-Biarkan...-

October 12, 2009

Semalam, masalah yang berlaku berbulan-bulan lamanya, selesai sudah. Aku hanya mampu tadah tangan, mengucapkan kata-kata syukur bila khabar gembira tu sampai. Syukur akhirnya tak ada sesiapa pun perlu rasa gusar lagi. Rancangan yang dibuat, walaupun pada awalnya nampak macam banyak halangan, berjalan seperti yang diharap-harapkan. Harap pertolongan daripada ALLAH akan selalu ada dan senyuman mak tak akan pudar lagi sampai bila-bila.

Semalam juga, masa tengah tidur, atau lebih tepat lagi... baru aje tidur, dapat panggilan. TUHAN... memang ada hikmahnya kenapa semalam hati aku tergerak tak silentkan telefon. Padahal, selama ni memang aku silentkan telefon bila tidur sebab aku tak nak dikejutkan masa tengah tidur dengan alasan aku mesti tak dapat tidur balik dengan mudah kalau dah jaga. Tapi semalam, kuasa ALLAH memang tak akan terjangkau dek tangan manusia.

Ditakdirkan semalam aku tak angkat telefon sebab tak dengar, entah apa yang akan terjadi? Tentu lebih sedih dan menyedihkan. Dan, biarlah... biarlah selama 30 minit aku tadah telinga untuk dengar masalah yang langsung aku tak jangka akan berlaku, biarlah aku korbankan masa aku untuk dengar tangisan yang tak pernah terfikir aku akan dengar, biarlah aku tak dapat tidur balik untuk sama-sama memikul beban kesedihan yang ada di hati itu, biarlah air mata aku sama-sama gugur sepanjang masa 30 minit itu asal ketenangan kembali datang, biarlah aku meminta maaf berkali-kali atas kesalahan yang bukan aku lakukan asal jiwa yang retak kembali bertaut, biarlah ... aku sanggup buat apa saja untuk meredakan tangisan dan mengembalikan semangat yang seakan-akan dah hilang kerana dugaan dalam hidup. Hendaknya, dugaan itu hanya sementara dan akan ada lagi senyuman di bibir itu.

Untuk dia, tabahlah... aku ada dan aku akan selalu ada untuk kau! Percayalah, ALLAH sayang orang sabar. Dan benarlah... bila kita terlalu banyak ketawa, kita pasti akan menangis. Mungkin terlalu gembira dengan khabar gembira pada siangnya, maka malamnya... harga kegembiraan itu harus dibayar dengan air mata...

4 comments:

  1. tak tau apa nak dikata.. tapi kalaupun kte tak berkata2 awk tntu saja tau apa ada dlm hati kte, kn?

    ReplyDelete
  2. kali ni... bukan dia seperti yg sebelum ni, orang lain yg tak mungkin dapat kte bg tau siape. entah... terlalu banyak cuba menyelesaikan masalah org lain, terlalu berlagak kuat selama ni, walaupun x mampu nk selesaikan dan tak sekuat mana sebenarnya. dan baru semalam sedar, betapa kte sebenarnya dah terlalu letih dan selalu terlupa fikirkan kepentingan diri sendiri sebab terlalu sibuk nak jadi lilin...hahaha, anehkan hidup ni? kte yg dulu x pernah peduli... jadi orang pertama yg dicari orang... apa pun, biarlah segala-galanya kembali ke asal. moga ALLAH bantu dia yang memerlukan bantuan dari-NYA.

    ReplyDelete
  3. berdirilah... dan terus berdiri sekuatnya selagi ada yg berharap utk bersandar pd awak. dan kalau nanti awk rasa dah tak kuat untuk berdiri sndiri, kte sntiasa ada untuk beri sokongan dn bantu awk trus tegap berdiri.. dn klu akhirnya ditakdirkan kita akn jatuh juga biarlah kita sama2 jatuh dan rasa sakitnya... sehingga itu kita masih ada DIA untuk diharapkan, kn?..

    ReplyDelete