- Karya Terbaru -

Hem... ini pulak buah tangan merangkap buah hati yang paling baru dari aku selepas "Janjiku Bersama". Novel ni baru aje terbit masa Pesta Buku hari Jumaat minggu lepas, hanya ada di booth Fajar dan merupakan terbitan NHF. Kat kedai2 lain mungkin masih belum ada. Harap2 sekali lagi aku tak akan mengecewakan pembaca. Dan, aku harap juga novel ni akan diterima macam novel2 aku yang lain walaupun aku guna nama Marwati Wahab. Tapi... kalau ada yang nak komen, aku alu2kan supaya aku boleh perbaiki mana2 yg patut untuk karya seterusnya sebab aku masih lagi dalam proses belajar sekarang ni. Salam sayang buat semua, assalamualaikum...

- Pesta Buku (28 &29 April 2007) -

Salam buat semua. Em... sana sini org membicarkan ttg pesta buku yang sudah 4 hari berlangsung di PWTC. Aku pun dah 2 hari datang ke pesta buku 2. Meriah! Itulah yang aku tengok sepanjang 2 hari 2. Kat sana sini cuma ada buku2, majalah2 dan orang yang mencari buku2 yg mereka suka dan orang yang terpaksa beratur berderet-deret untuk membuat bayaran. Cuma itu aje yang aku nampak.

Tapi aku rasa seronok sebab tahun ni agak selesa jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. Mungkin sebab karangkraf sewa tempat yang lebih luas, jadi susunannya pun lebih teratur sikit. Kuranglah sikit panasnya. Rasanya pengunjung yang datang pun tentu rasa lebih selesa sebab tak perlu dan bersesak-sesak sangat.

Kali ni aku dapat jumpa dengan ramai kawan2 penulis, antaranya Kak Meen Zulaikha, Kak Lynn Dayana, Kak Rose Harissa. Diaorg ni baru pertama kali aku jumpa, tapi rasa mcm dah lama pulak kenal sebab diorng ni mmg best. Lebih2 lagi Kak Lynn Dayana yang suka gelak. Aku pun seronok aje melayan dia. Selain diorg ada gak Kak Anis, Kak Norzailina, Kak Lily Haslina, Kak Lily Suriani, Kak Aisya, Kak Liza, Damya dan Umi Azrini. Bikash dan Shanika pun ada juga, diorg datang semalam. Korang 2 mmg best sebab dtg gak wlupun x sign novel. Aku anggap korang bg sokongan kat kawan2 yg ada kt c2.

Aku juga dapat jumpa dengan kawan2 yang cuma aku kenal kt alam blog ni mcm Huda, Fad, Mama Jambu, Kak Noor, Ct, Adhan dan ramai lagi. Sempat juga berkenalan dengan Kak Fauziah, Kak Aina, Kak Ramlah Rashid, Kak Shamimi dan ada beberapa penulis lagi. Seronok sangat dapat jumpa dengan diorg semua. Terasa macam ramai kawan pulak sekarang ni. Esok dan lusa, kalau x ada aral insya-ALLAH aku akan datang lagi. Mungkin nanti boleh jumpa dengan lebih ramai lagi kawan2 baru. Sekian...


Adhan... akhirnya saya dapat jumpa juga dengan awak. Seronok dapat kenal dengan awak walaupun baru first time kte jumpa.

Fad... apa yang lain yang Fad cakap pasal akak kat blog Kak Azie? Akak dah gemok eh? Hehehe... apa pun, gembira dapat kenal dengan Fad. Ada umur nanti kte jumpa lagi, dengan Kak Azie sekali ye...

Mama Jambu & Ct... ada masa, umur dan rezeki kte akan jumpa lagi. Mama & Ct memang seorang pembaca yang best sebab sanggup turun ke KL semata-mata untuk datang ke Pesta Buku. Gembira kenal Mama & Ct.

- BaLiK kAmPuNg -

Salam buat semua. Em... beberapa hari di kampung, rasa seronok sangat walaupun tak ada buat apa2 aktiviti yang luar biasa. Cuma ada aktiviti2 yg biasa aje. Sebenarnya saje balik sebab dah lama tak balik. Sebulan lebih rasanya aku tak balik. Eh, lama ke sebulan 2? Entah! Bagi aku dah lama benarlah 2. Tapi mungkin sekejap aje bagi orang lain. Dan, memang pun tak lama mana kalau nak diikutkan. Aku aje yang lebih2.

Sebenarnya ada banyak benda yang aku dah plan nak buat masa kt kg 2, nak buat itulah, nak buat inilah, tapi semuanya tak menjadi. Yang paling best nak sambung buat novel, akhirnya aku asyik tengok TV, habis satu cerita sambung cerita lain. Bukan mood x ada tapi suasana yang terlebih ceria buat aku terlebih malas. Cuma dapat 2 bab aje. Huh... memanglah apa yg dirancang kadang kala x menjadi.

Tapi sepanjang 4 hari 2, yang paling best aku rasa dapat makan2 ngn family aku kt Restoran My Friend Tom Yam kt Impian Emas. Bukannya selalu dapat makan2 macam 2 sebab kadang2 masing2 sibuk dengan urusan sendiri. Tapi x bawa kamera pula, kalau x boleh juga kongsi dengan kawan2. Apa pun, makanan kat situ boleh tahan jugalah. Harga pun berpatutan. Eh, mcm nak promote restoran 2lah pulak aku ni. Hehe... taklah, mungkin aku ni terlebih gembira sebab dapat makan kot.

Jadi... teme kasehlah kepada sesiapa yang datang ke blog aku walaupun tuannya tak ada. Tak sempat nak bagitau sebab balik dalam keadaan tergesa-gesa, minta maaflah ye. Sebab masa 2 hari dah nak hujan. Terpaksa keluar awal wlupun ingat nak balik macam biasa. Apapun, lain kalau kalau aku x ada, sesiapa pun dialu2kan datang ke blog ni. Tak ada orang marah dan yang pasti x kena bayar. Sekian...

- RaGuT -

Salam buat semua. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Hari ni aku nak berkongsi cerita sedih. 2 hari lepas, kawan di pejabatku diragut. Mujur juga tak ada apa2 yang menimpa dia dan suaminya. Hanya beg yang diletakkan di tengah2 antara dia dan suaminya yang dicapai. Habis duit dan semua barang2 berharga yang ada di dalam beg 2. Tapi, seperti katanya, barang2 tu masih boleh diganti kalau berusaha, kalau dia atau suaminya tercedera, macam mana dengan anak2 dia? Yup, betul... betul sangat apa yang dikatakan oleh kawan aku tu. Nama dia, Seri Banon tapi aku panggil dia Kak Seri. Tapi satu aje yg aku salute kt Kak Seri ni, dia tak menangis dan hari ni, lepas bercuti sehari, dia kulihat tetap ceria seperti biasa. Dan, TUHAN 2 adil sebab Kak Seri hilang beg tangan yang penuh dengan barang berharga, tapi hari ni Kak Seri dapat surat kenaikan pangkat. Hah... itulah yg selalu orang kata, diambil sesuatu kemudian digantikan dengan sesuatu yg lebih bermakna.

Beberapa minggu lepas pulak, Kak Yan, juga kawan di tempat kerjaku ada menceritakan yang handphone adik iparnya diambil orang. Yang aku jadi x tau nak komen 2, handphone 2 diambil ketika adik ipar dia tengah bercakap dengan seseorang di handphone 2. Kejamnya orang yg ambik 2, langsung tak bertimbang rasa. Sekurang-kurangnya, biarlah dia habis bercakap dulu. Tak baik betul, geram juga bila dengar ada kes2 macam ni berlaku. Tapi... nak buat macam mana.

Kadang2 dalam pada kita terlalu berhati-hati, kita terkena juga. Nak mengelak pun dah tak boleh. Jadi... terpaksalah terima. Apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada Kak Seri sebab naik pangkat. Aku tumpang gembira walaupun sedih juga sebab lepas ni Kak Seri terpaksa tukar bahagian. Huh... makin kuranglah orang di bahagian aku ni. Mesti x meriah macam dulu2 lagi, dahlah Kak Odah baru tukar, lepas ni Kak Seri pulak. Harap2 lepas ni akan ada orang yang ganti Kak Seri dan kalau boleh biarlah cepat sikit. Dan untuk semua termasuk aku, harap2 lepas ni kita lebih berhati-hati sebab orang yg kita x nak selalu jumpa ada di sekeliling kita. Hem... aku sudahkan sampai sini dululah, ada masa nanti aku akan sambung lagi. Sekian, wassalam...

- TaGgEd LaGI -

Macam tak percaya pulak bila Fad bagitau dia tagged aku. Masa aku pergi blog Kak Rafishah, dia pun tagged aku. Main jenis ape ni? Aku tagged dia, dia tagged aku. Pusing-pusing orang yang sama, rasa kelakar pulak. Tapi okeylah gak kan, boleh kenal kawan2. Masalahnya ada lagi ke yang pelik2 kat aku ni? Hem... ada, ada banyak tapi aku cuma boleh bagi 6 aje sebab peraturan dia pun macam tu kan? Cuma aku tak boleh nak cari 6 orang yang nak aku tagged pas ni. Tak taulah sape yang nak aku pilih. Tak ada idea... Jadi, nilah 6 perkara pelik ttg aku, 2 pun x tau pelik ke x...

1- Suka pakai gelang hitam kat tangan sebelah kiri, tapi bukan yg cantik2 yg selalu orang pakai sejak akhir2 ni. Gelang jenis 2 aku x tau kenapa aku x jatuh hati walaupun lawa. Yang aku selalu pakai gelang getah aje. Sebenarnya dah pakai sejak umur 13 tahun. Mulanya kawan bagi, setahun lepas 2 putus, aku beli pulak sendiri tp setahun lepas 2 putus lagi. Mungkin jangka hayat dia setahun aje kot. Tapi tiap2 tahun aku akan beli, kekadang beli sampai 3, tapi hilang mcm 2 aje. Cuma tahun ni aku dah tak beli sebab Bikash cakap aku dah cukup tua untuk pakai gelang 2 masa aku tengok2 kt kat KL Central hari 2. Tapi... masa keluar ngn Shanika, aku beli gak, warna hitam, cuma bukan gelang getah yang satu 50 sen@ RM1 yang aku selalu pakai 2. Sekarang ni aku pakai yang bentuknya sikit lebih kurang mcm gelang hitam yang baru aje putus, yg aku rembat anak buah aku punya. Dia yang tinggalkan kat lantai, aku tinggal ambik aje. Itu pun dia perasan, dia mintak aku belikan dia ape tah, aku cakap x nak sebab dah banyak benar dia dua beradik pau aku hari 2, budak2 ni x boleh dimanjakan sangat. Tapi mmg dasar budak bertuah, dia terus rampas kt tangan aku. Pas aku kata ok, baru dia bagi balik. Teruk betul perangai anak buah aku 2. Tak panjang umur gelang 2 sebab aku terkait apa entah, aku pun tak ingat.

2-Aku seorang yang suka tidur, tapi aku bukan jenis yang senang tidur. Kalau aku baring, mata aku akan terkebil-kebil lebih daripada setengah jam, kadang2 ambik masa berjam-jam lamanya baru padam terus. Dan, bila dapat tidur, aku pun bukan jenis tidur sampai ke pagi, aku mesti terjaga tiga atau empat kali, kadang2 hampir setiap jam aku akan terjaga. Sebab tu aku selalu jeles bila orang letak aje kepala kat bantal terus x ingat apa2.

3-Tiga benda yang aku paling susah nak ingat ialah jalan, nombor telefon dan nombor plat kereta. Pergilah ke mana2 pun, 5 atau 6 kali pergi pun aku belum tentu ingat kalau orang suruh pergi sendiri. Silap2 nanti ada yang tak dapat cari jalan pulang. Kat JB ke kt KL ke atau kat mana2 pun, aku tetap macam ni. Nombor telefon pulak, seumur hidup aku ni aku cuma ingat 3 nombor telefon aje, no hp aku, no telefon rumah kt kampung dan no telefon opis. Lain2 aku mmg x ingat. Klu ingat pun sekejap aje. Dan, no plat kete, aku cuma ingat no kete aku aje. Aku tau aku teruk, tapi... aku pun x tau kenapa boleh jadi lembab macam ni.

4-Kalau aku marah biarkan aku bercakap dengan mulut, jangan sesekali biarkan aku bercakap dengan jari sebab benda kecik akan jadi besar dan kemudian aku akan jadi batu. Maksud aku, bila aku marah dan aku meluahkan kemarahan dengan kata-kata, aku selalunya boleh tahan daripada menyakitkan hati orang yang aku marah, makan hati sendiri aje. Tapi bila dengan jari, aku akan taip kt keyboard atau hp apa saja yang terbuku kat hati aku, tak peduli kalau orang terasa hati, orang akan fikir pasal aku yang bukan2 dan aku sendiri mungkin dah sakitkan hati sendiri. Aku tetap x peduli asalkan hati aku puas. Tapi yang parahnya, bila keadaan dah melarat aku akan rasa menyesal. Perangai aku mmg buruk benar dalam bab2 mcm ni. Aku selalu tekad nak berubah, tapi tak taulah bila. Cuma masih berusaha sampai sekarang ni. Harap2 nanti aku akan jadi seorang yang penyabar.

5-Aku selalu mengatakan ok atau boleh pada sesuatu yang aku tau aku tak boleh dan tak ok dan tak suka sebab aku nak jaga hati orang. Macam tak ikhlas kan? Tapi aku kesian bila org buat muka kesian depan aku. Apa pun, bila aku dah kata ok dan boleh, aku akan cuba buat yang terbaik walaupun kdg2 merungut bila aku rasa susah dan aku hampir2 x boleh buat. Huh... padan muka aku. Dan, sekarang ni aku pun tengah belajar mengatakan TIDAK pada sesuatu yang aku tak boleh, tak ok atau tak suka buat.

6-Perempuan biasanya sentiasa bawa barang2 mekap dalam beg tangan tapi aku tak pernah lepas dengan ENO sebab perut aku suka nak rasa semacam aje, lebih2 lagi kalau aku terkurang makan, terlebih makan atau meratah sayur sampai tak ingat dunia lain. Sebenarnya tak elok amalkan, aku pun tak makan ENO 2 kecuali dah x larat tahap gaban. Siapa yang ajar, aku pun dah tak x ingat. Tapi selalu kena marah ngan mak, aku aje buat2 x tau, apalagi bila keadaan dah terdesak.

Hem... rasanya itulah perangai pelik aku. Harap2 Fad dan Kak Fishah puas hati. Rasanya sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi. Sekian, assalamualaikum...

- AnToLoGi PuIsI & tEaTeR -


Apa ni? Inilah dia pamphlet teater "Lawyer Dahlan". Sebenarnya hari Jumaat malam, aku, Bikash dan adik-adik dia pergi tengok teater ni di ASK. Ikut perancangan, kami nak pergi bertiga, aku, Bikash dan Shanika. Tapi saat2 akhir Shanika bagitahu dia ada kerja, x boleh ikut. Jadi pergilah kami berempat. Teater itu sebenarnya salah satu daripada subjek student kat situ. Ia menceritakan ttg seorang lawyer bernama Dahlan yang belajar di England dan kemudian mengamalkan cara hidup Barat. Isteri Si Dahlan ni pun sama macam dia sampaikan ibu sendiri pun malu nak mengaku. Tersentuh hati masa tengok babak tu. Macam mana ibu dia merayu-rayu tapi si anak tetap menyangkal. Katanya tak mungkin ibu dia datang dari kampung macam 2. Kesian? Aku rasa kesian sangat, harap2 x akan ada anak macam tu hendaknya. Akhirnya terjadi pertelingkahan antara suami isteri itu kerana Dahlan ada perempuan lain. Dia ceraikan isteri dia dan dia sendiri kemudian dipenjarakan kerana menerima rasuah. Keluar dari penjara dia insaf. Cerita berakhir dengan happy ending.


Yang ni pula buku cenderamata sempena majlis pelancaran buku yang baru selesai di DBP, bertajuk "Salam Malaysia : Antologi Terjemahan Puisi Mahua". Syukur sebab semuanya berjalan dengan lacar. Mula dah tamatnya pun tepat seperti yang dijangkakan. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan macam majlis lain juga. Buku 2 dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Kemudian, ada acara baca puisi daripada SMK (P) Kuen Cheng, UPM dan beberapa penyair Mahua. Tapi yang paling menarik, bacaan puisi daripada seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Aku kira kalau itu merupakan pertandingan baca puisi yang diadili melalui SMS, pasti budak cute tu yang akan jadi pemenangnya sebab aku pun nak SMS dia. Comel dan cute sangat suara ngn muka dia.

Kesimpulan untuk dua majlis itu, kesilapan sedikit2 itu bolehlah dianggap perkara biasa. Sampai jumpa lagi buat semua. Sekian, assalamualaikum...

- ReHeArSaL -

Hari ni balik pukul 8.00 malam. Jarang aku balik lewat macam ni, tapi hari ni terpaksalah. Sebenarnya baru aje habis daripada berbincang pasal majlis pelancaran buku esok. Rehearsal tadi pun habis dah petang benar. Itu pun kata Kak Yan (pengurus projek), buku cenderamata masih belum siap. Esok pagi baru siap. Kalau tak siap macam mana? Hah... itu barulah betul-betul haru.

Esok, majlis start pukul 9.30 pagi. Bos mintak semua datang cepat sikit. Aku senyum aje, pas 2 aku cakap kat Diana Rose, kalau aku datang macam biasa diam2 ajelah sebab aku masuk pukul 8.30 pagi. Lagipun tugas aku cuma jadi penyambut tetamu sama macam Si Diana Rose 2, x pe kot datang macam biasa. Kalau bos tau, alamatlah aku ni. Mula2 kteorg jd penyambut tetamu merangkap pendaftaran. Masalahnya, boleh ke dalam masa yang sama buat 2 kerja?, aku kata 2 pun nasib baik, dah tak payah telefon2 sekolah macam 3 hari kebelakangan ni, kalau x memang habislah aku ngn kawan aku 2. Mujur juga bos kata, bab2 daftar peserta esok dia dah suruh org lain buat. Kalau x ada yg esok kena kerat jadi 2. Bukannya ape, bahagian aku mmg x ramai orang, sb 2 seorang buat sampai 2 atau 3 kerja. Majlis besar pulak 2, takut pulak lain yang diharapkan lain pulak jadinya.

Tapi aku harap semuanya akan berjalan macam biasa. Penat lelah kteorg biarlah berbaloi hendaknya. Dan, esok... huh, kenalah aku senyum2 kambing sebab nak sambut entah sesapa dan sekolah yg entah berapa ramai yg akan hadir. Aku harap yang dah janji nak datang akan datang esok. Rasanya cukup dululah sebab dah nak balik dah. Sekian, assalamualaikum...

- Eh, MaNa Ni? -

Assalamualaikum buat semua. Hari ni dan semalam agak busy sikit. Bukannya busy mengedit macam biasa tapi aku kena follow-up sebanyak 125 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena 'Majlis Pelancaran Buku Salam Malaysia: Antologi Terjemahan Puisi Mahua. Tapi ada lagi 40 buah sekolah yang aku belum follow-up, x sempat. Mungkin pukul 2.00 ptg nanti. Dan, daripada banyak yang dah ditelefon, hanya beberapa sekolah yang dapat hadir, banyak yang tak dapat hadir dan banyak juga yang akan telefon balik nanti. Malah ada juga yang suruh telefon balik dan bila dah telefon balik... lain pula jawapannya. Hem... aku rasa kerja2 mcm ni mmg betul2 menguji tahap kesabaran. Maklumlah, nilah pertama kali aku dapat kerja mcm ni. Kira ni pengalaman barulah untuk aku.

Dan... agaknya sebab banyak kali sangat mendail semalam, aku beli makanan mcm nak rak kat pasar malam. Kononnya nak lepaskan tension dan yang bestnya aku makan semua makanan 2. Tapi... dah nak dekat tengah malam aku cari satu plastik lagi. Tapi plastik 2 xada. 'Eh... mana g buah mata kucing aku?' Aku cari lagi dan... bila aku ingat2 balik. Rupa-rupanya tertinggal kat gerai 2 juga, pak cik 2 letak tepi buah limau. Alahai... cuainya aku, ni mesti sebab aku sibuk ambik duit baki aje ataupun sebab tangan aku yg dh penuh masa 2. Huh... sampai pagi tadi terbayang-bayang buah mata kucing 2. Nampaknya kena tunggu ari Jumaat pulak.

Jadi... kepada semua, jangan jadi macam aku yg cuai ni. Sebelum balik, kita kena selalu pastikan apa yg kita beli, kita bawa balik semuanya. Jangan asyik nak cepat aje. Bukan apa, supaya kte tak ralat nanti. Macam aku... Sekian, salam sayang buat semua, wassalam...

- BuAh TaNgAn BaRu -


Hem... inilah dia buah tangan merangkap buah hati yang paling baru. Alhamdulillah... ada yang dah baca dan beri komen2 yang macam-macam. Dan, syukur sangat sebab setakat ni aku dapat tahu, novel ni diterima. Harap2 aku tak akan mengecewakan kali ni. Tapi... kalau ada komen2 yg lain, aku tetap akan terima sebab manusia harus belajar daripada kesilapan. Salam sayang buat semua, assalamualaikum...

- MeNaRiK hUjUnG mInGgU -

Cute x? Kalau cute cakap cute tau. Kalau x cute pun kena ckp cute gak sb mmg cute. Teme kaseh Huda, buat susah-susah aje. Gembira sangat dapat jumpa Huda. Lain kali kte jumpa lagi ye...


Hem...banyaknyer. Kak Azie... teme kaseh daun keladi. Lain kali... gurau aje. Bunga 2 wlupun dah layu kte ttp nak simpan. Kte nak keringkan dan terbalikkan bunga tu supaya kelopak dia x gugur walaupun yg pink 2 dh jatuh kelopak dia satu. Satu aje... Dan... inilah buku yg aku beli ujung minggu ari 2. X taulah bila nak habiskan. Tapi aku akan dan kena habiskan juga bila dah free nanti. Mula2 x nak beli juga sebab tau aku x akan abiskan dlm jangka masa yg terdekat. Tapi... dah org bg diskaun 35%, aku terus sambar. Kat tempat lain mana ada dapat harga mcm ni. Kecuali klu aku beli kt Alaf 21. Tp ni semua bkn buku Alaf 21. Pape pun, aku akan abiskan gak nanti.

- AkHiRnYa BeRtEmU -

Assalamualaikum kepada semua. Hari ni aku memulakan tugas dengan longokkan surat, hampir 300 keping rasanya. Sebenarnya sempena satu majlis yang akan diadakan pada minggu depan, aku salah seorang daripada AJK undangan. Jadi akulah yang kena gam semua surat undangan 2 sebelum dihantar kepada semua jemputan. Yang kelakarnya, mula2 aku gam satu demi satu. Pas 2 datang 2 org kawan gelakkan aku. Diaorg ckp sampai ptg pun x akan habis klu cm 2 caranya. Aku mana pernah gam surat mcm 2 punya banyak. Pas 2 diaorg tunjukkan cara yg betul. Barulah kerja aku ringan sikit.

Dah siap kerja gam-mengegam 2, aku siapkan biodata sorg penuli sb novel dia dh siap diedit, nak hantar cetak dalam jangka masa yang terdekat sebab dah agak lama aku tangani. Ada masalah sebenarnya yang sebabkan novel 2 lambat siap. Penulis 2 pun dah tau sebabnya. Dia siap cakap kat aku, tiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Mujurlah dia x marah2. Harap2 pas ni buku dia x akan ada masalah lagi sebab kesian dia tunggu2.

Em... sebenarnya ari ni aku rasa gembira sangat. Tahu kenapa? Sebelum lunch td aku jumpa Kak Zara Juita. Aku kata, akhirnya jumpa juga kita. Bkn x pernah jumpa sebelum ni, pernah beberapa kali. Cuma masa 2 aku x kenal dia sebagai penulis Alaf 21. Malu kat dia masa 2. Kteorg siap tanya2 lg dh buat novel baru. Rupa-rupanya dia pun cm aku juga. X sempat nak buat dah... X pe Kak Zara, kte sama2 buat slow2, lama2 nanti mesti leh siap punya... Cukup dululah setakat ni, aku nak mengedit drama pula. Sekian assalamualaikum...