- NaK pEmBaNtU rUmAh! -

January 15, 2011

Lapar! Oh... pada saat jarum jam menunjukkan angka 2.15 pagi, istilah lapar patutnya tak ada sebab masa-masa macam ni seharusnya saya sudah berbungkus dalam selimut tebal. Mimpi dan terus bermimpi tanpa perlu memikirkan apa-apa. Sebabnya, dah dua hari tidur saya tak lena. Tak ada sebab, jauh sekali angin dan ribut, hanya mata enggan lelap. Masuk tidur pukul 9.00 malam, pukul 2 ke 3 pagi masih terkebil-kebil. Mata terasa pedih sebab terpejam. Ya, pejam... tapi tak lena, rasanya sangatlah tak seronok bercampur dengan sakit hati. Bukan juga masalah baru sebenarnya bila saya tak dapat tidur 2 atau 3 hari, dah terlalu biasa dan sudah pun ada di peringkat lali. Saya tahan, tak mengantuk. Tapi ditekankan di sini, saya sangat suka tidur walaupun bukan jenis lena. Dalam satu malam, saya pasti terjaga 5-6 kali, berpusing dan tidur kembali. Itu pun bukannya mudah untuk saya tidur kembali. Bahkan saya sendiri tertanya-tanya, pernahkan saya tidur tanpa jaga di pertengahan? Saya tak ingat walaupun puas cuba ingat. Kalau ada pun, mungkin masa saya bayi. Itu pun saya percaya yang ketika bayi juga saya pasti terjaga minta susu sebab saya bukannya bayi ajaib yang tak tahu menangis di tengah malam, ;-)

Cumanya... bila tidur tak cukup, badan saya cepat letih, lesu sampaikan saya tak rasa nak buat apa-apa termasuk nak berfikir perkara yang mudah-mudah. Sebab tu kadang-kadang, bila tak cukup tidur, saya jadi manusia kayu yang berhati sehangat api. Dalam erti kata lain, saya jadi lebih mudah marah dan terasa. Opsss... jangan salahkan saya, bukan saya yang tak mau tidur, lena yang tak mahu bertemankan saya. Kalau saya minum nescafe pada waktu malam pula, saya percaya yang saya mungkin tak dapat tidur 4-5 hari. Makanya, saya minumlah nescafe pagi hari sebab saya sangat sukakan nescafe ais. Nescafe O, oh... saya sangat tak suka. Tapi dah beberapa hari saya tak dapat minum nescafe ais. Bukannya tak dapat sebenarnya, saya yang tak mahu sebab cuaca di luar hujan memanjang, dalam DBP pula sejuk seperti duduk dalam peti ais besar bertingkat-tingkat hingga memaksa saya mengenakan dua lapis sweater, dua lapis stoking dan sarung tangan comel yang ada bentuk love yang saya beli di Cameron Hingland dua tahun lepas. Nak pakai sarung tangan kulit warna hitam yang saya pakai masa di Korea hari tu, terasa sangatlah tak patut, walaupun ikutkan hati memang saya nak pakai pun. Tak tahan kalau hari-hari terus ada dalam keadaan sejuk macam tu sekali. Saya orang Malaysia yang suhu badannya biasa-biasa saja. Tak tahan sejuk. Jadi... daripada diketawakan biarlah saya terus gunakan sarung tangan corak love tu. Setidak-tidaknya, saya dah buat kawan-kawan jealous sebab tengok saya pakai sarung tangan, ;-)

Tapi sungguh... sekarang ni, saat ni memang terasa lapar sangat. Nasi memanglah tak ada dan saya pun tak rasa nak makan nasi sebab saya tak nak duduk termenung selama 4 jam semata-mata nak tunggu nasi tu hadam, bahkan tak nak juga makan apa-apa. Bahan-bahan makanan lain, termasuk biskut masih ada, tapi tak boleh... saya kena tahan tekak saya kalau saya tak nak keluar pintu dalam keadaan mengiring sebab tak muat. Huh... kenyataan melampau kan? Taklah... yang sebenarnya saya malas nak goreng apa-apa dan dalam keadaan macam ni tiba-tiba terfikir, alangkah indahnya hidup kalau ada pembantu rumah yang boleh menolong. Wah... berangan tak ingat! Sebab tak ada nasi, tak ada pembantu rumah, saya fikir eloklah kalau saya hanya makan yogurt yang tak memerlukan saya menjana tenaga yang banyak pagi-pagi macam ni.

Pada kawan-kawan yang masih belum tidur, selamat malam. Pada kawan-kawan yang sudah tidur, selamat menjalani hujung minggu. Saya pulak, minggu ni nak terus duduk atas kayangan, tak perlu pijak tanah dan simen, ;-)

11 comments:

  1. bukan kata nak diet ke? tapi janganlah sampai kelaparan tengah malam cmni. klu mak awk tau mesti dia nanges dgr anak dia kelaparan.. tp seriously, bahaya jg klu betol awk tak bole tido smpi berhari2. kena buat sesuatu sbelum lbh teruk kena insomnia.. jaga diri sis..

    ReplyDelete
  2. kak tak try minum susu ke sebelum tdo???ezan dah pernah cube...alhamdulillah..mudah tdo...try la ek if blum try..

    ReplyDelete
  3. : kak azie - diet tu tipu je... ada aje makanan sebenarnya, cuma malas lebih. entah... kte x rasa bahaya sb dr zaman sek dulu pun mcm tu. dn kte sampai hari ni, syukur... masih lg sihat...

    : ezan - susu? i don't like susulah cik adik... tp nanti akak cuba susu campur milo, :-)

    ReplyDelete
  4. setuju dengan ezan.. SUSU. kalau letak dlm botol dn minum, lagi cepat rasa mengantuk, hahaha.. ;-)

    ReplyDelete
  5. ahahahhahahaha..
    lucu ayat "nak keluar pintu mengiring"

    ahahahahha.. bagusnya kak mar tahan makan.
    kalau saya lps mkn nasi terus tdo. xde nak tunggu 3-4 jam pun :p

    ReplyDelete
  6. : kak azie - susu ngn milo bolehlah... ;-)
    : ida - hahahaha... akak acah aje tu, lepas makan akak kdg2 tido gak, x rajin benar nk tunggu sampai makanan hadam... hahaha...

    ReplyDelete
  7. ala kak ni...ezan pun tak suke susu..tp hari tu mak ezan bg try susu kambing+collagen+kismis n kurma..1st minum,mmg nak termuntah jgk la..tapi sekarang dah ok...mmg tdo lena sgt kak...

    p/s=actually susu tu produk terbaru abah ezan..that's why kiteorg kena rasa jgk..hehehe..

    ReplyDelete
  8. alamak ezan...kambing pun akak x makan, apa lg susu dia. tp sabun susu kambing akak pernah guna dulu...hehehe...

    ReplyDelete
  9. alamak ezan...kambing pun akak x makan, apa lg susu dia. tp sabun susu kambing akak pernah guna dulu...hehehe...

    ReplyDelete
  10. kambing la best... panggang berempah perghhh!!! pure tau sb dia tak mandi, jd xde perasa tambahan, hehehe..

    ReplyDelete