wish, adik aku call, mak, Aqqif, Kakak, Ina dan Ila bergilir-gilir bercakap sambil merapu yang bukan-bukan dengan ditemani suara Kak Long, tapi mampu membuatkan aku senyum sampai ke telinga. Kemudian dapat SMS daripada ika (isteri adik bongsu aku), Angah, Kak Azie, Bikash, Huda, Diana, Dewi, Chik Anom, Jaja, kawan-kawan penulis, kawan-kawan kat universiti, kawan-kawan sekolah dan mereka yang kenal aku, juga wish perkara yang sama. Sungguh, aku bahagia walaupun hanya dengan secebis kata-kata yang mendoakan kebaikan untuk aku. Hendaknya, mereka juga selalu ada dalam lindungan ALLAH.
Memang kalau nak diikutkan, masa ni aku dah balik kampung. Tapi mengenangkan banyak perkara yang menuntut aku ada di KL, jadi aku terpaksa batalkan niat asal yang aku tahu buat diaorang hampa. Bukan cara aku macam tu, tapi aku betul-betul terpaksa, kalau tak bila masanya kerja angkut-mengangkut tu akan selesai.
Dan dalam banyak-banyak ucapan yang aku dapat, air mata aku bergenang bila dapat MMS aksi anak-anak kak azie yang bersusun 4 orang sambil menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuk aku. “Terima kasih tak terhingga pada Along (yang ambil gambar), Bab, Zihah, Amat & Mira yang comel bila melentuk ke kanan dan ke kiri macam lalang kena tiup angin, Kak Mar doakan kalian selalu dalam rahmat ALLAH.
Kepada yang wish birthday kat aku, terima kasih sangat-sangat. Kalian sudah menceriakan hariku, terima kasih sekali lagi.

takkan pelakon ngn cameragirl je dpt ucapan.. pengarahnya tak dapat pape ker? nyesal tak menyibuk jadi pelakon tambahan kt situ... tp tkt lak airmata yg bergenang tu terus berjurai jd air terjun... :)
ReplyDeletetarikh lahir mu, pasti akan menjadi ingatan ku selama2nye...insya-Allah. (sbb tarikh lahir sama ngan tarikh hari guru, hehehhe..kalu awk jdi guru lg best, dpt dua ucapan sekali gus ...hehe)
ReplyDelete