- TaNpAmU aKu RiNdU -

July 20, 2010

ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.

Namun sekelip mata segala-galanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan semakin tahu mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan.

Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberikan, hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.

Bila hukuman ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi, bangkit menghulur tangan.
Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.

5 comments:

  1. CONGRATULATIONS, SIS...
    *excited always*

    ReplyDelete
  2. : kak azie - terima kasih...

    : nur amanina - insya-ALLAH tak ada aral mungkin bulan depan...tp tarikhnya x ada, hehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam, sis... Alhamdulillah.. Novel Tanpamu aku rindu sudah saya baca.. Tahniah diucapkan kerana berjaya membuatkan watak Zuyyin hidup.... Akhir kata, semoga sentiasa berjaya dan dilindungi olehNya. Amin.

    ReplyDelete
  4. salam snow princess... terima kasih. ya... harap kte semua sentiasa berjaya dan dilindungi-NYA...

    ReplyDelete