-Terasa Semakin Menjauh-

Hidup ini memang penuh dengan misteri yang tak pernah mampu untuk diungkap dan diterokai manusia. Semakin terasa tahu, sebenarnya semakin banyak yang kita tidak tahu. Semakin merasakan dekat, sebenarnya semakin jauh jarak dan jurang yang terbentang di hadapan mata. Semakin terasa yakin, sebenarnya semakin bertapak ketidak yakinan dalam diri. Hatikah yang menipu? Atau, mindakah yang terlalu mementingkan diri sendiri? Aku tak tahu dan selalu gagal untuk mencari tahu.

Cuma rasa-rasanya, aku akhir-akhir ini terasa seperti orang yang sama, tapi hanya pada wajah, pada jasad yang terus berjalan meneruskan putaran kehidupan. Sedangkan kalau hendak dinilai pada hati, diukur pada jiwa... semuanya sudah berubah hanya disebabkan benda-benda kecil, benda-benda remeh yang selama ini hanya melintas pada batas-batas ruang waktu yang senggang.

Entah, cuma saat ini, detik ini dan ketika ini... terasa sangat nak memegang erat-erat, bukan pada tangan tapi pada sesuatu yang mampu untuk dipegang kejap-kejap berdasarkan keyakinan dan kepercayaan. Dan pilihan, kenapa saat kita membuat pilihan, kita terasa yakin yang kita tidak tersilap? Tapi bila hakikat terbentang, yang dipilih ternyata hanya kaca-kaca jernih yang tidak ada nilainya. Berpaling ke belakang, mengapa juga mata hanya memandang sehala, tidak pada apa yang patut dilihat? Pada yang patut diberikan perhatian? Ah, hati... kenapa begitu sukar untuk ditafsir?

-Penawar Untuk Jadi Tawar-

Sepertinya, aku dah kembali menyeksa diri sendiri, sekali lagi dan entah untuk ke berapa kali. Malam tadi... sekali lagi tidur lewat, membaca dan membaca macam esok aku tak perlu pergi kerja, padahal malam sebelumnya aku hanya tidur-tidur ayam, malam-malam lain pun masih begitu-begitu juga caranya aku tidur dan rasa-rasanya, malam ni dan untuk beberapa malam lagi, pun tak akan ada bezanya selagi penawar untuk jadi tawar tidak bertemu dengan titik akhir. Cari penyakitkah? Tidak! Aku tak cari penyakit sebab aku tak nak sakit, sakit hanya membuatkan orang-orang di sekeliling aku rasa susah. Aku hanya sedang menyeksa diri sendiri seperti sebelum-sebelumnya, melalui kesibukan yang sengaja dibuat-buat. Ya, kesibukan yang dibuat-buat itu, hanya satu escapism. Untuk apa ecsapism itu, Hanya DIA Tahu kerana Hanya DIA Yang Maha Tahu... Yang pasti, aku perlukan kesibukan yang bertali arus, kalau pun bukan untuk selama-lamanya, cukup untuk masa beberapa hari lagi, atau juga beberapa minggu sebelum segala-galanya kembali ke asal, sebelum penawar untuk jadi tawar itu muncul memaniskan kembali erti sebuah kehidupan...

*** KaLaU tUaNnYe TaK aDa Di SiNi... MuNgkIn AdA dI FaCeBoOk, KaLaU dI sAnA jUgA tAk AdA... mUnGkIn SeDaNg BeRtApA dI mAnA-mAnA... ***

-Aku Yang Corot-

Minggu sudah balik kampung, macam selalu aku sakitkan lagi hati anak-anak buah aku, saja nak tengok diaorang marah. Dan yang paling kerap jadi mangsa, Adik Nana dan Kakak. Kalau balik, memang tak sah kalau diaorang tak marah sebab aku. Jahat kan? Tapi aku seronok tengok diaorang marah-marah sampai merah-merah muka, sedangkan aku hanya tersengih-sengih, lagak orang tak bersalah. Mungkin terasa asyik diaorang aje terkena, baru-baru ni diaorang bergabung mengenakan aku. Dua beradik tu semacam buat pakatan sambil berbisik-bisik. Lepas tu datang jumpa aku yang tengah melepak, lepas penat bakar ayam dan segala macam benda, ada makan-makan sikit malam tu.

“Kteorang nak cakap sesuatu, ni keputusan yang jujur, dan datang dari hati...”
“Apa dia?” Aku dah ketawa-ketawa dengan Kak Long dan Ila. Awal tadi aku dah sakitkan hati budak dua beradik tu. Abang Chik aku dah senyum-senyum sebab dia pun tadi kena kata berlagak dengan Adik Nana, sebab dia pun lebih kurang macam aku, kaki sakat anak-anak buah. Adik bongsu aku dan isteri dia tengok aje.
“Kteorang nak buat perbandingan antara Mak Tam, Mak Cik Ila dan Mak Anjang. Ada beberapa kategori dan bahagi ikut nombor.”

Aku dah ketawa besar, aku angkat kening kat Kak Long, aku bisikkan kat telinga Ila, “Dah tentu-tentu aku dapat nombor corot. Tak percaya, kau tengoklah nanti. Diaorang mesti nak balas dendam kat aku sebab tadi aku buat diaorang marah.” 8-9 tahun kenal budak dua beradik tu, aku dah masak benar dengan perangai diaorang. Kalau berkaitan dengan aku, tak ada satu pun diaorang sokong, walau baik macam mana pun layanan yang aku beri (kalau jahat, lagilah), walau siangnya, Adik Nana duduk atas riba aku, peluk aku kuat-kuat, cium-cium pipi aku, pegang-pegang rambut aku.

“Kategori pertama, perangai buruk.”
“Kategori kedua, kedekut.”
“Kategori ketiga, hitam.”
“Kategori keempat, hidung tak mancung.”
Tak payah diaorang cakap pun, aku memang dah tahu dah yang aku dapat nombor 3 untuk semua kategori. Ila (Mak Cik Ila) nombor 2 sebab masa aku sakitkan hati diaorang, Ila bergabung sama dan Ina (Mak Anjang) nombor 1 sebab Ina ugut kalau dia dapat nombor corot, tak dah bawa naik motor.
“Kategori kelima, gemuk.”
“Hah... kalau yang ni pun Mak Tam dapat nombor corot... Adik dengan Kakak memang tak jujur masa menilai. Ataupun, mata dah pecah.” Abang Chik aku yang hanya tengok dan ketawa sakan sejak semua kategori aku jatuh nombor corot, menyampuk.

Dan macam yang aku duga, untuk kategori gemuk pun memang aku dapat nombor 3. Isyhhh... memanglah budak dua beradik tu nak balas dendam kat aku. Jauhnya beza aku dengan Ina dari segi saiz. Hitam? Padahal, dah terang lagi bersuluh. Kedekut? Huh... rasa macam nak hantuk kepala kat dinding aje bila fikir, dah berapa banyak barang yang diaorang minta aku belikan. Tu semua diaorang tak nampak, sabar ajelah anak buah aku. Tak pun, ni balasan untuk orang yang suka menyakat budak-budak macam aku? Tapi... jauh kat sudut hati, aku tahu... anak-anak buah aku sayangkan aku. Sebabnya, diaorang selalu telefon dan tanya bila aku nak balik dan kalau nak buat majlis apa-apa, diaorang kata, tak ada aku tak best. Aku juga yang dicari melebihi mak cik-mak cik yang lain. Untuk anak-anak buah aku, tak kiralah korang nak kata Mak Tam gemuk, hitam, kedekut, perangai buruk, hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong, Mak Tam tetap sayang gila kat korang berenam. Moga kalian akan jadi anak yang mampu jadi penyejuk di mata dan penyeri di hati orang tua.

-Kembara Halmi & Nur Zaika-

Alhamdulillah... segala-galanya dah pun selesai. Harap selepas ini kembara adik aku, Halmi dan Ika akan berjalan lancar. Jatuh dan bangun, lumrah sebuah kehidupan. Tergarit perasaan dalam perhubungan, pasti ada. Luka dan jauh hati pula, bumbu pada sebuah kemesraan. Hendaknya, adik aku akan jadi nakhoda yang tahu bagaimana untuk mengendalikan sebuah pelayaran. Untuk adik kesayangan aku, Halmi dan Nur Zaika, SELAMAT PENGANTIN BARU, dik... Moga kekal hingga hujung nyawa dan harapnya, rahmat ALLAH akan selalu ada untuk kalian berdua.









-Kembara Zuyyin & Yazeer-

Zuyyin & Yazeer, itu dua nama watak yang aku beri dalam manuskrip terbaru yang sedang aku tangani sekarang ni. Semalam aku dah mula mengembara bersama-sama watak-watak itu. Perlahan-lahan aje aku kayuh, ikut nasihat adik ipar baru aku. Tak banyak pun yang dapat aku buat sebenarnya dalam masa beberapa jam, hanya satu bab ditambah dengan draf bagi novel tersebut. Pagi tadi pula, sebelum mula kerja dapat lagi 4 halaman. Syukur! Tapi aku rasa sangat-sangat gembira. Kalau setiap hari macam tu, alangkah meriahnya. Tak perlu banyak sangat pun, asalkan aku puas hati. Dan kalau sehari dapat satu bab, bermakna dalam masa dua bulan aku pasti akan bertemu dengan titik akhir. Tapi... itu kalau mood aku sangat baik dan aku tak diganggu dengan segala anasir jahat yang entah berpunca dari mana.

Apa pun, hendaknya... pertolongan daripada ALLAH akan selalu ada untuk aku sebab semua yang ada sekarang ni, adalah milik DIA. Aku hanya dipinjamkan seketika aje dan tak tahu bila tarikh luput sebenar bagi pinjaman ini. Hendaknya, janganlah tarikh luput itu terlalu cepat datangnya.

-Happy Birthday, Sis...-

Hari ini, 15 Oktober 2009! Mungkin hanya hari biasa bagi banyak orang, tapi tidak bagi aku sebab hari ini adalah hari lahir seorang kakak yang aku panggil Kak Azie. Ya, dia mungkin bukan siapa-siapa, tak ada nama dan tak ada apa-apa. Tapi... orang yang bukan siapa-siapa dan tak ada apa-apa itulah, orang yang sangat baik untuk aku. Dia bukan saudara aku, bukan juga kakak kandung aku. Tapi layanan dia pada aku, terlalu baik sampai-sampai aku pernah merasakan diri aku dikongkong. Bahkan lebih kejam lagi, aku pernah rasa rimas sebab aku seorang yang sangat mudah. Seorang yang suka bebas dan tak pernah peduli pada apa-apa.

Tapi dia tetap juga sabar. Tetap juga cuba menjadi seorang kakak yang baik, untuk seorang adik yang terlalu pentingkan diri sendiri, macam aku. Tetap juga sanggup berkorban apa saja untuk aku dan kalau boleh, hanya mahu tengok aku senyum dan ketawa. Bahkan, dia selalu dapat membaca gerak hati aku, walaupun dia di JB, aku di KL. Lebih ajaib lagi, setiap kali aku tertimpa musibah, hatinya di sana selalu bergetar. Membuatkan aku takut, kalau-kalau segala isi hati aku terburai walaupun tak pernah diluahkan.

Dan kesalahan aku pada dia, tetap ada hingga tak terhitung satu demi satu. Terlalu banyak kemaafan dari dia dan tak pernah putus mengalir bagaikan air sungai. Dan semakin banyak kemaafan dia, semakin aku rasa diri terlalu kecil. Orang tak berperasaan seperti aku, sepatutnya tak ditemukan dengan orang baik seperti dia. Tapi perancangan ALLAH... tentu ada sebabnya. Bukan semua yang baik akan bertemu dengan yang baik, kerana jika begitu keadaannya, siapa yang hendak membimbing yang tidak baik?

Untuk Kak Azie, Selamat Hari Lahir, sis... semoga panjang umur, murah rezeki dan paling penting, selalu ada dalam Rahmat ALLAH. Mungkin selama ini kte kejam sebab nampak tak berperasaan... tapi kte tahu kte beruntung sebab ada kakak baik macam awk. Mungkin selama ini kte nampak kayu, tapi hati kte tahu yang kte sayangkan awk macam kakak kte sendiri. Mungkin selama ini kte nampak tak peduli, tapi kte tahu kte selalu mengharapkan kegemiraan dan kebahagiaan awk bersama anak-anak dan suami. Cuma yang perlu awk tau... bukan semua orang boleh meluahkan kasih sayang dengan kata-kata. Dan orang itu, adalah adik awk ni!

-Jatuh Cinta-

Ketika diminta membuat senaskhah novel mini yang diberi gelaran Mini Novella setebal 65-70 halaman beberapa bulan dulu, aku hanya tersengih pada Bikash. Sengih itu tandanya aku tak dapat nak buat dengan alasan aku rasa macam tak mampu. Masa tu macam ada banyak kerja. Masalah yang lain pula, aku tak reti macam mana nak memendekkan cerita sebab dah lama tak buat cerpen. Kalau memanjangkan cerita, insya-ALLAH boleh sangat.

Tapi bila tengok semua cover Mini Novella terbitan Fajar Pakeer tu, aku mula jatuh cinta, cantik sangat dan aku dah jadi mula tak tentu arah macam orang yang diserang virus cinta. Menyesal sebab aku tak cuba buat hari tu. Kalau beratus-ratus halaman boleh buat, kenapa 65-70 halaman tak boleh nak buat? Nampak sangatlah yang aku ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Tak berani keluar dari rutin yang aku buat selama ini. Tapi nak buat macam mana, memang salah sendiri. Dan orang yang sengaja meninggalkan kapal terbang untuk berlepas, memang padan muka kan?

Masa tanya Bikash, dia kata dah tak ada Mini Novella tu, setakat waktu itulah. Rasa menyesal jadi berlipat-lipat kali ganda. Tapi yang syukurnya, sebab frust dan iri hati (iri hati yang baik) ... aku berjaya sudahkan dua manuskrip novel yang dah lama tersadai, yang aku beri nama “KUPILIH DIA SAJA” dan “AKU MAHU KAMU” (mungkin judul sementara dan insya-ALLAH terbitnya tahun depan sebab memang buat untuk tahun depan, kalau ada rezeki). Kiranya, rasa frust dan iri hati tu buat aku jadi rajin sikit, buat aku rasa tercabar. Betullah... setiap kali aku rasa tercabar, aku akan jadi lebih produktif.

Dan khabar minggu lepas, terasa macam bulan jatuh ke riba bila Mini Novella tu akan diterbitkan kembali. Kali ni, aku akan cuba rebut peluang yang ada dan insya-ALLAH aku akan cuba buat yang terbaik. Tapi soalnya, cerita apa pula yang aku nak buat kali ni? Tapi dalam masa dua bulan masa yang diberi... takkanlah aku tak ada idea langsung kan? Tak kira, aku mesti buat kali ni, harap pertolongan ALLAH akan selalu ada. Buat kawan-kawan yang Mini Novella mereka diterbitkan oleh Penerbit Fajar Pakeer, tahniah. Harap, akan dapat sambutan yang menggalakkan.

-Biarkan...-

Semalam, masalah yang berlaku berbulan-bulan lamanya, selesai sudah. Aku hanya mampu tadah tangan, mengucapkan kata-kata syukur bila khabar gembira tu sampai. Syukur akhirnya tak ada sesiapa pun perlu rasa gusar lagi. Rancangan yang dibuat, walaupun pada awalnya nampak macam banyak halangan, berjalan seperti yang diharap-harapkan. Harap pertolongan daripada ALLAH akan selalu ada dan senyuman mak tak akan pudar lagi sampai bila-bila.

Semalam juga, masa tengah tidur, atau lebih tepat lagi... baru aje tidur, dapat panggilan. TUHAN... memang ada hikmahnya kenapa semalam hati aku tergerak tak silentkan telefon. Padahal, selama ni memang aku silentkan telefon bila tidur sebab aku tak nak dikejutkan masa tengah tidur dengan alasan aku mesti tak dapat tidur balik dengan mudah kalau dah jaga. Tapi semalam, kuasa ALLAH memang tak akan terjangkau dek tangan manusia.

Ditakdirkan semalam aku tak angkat telefon sebab tak dengar, entah apa yang akan terjadi? Tentu lebih sedih dan menyedihkan. Dan, biarlah... biarlah selama 30 minit aku tadah telinga untuk dengar masalah yang langsung aku tak jangka akan berlaku, biarlah aku korbankan masa aku untuk dengar tangisan yang tak pernah terfikir aku akan dengar, biarlah aku tak dapat tidur balik untuk sama-sama memikul beban kesedihan yang ada di hati itu, biarlah air mata aku sama-sama gugur sepanjang masa 30 minit itu asal ketenangan kembali datang, biarlah aku meminta maaf berkali-kali atas kesalahan yang bukan aku lakukan asal jiwa yang retak kembali bertaut, biarlah ... aku sanggup buat apa saja untuk meredakan tangisan dan mengembalikan semangat yang seakan-akan dah hilang kerana dugaan dalam hidup. Hendaknya, dugaan itu hanya sementara dan akan ada lagi senyuman di bibir itu.

Untuk dia, tabahlah... aku ada dan aku akan selalu ada untuk kau! Percayalah, ALLAH sayang orang sabar. Dan benarlah... bila kita terlalu banyak ketawa, kita pasti akan menangis. Mungkin terlalu gembira dengan khabar gembira pada siangnya, maka malamnya... harga kegembiraan itu harus dibayar dengan air mata...

-Aku dan Dia-

Aku dan dia... membesar bersama-sama. Kalau isi itu teman baiknya kuku, aku pula temannya dia. Kami berbaik, kami bergaduh, kemudian berbaik, bergaduh dan berbaik semula macam kanak-kanak lain juga. Walaupun di hujung sebuah pertengkaran, biasanya hanya dia yang akan mengalah. Sedangkan aku, tetap juga menjunjung ego yang melangit. Ya, memang bukan aku namanya kalau tunduk pada dia, tak kira sama ada aku salah atau aku betul. Paling penting, aku tak akan mengalah. Tak bercakap, tak senyum, tak ketawa, aku rela, asal saja aku bukan jadi orang pertama yang mengalah.

Mungkin... mungkin dah terbiasa jadi adik yang selalu harus diutamakan oleh abang-abang dan kakak sendiri, maka aku jadi mua dan keras hati, termasuk kepala. Dan dia pula, sebagai kakak sulung yang punya adik-adik, dia tetap bersikap seperti kakak. Tapi tak juga aku jual mahal bila dia nak berbaik-baik dengan aku, paling penting... dia yang kena tegur aku dulu. Satu patah kata pun, dah lebih daripada cukup.

Hingga remaja menginjak naik, kami masih begitu. Aku tetap menjadi adik dan dia tetap menjadi kakak, walaupun jika diukur pada umur, status aku tentu saja kakak pada dia sebab aku tua setahun berbanding dia. Kami masih makan sepinggan, minum secawan, rumah aku jadi rumah dia dan rumah dia, tetap jadi rumah dia. Sebabnya, aku jarang sekali tidur dan makan di rumah dia walaupun diajak, tapi aku akan paksa dia tidur dan makan di rumah aku. Sampai satu masa, mak dia pernah suruh dia bawa kain baju pergi rumah aku. Pun, aku dan dia tak pernah peduli.

Ketika kedewasaan datang... aku baru sedar segala-galanya dah jauh berubah. Dia makin jauh dari jangkauan tangan disebabkan jarak dan masa. Tapi jarak dan masa, bukan juga tiket untuk aku lenyapkan dia dari mata dan hati aku. Dalam carta hati aku, dia tempat kedua selepas keluarga. Sedangkan di pihak dia, aku tak pasti apa kedudukan aku. Dan yang aku nampak, aku makin hari seperti makin hilang saja dalam bayangan dia. Ya... masa dan jarak seperti sudah membalikkan keadaan. Peranan kami kian bertukar, dia mula jadi adik dan aku jadi kakak seperti sepatutnya. Sayangnya, saat aku rela menjadi kakak setelah berpuluh-puluh tahun masa berlalu, segala-galanya bagaikan sudah terlambat. Dia bagaikan tak dapat dilentur lagi. Kalau tentang dia, semua cerita tak terjangkau dalam fikiran aku yang sampai.

Kenapa awak boleh jadi macam ni? Tiga tahun kami tinggalkan awak dulu, awak berubah jadi orang lain? Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni, soalan itu-itu juga yang melekat di kepala. Dan semalam, saat satu SMS daripada dia menjengah, aku buntu... tak tahu macam mana lagi nak bantu dia cari keluar, sebab aku betul-betul tak tahu macam mana nak tolong dia kali ni. Tak tahu apa harus aku buat untuk meringankan bebanan dia. Berapa kali aku nak katakan perkara yang sama? Berapa kali aku nak cari jalan keluar untuk dia? Sedangkan dia, tak pernah belajar daripada kesilapan. Tetap juga membilang silap, satu demi satu. Dan... kenapa dia tak pernah nak sedar orang di sekeliling dia semuanya sayangkan dia? Kenapa sekian lama masa berlalu, dia jadi manusia yang begitu pentingkan diri sendiri? Dan bila tengok mak dia, aku hanya mampu ketawa dalam tangisan. Kenapa ibu sebaik itu harus selalu terus disusahkan?

-Subang, Rak Buku dan Kasut Baru-

Subang – malam hari raya pertama, masa sikat rambut, baru perasan sesuatu dah tak ada. “Mana subang aku belah kanan? Hilang ke? Kalau hilang, masa bila? Kat rumah kampung atau kat rumah KL?" Aduh! Aku dah jadi kelam-kabut mencari, semua tempat aku geledah. Kejap berdiri, kejap membongkok, kejap melutut dan macam-macam aksi lagi aku buat.

“Buat apa tu?” Abang Long (abang sepupu) aku tanya, lepas tu Chik Aziz. Aku kata subang aku hilang sebelah. “Beli baru je. Kan dah kerja.” Wah... senangnya Abang Long aku bagi pendapat, tapi aku sengih. Sampai esok pun subang tu tak dapat cari dan aku nampaknya jodoh aku dengan subang tu sampai situ aje. Sedihnya hati... TUHAN aje yang tahu. Tu subang yang abah belikan lapan tahun lepas, aku tak pernah berpisah lama dengan subang tu dan aku tahu lepas ni aku tak akan dapat lagi sebab aku dah kerja dan abah pun dan jarang-jarang ke laut lagi. Maknanya, aku tak akan dapat apa-apa lagi barang kemas daripada abah. Kalau nak juga, aku kena beli sendiri. Tapi takdir ALLAH... hari terakhir, masa kemas baju nak balik KL, subang tu rupa-rupanya melekat dekat hujung baju. Memang rapat sangat macam kat telinga sampai basuh guna mesin pun tak tanggal. Subang tu nak bertuan lagi, kata mak aku. Huh... gembiranya aku, Hanya DIA Tahu!

Rak Buku – raya kelima, pergi kedai perabot, nampak satu rak buku yang berkenan kat mata. Jadi aku pun beli. Malam masa almari tu sampai, ceh... dengan gembiranya aku menyusun buku yang entah berapa ratus tu. Mujur ramai yang membantu. Senyum sampai ke telinga sebab seronok sangat. Tapi... pagi esok masa aku tengok telur pindang kat belakang rumah, Kak Long jerit panggil nama aku dan aku buat tak dengar. Dah selesai, aku masuk. “Sorry... Sorry...,” kata Kak Long, “Akak terpecahkan rak buku yang baru beli semalam”. Aku diam, dalam hati aku tau yang hati aku dah rentung antara marah dan kecewa. Kenapa barang yang aku sayang selalu rosak atau hilang macam tu aje? Tapi tak pulak aku mengamuk, cuma baring atas katil sambil mengerekot macam udang kena salai atas api.

“Dahlah tu... karang Kak Long kau balik rumah dia pulak,” kata Mak yang tentu aje faham hati aku masa tu. Aku baru beli, tak sampai pun satu hari. Tak nak keruhkan keadaan dan aku tahu Kak Long pun perasan bila aku yang selalu kecoh, diam macam mulut kena gam, terus aku capai anak dia bawa ke luar. Main-main dengan Zakuan, tengok itu ini. Lepas tu hantar balik kat Kak Long. “Nanti akak ganti balik ye?” Aku tengok muka dia, ketawa geram. “Mengong!” Ketawa kami pecah, hati aku dah reda masa tu. Nak buat macam mana, bukan dia sengaja pun. Untung juga dia tak cedera apa-apa.

Kasut – “Pakailah kasut baru. Beli mahal-mahal buat apa simpan,” kata Abah kat Mak. Aku ketawa aje, Abah memang macam tu. Tapi ketawa aku mati bila, “Kenapa kasut ni macam sebelah longgar, sebelah ketat?” kata Mak pulak. Aku tengok saiznya, hahahaha... Aku betul-betul tak boleh simpan ketawa bila tengok sebelah saiz 37, sebelah 38. Teringat keadaan masa beli kasut tu, betapa tak bermayanya budak lelaki yg jual kasut tu bergerak, sampai aku dah naik berbahang. Belum kira lagi ada dua budak yang kehilangan mak bapa kat Plaza Angsana masa tu. Mujur juga boleh tukar balik walaupun aku dah hilangkan resit. Manalah aku tau nak jadi macam tu.

-Raya Lagi, Menarik di Mata...-

Mungkin terpengaruh dengan masa remaja, sampai dah dewasa ni pun hobi aku tetap sama. Ambil Gambar! Bezanya, dulu aku yang diambil gambar. Tapi sekarang, aku pulak yang mengambil gambar. Biasanya yang jadi model tak berbayar kaum keluarga aku. Pantang ke mana, cepat aje tangan capai kamera. Entah berapa ribu koleksi gambar dalam tangan aku, aku sendiri tak tahu. Tapi sungguh... semua gambar ada kenangan terindah bagi aku. Cuci, habiskan duit, tak cuci lagi rugi sebab... duit boleh dicari, tapi kenangan tak akan ada dijual di mana-mana. Dan ini... sebahagian lagi gambar masa raya...

Aqqif dan Danish - bezanya macam langit dan bumi. Tapi yang buat aku salute kat Danish, besar macam mana pun, dia tak buli budak kecil macam Aqqif.

Tengok air mata kat hujung mata Aqqif... tiba-tiba jadi ingat lagu Air Mata Syawal, dendangan Siti Nurhaliza. Entah angin apa melanda, pagi raya dia buat perangai. Tak nak pakai baju raya. Puncanya, tentulah sebab tidur pukul 3.00 pagi, bila kena kejut... siapa pun mesti angin. Tapi soalnya, siapa suruh tidur lewat, bukan dia pun yang buat rendang.

Berapa? Itu soalan aku masa bawa Kakak dan Adik Nana pergi kedai gunting rambut. RM 96! Hampir-hampir aje mulut aku cakap, kita balik aje lepas dapat tahun harga rebonding untuk rambut sependek itu, mahal macam tu sekali. Tapi sebab dah janji, nampaknya aku tak ada pilihan lain lagi, walaupun rasa sangat tak berbaloi. Masa aku keritingkan rambut dulu pun, tak adalah mahal macam tu sekali.


Tak tahu kenapa, setiap kali suruh senyum masa nak ambik gambar, bibir Aqqif jadi macam tu. Itu... senyum ke? Orang belakang, perasan lawan dengan kebaya pink. Sebenarnya, Kak Long pun menyesal beli baju kebaya tu sebab harganya, mak ei... kalah baju dia.


Hari dia luruskan rambut guna duit aku, hari tu juga dia cari pasal dengan aku, sampai aku kata, jom... kita pergi kedai tadi, minta dia buat rambut Adik balik ke asal. Sakitnya hati aku, Tuhan aje yang tahu! Makin hari, aku rasa Adik Nana makin menyakitkan hati aku. Tapi bila bergaduh dengan kakak dia, aku juga yang dicari.

Anak bapak, tiap kali tengok mata Aqqif bila bangun tidur... teringat muka adik aku ni. Memang sebiji!


Penat ye sayang, buat ketupat malam tadi?



Antara koleksi gambar yang sangat-sangat aku suka. Sebenarnya, lagi ramai budak-budak bersesak-sesak macam tu, lagilah aku seronok.


Tina, Adik Nana, Aqqif, Nurul dan Tini - diaorang berbaik, bercakar, berbaik, bercakar lagi macam tak ada sudahnya hidup. Tapi... aku tetap harap anak-anak ni akan tumbuh jadi manusia berguna di masa-masa akan datang.


Gambar ala-ala model nak pergi toilet... nak ketawa tergolek-golek aku masa tangkap gambar ni. Muka macam tak siap aje Abang Chik aku tu...


Ni lagi satu anak bapa, tak mahu kalah dengan papa dia. Tapi alahai... gemuknya anak buah Mak Tam ni. Kata nak diet... tapi.... bila ye Danish?

Kami datang ni nak memetik bunga! Itu dialog aku masa kami beramai-ramai balik kampung, rumah nenek kat sebelah rumah aku yang jaraknya tak sampai 50 meter pun. Bunga yang mana satu? Balas Ucu aku. Alah... kan tinggal satu aje bunga dalam rumah ni, yang umur 17 tahun tu. Pecah ketawa pagi raya tu. Mujur cincin tu muat-muat elok aje kat tangan nenek, kalau tak entah siapalah yang dapat sebab aku tak berapa suka cincin selain belah rotan.

Pasangan yang selalu buat rasa nak ketawa sampai nak pecah perut. Sorang kata tak ada salah, sorang lagi kata dah banyak buat salah. Kak Long dan Abang Nasir, diaorang memang kelakar tiap kali salam raya.

Arissa... Arissa... Arissa... ya, Arissa dah makin putih dan Danish pun dah kata yang adik dia cantik. Moga jadi anak yang baik ye sayang...


-Raya... Raya...-

Salam 13 Syawal buat semua yang menjengah dan terus menjengah. Diam tak diam, bising tak bising... raya dah sampai ke pertengahan. Tapi baru hari ni aku berkesempatan update blog, masukkan n3 pasal raya. Sibuk sangat ke? Boleh tahanlah sebab masa raya sibuk beraya, walaupun boleh dikira dengan jari berapa buah rumah aje yang aku pergi. Belum pun puas beraya, sibuk pula uruskan majlis perkahwinan adik aku. Bila majlis selesai, sedar-sedar masa kena balik KL dah sampai dan hari ni hari ketiga aku naik kerja lepas cuti 11 hari.

Raya tahun ni... sama aje macam raya-raya tahun lepas. Cuma bezanya, tahun ni raya kami anak-beranak pakai baju sedondon, warna purple. Macam biasa, yang bagi cadangan Kak Long, disokong kuat oleh aku dan selepas itu barulah yang lain-lain. Tapi lebih bermakna lagi, tahun ni tahun pertama kami sambut raya dengan Zakuan dan Arrisa. Dan lagi, tahun ni juga tahun pertama Kakak dan Adik Nana beraya dengan budak-budak lain kt kampung. Selama ni, bukannya diaorang tak nak beraya, kami aje yang tak kasi, takut yang bukan-bukan. Kali ni bagi sebab nak suruh diaorg tau selok-belok kat kampung tu. Tapi ada bawa hp le... mana tau penat ke, tak tau cari jalan balik ke. Sudahnya, tengok diaorang balik senyum sampai ke telinga. Sukalah tu dapat bebas.


Inilah gambar raya pertama kami anak-beranak. Ada nampak macam boria bila tengok lama lama. Lepas sembahyang raya, lepas makan sampai kenyang... macam dah jadi rutin kami berkumpul semata-mata nak ambil gambar ramai-ramai. Syaratnya, tak boleh kurang walaupun seorang, mesti semua ada dan kalau dah ramai, macam-macam ragam dan hal yang muncul. Ada yang menangis, ada yang melalak dan lebih banyak yang ketawa tak kering gusi.

Kalau dilihat pada gambar, tak sedar rupa-rupanya keluarga aku dah makin bertambah bilangan ahlinya. Macam tak percaya, tapi memang meriah.

Panggil Jaja datang sebab nak suruh dia tangkap gambar aku dan keluarga, belum pun apa-apa, dia dah menyelit masuk. Memang Jaja rapat dengan keluarga aku dan dulu rumah aku macam rumah dia. Hujung minggu pun tidur rumah aku. Dan sebab Jaja juga, aku dulu selalu bergaduh dengan Kak Long sebab aku selalu lebihkah Jaja daripada adik-beradik yang lain. Tapi bila masing-masing dah dewasa, kami yang macam belangkas dah jarang jumpa. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri, tapi kemesraan aku dengan Jaja tak pernah hakis.


Dalam hidup, setakat ini permintaan aku tak begitu banyak. Tapi aku sangat berharap Abah dan Mak akan begini selagi ada hayat mereka di kandung badan. Mak, Abah... Ami sayang gila kat kalian berdua!

Asalnya hanya berdua, lepas tu dapat Kak Long, Abang Ngah, Abang Chik, Aku dan adik-adik lelaki aku.

Cucu mak dan abah dah ada enam orang. Nurul Husna (Kakak), Nurul Hannah (Adik Nana), Danish Hakim (Danish/ Abang Cha), Mohammad Aqqif Nadjmi (Aqqif/ Jimy/ Abang Chik), Mohammad Naqib Zakuan (Naqib/ Zakuan/ Wawan/ Adik) dan Arissa Izzyani (Arissa).Syukur sangat sebab kehadiran diaorang memeriahkan hidup kami semua...

Anak perempuan Mak dan Abah - orang kata muka aku dan Kak Long ada iras, sampai ada yang tersalah panggil. Tapi setiap kali aku tengok, tak sama pun!

Jeng... jeng... jeng... mari kita tengok siapa yang paling hitam dan siapa yang paling gemuk (perkara yang paling aku suka kutuk kat diaorang, tapi tak masuk abah aku ye). Yang menang tentulah yang dua dari kanan. Jangan marah, nanti kena jual timbang kilo...