-Hadiah dari ALLAH-

July 8, 2009

3 Julai 2009 bersamaan Jumaat yang damai, alhamdulillah... dengan izin ALLAH, keluarga kecil aku bertambah lagi ahlinya bila kak ipar aku selamat melahirkan anak keduanya. Kali ni aku dapat anak buah perempuan dan ini bermakna, mak dan abah dah ada tiga cucu perempuan dan tiga cucu lelaki. Abang aku dah ada sepasang anak, Danish Hakim dah ada adik dan aku dah ada enam orang anak buah (hem... ramainya).

Nama yang diberi Arrisa Izzayani. Aku tak tahu entah atas dasar apa, abang dan kakak ipar aku tak pilih nama untuk anak perempuan. Hanya nama lelaki yang diaorang sediakan. Bila tiba-tiba dapat anak perempuan, diaorang macam kalut mencari nama. Subuh tu... kakak ipar aku tanya aku nak letak nama apa kat anak dia. Aku pun kalut juga sebab aku pun tak tahu nak letak nama apa. Memang asalnya kalau anak perempuan, diaorang nak aku beri nama. Aku pun memang teruja nak beri nama, cumanya... makin masa berlalu aku anggap permintaan diaorang macam angin. Aku lupa dan melupakan...

Bila tiga hari lepas tu ditanya sekali lagi... aku berusaha mencari beberapa nama yang agak elok dan maknanya pun tidak dilarang dalam agama sebab diaorang nampaknya memang serius berharap pada aku yang bukannya boleh diharap sangat. Dalam pencarian beberapa jam, aku jumpa beberapa nama dan aku serahkan semuanya pada abang aku. Aku dah pilih nama-nama tu, tanggungjawab aku atas janji yang aku buat beberapa bulan lepas dah selesai dan untuk berlaku adil, aku biarkan abang dan kakak ipar aku pilih mana yang diaorang suka berdasarkan nama yang aku senaraikan. Sekurang-kurangnya, biar diaorang pilih untuk puaskan hati sendiri sebagai orang tua.

Apa pun, seperti anak-anak buah aku yang lain, Kakak, Adik, Danish, Aqif dan Zakuan... aku berharap dan berdoa, moga Arrisa Izzayani pun akan menjadi anak baik. Anak yang mampu menjadi penyeri dan penyejuk di hati orang tua...

6 comments:

  1. tahniah....
    awak bile lagi... hehehheehee

    ReplyDelete
  2. aaahh.aahh..mak tam bila lagi? sama tarik lahir liza dengan arissa tu bila datang 3 .july tahun depan arissa masuk setahun yang liza masuk eehemm 42 tahun..kha..kha..

    ReplyDelete
  3. dhan - terima kasih...sy lak... bila sampai jodoh... masa tulah masa sy... hehehe...

    liza - jawapan tu dh ada di atas. apa pun... mcm tu... senanglah nak ingat tarikh lahir liza...

    NoRT - jawapan ada di atas ye...

    ReplyDelete
  4. awak.. tu ayat cover line ngan mengelak.. heheheehehe

    ReplyDelete
  5. dhan-bkn cover line... tu ayat kenyataan... hehehe... insya-Allah kalau ada jodoh tak ke mana. awk doakan ye...

    ReplyDelete