“KENAPA diam? Selalunya... awak tak macam ni? Awak selalu senyum, awak selalu ketawa dan awak selalu bercerita sebab awak penuh dengan cerita yang boleh cuit hari orang di sekeliling awak. Walaupun awak sedih awak tetap boleh hiburkan orang sekeliling awak sebab awak tak ubah macam lilin yang sanggup bakar diri demi terangkan alam. Kenapa sayang?” tanya mak dengan suara penuh kasih, sarat dengan cinta.
Dia senyum. Hambar saja senyuman yang dihadiahkan buat mak yang tetap menatap wajahnya dengan pandangan sayang. “Mak, saya penat sangat,” kata dia dalam nada suara yang sukar dimengertikan. Ada sedih, ada pilu dan ada macam-macam rasa membelenggu diri saat ini.
“Penat kenapa nak?” Mak seperti selalu, tak pernah mahu melihat anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari ditimpa musibah. Kalau boleh diganti tempat si anak, mahu saja mak menggantikan asal saja anak tersayang dapat terus senyum dan ketawa seolah-olah di dalam dunia yang serba fana ini tidak ada yang namanya duka dan air mata.
Dia pejam mata rapat-rapat seketika, kemudian lambat-lambat dibuka kembali. Kalaulah boleh dipinjam kekuatan mak, memang dia mahu meminjam kerana mak selalu tenang dalam apa pun keadaan. Dia pernah cuba jadi macam mak, tapi sudahnya dia lelah, dia letih sendiri kerana dia tidak setabah mak. “Saya penat beralah mak walaupun kadang-kadang saya tau saya pun salah juga. Penat ada dalam kongkongan orang sebab saya bukan budak kecil lagi, percayakan saya sekali-sekala. Penat berusaha memberi yang terbaik walaupun saya tau saya ada banyak kurang. Penat jaga hati orang sedangkan orang lupa saya pun berhati juga. Penat melayan perkara remeh-temeh yang tak patut wujud tapi sengaja dibesar-besarkan,” adunya dengan suara hampir-hampir tak kedengaran. .

“Anak mak... kenapa tak pernah cakap sebelum ni? Mak sangka, awak baik-baik saja.” Ada genangan air di bibir mata mak. Hatinya terhiris mendengar keluhan anak itu.
“Saya dah cuba buat yang terbaik, mak. Tapi kenapa tak pernah cukup? Salah saya ke kalau saya tak boleh nak kata sayang, rindu dan cinta pada orang? Salah saya ke bila saya sekali-sekala dalam gigilan jari-jemari dan mulut, cuba luahkan juga sebagai membalas ucapan orang? Salah saya ke bila saya tak sama macam orang lain yang mudah meluah kata-kata yang melibatkan hati dan perasaan?”
Mak senyum. “Bukan semua orang boleh ungkap perasaan. Mak tahu awak bukan jenis tu sebab setiap kali mak kata, ‘Jaga diri baik-baik’, awak cuma balas kata-kata mak tu dengan kata, ‘Mak pun sama’, walaupun jauh kat sudut hati awak, awak nak ucap ayat yang sama macam mak ucap. Tapi tak boleh sebab awak dan mak tak sama, awak dan orang lain pun tak sama.”
“Tapi kenapa ramai orang tak fikir macam mak? Bila sesekali saya cakap saya sayangkan orang ni, kenapa mesti orang tu kecil hati pada saya? Saya cakap saya sayangkan orang tu, orang ni terasa hati pada saya. Padahal... saya nak jadi orang yang penuh dengan kasih sayang. Bukan hanya pada orang tertentu. Tapi pada semua orang yang tak pernah tak pedulikan saya...”
Mak capai tangan dia, mak usap penuh cinta. Kemudian mak tolak sedikit rambut dia yang berjurai, “Sayang... jadilah diri awak sendiri. Tak perlu ikut orang, tak perlu terlalu memikirkan orang selagi awak tak buat salah. Hati awak... awak yang tahu. Bila awak sudah melayan orang dengan baik, itu sudah cukup. Kalau ada yang masih terasa hati, biarlah... awak tak boleh kawal hati orang sama macam orang tak boleh kawal hati awak, diri awak. Jadilah diri awak... jangan jadikan diri awak orang lain semata-mata nak jaga hati orang.”
Mak sudah melangkah pergi, namun kata-kata mak tersemat rapi di hati. Ya... jadilah diri sendiri!
No comments:
Post a Comment