Bercerita fasal bola sepak, saya sebenarnya tak tahu apa yang nak diceritakan. Tapi... saya terasa nak bercerita juga sebab bukannya hari-hari ada pengalaman tengok bola, apalagi tengok bola secara live kat Stadium Bukit Jalil. Kalau ada yang nak baca cerita tak penting ni, sangat dialu-alukan. Kalau tak rasa nak baca, tak apa & tak apa-apa. Boleh baca lain kali, bila ada cerita yang kena dengan jiwa.
Mukadimah saya, ceh! Bertahun-tahun dulu, saya memang peminat fanatik bola, tapi bertahun-tahun yang sangat jauh dah saya tinggalkan. Seingat saya, masa saya sekolah rendah, memang saya hantu bola. Tapi saya hanya minat bolah dan pemain bola sepak Malaysia. Masa tu Johor agak gah dan bila Johor makin lama makin menghampakan, saya dah tak tengok lagi bola kat TV. Saya cuma tengok kat kampung, bila abang-abang dan adik [adik nombor satu sebab adik bongsu saya tak main bola sepak, dia main kriket] saya main bola. Lain daripada tu, saya tak tengok dah.
Tapi lama lepas tu, saya tengok semula, atau dalam erti kata lain saya terpaksa tengok sebab abang-abang dan adik saya suka bola. Maknanya, nak atau tak saya terpaksa juga layan bola. Nak berebut TV dengan dia orang, rasanya saya tak mungkin menang. Saya kan adik yang baik. Perasan! Masa tulah saya mula kenal pemain-pemain bola sepak luar negara. Taklah kenal semua, tapi bolehlah kalau nak dibandingkan dengan sekarang sebab sekarang ni pengetahuan saya tentang bola, KOSONG! Pemain luar negara saya cuma tau beberapa nama sebab saya rajin bertanya bila balik kampung dan kebetulan terpaksa tengok. Pemain negara pula, pun boleh dikira dengan jari, kalau tau nama pun saya mungkin tak kenal rupa.
Last saya tengok bola yang betul-betul rasanya masa Piala Dunia tahun 2002. Masa tu kat UPM dan kebetulan ada TV, maka saya dan kawan-kawan mula buat kecoh. Lepas tu adalah sekali lagi layan kat kedai dengan Shanika, tapi masa tu saya tak tengok betul-betul sebab saya dah tak ada jiwa dengan bola sepak. Saya rasa saya akan jadi orang yang cepat marah dan tension setiap kali tengok bola. Mana taknya, mulut saya bising dan jantung asyik nak berdebar-debar. Over kan? ;-)
Baru-baru ni kat kampung, lepas hari dah petang dan budak-budak pun dah balik ke rumah, saya pun naik. Bola pun mula, Malaysia vs Liverpool. Sebab semua orang layan, saya pun layan. Dan betullah... saya memang tertekan dan mulut pun macam murai tercabut ekor. Kebetulan semua ada kat rumah, jadinya rumah saya tiba-tiba aje jadi riuh sampai mak andak saya tiba-tiba muncul depan pintu. Dia ingatkan kami anak-beranak bergaduh.
Khamis lepas pulak saya pergi Stadium Bukit Jalil tengok perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea. Kebetulan Shanika dapat tiket free. Pukul 12 malam [semalamnya] dia SMS tanya saya nak pergi tak dan saya yang mamai-mamai sebab terjaga daripada tidur, kata okey aje. Akhirnya, saya, Shanika, Des dan Gee ke sana berempat. Sampai kat sana kami berpecah, saya dan Shanika, Des pulak dengan Gee sebab tempat tak sama. Dan seperti yang saya dah duga, memang saya rasa tension pun. Tension sebab asyik nak teka, masuk tak, masuk tak dan sudahnya masuk satu. Tapi... bola yang masuk tu saya rasa sangatlah tak cantik. Saya yang tak tau fasal bola pun terasa hampa, apa agaknya yang pemain Chelsea dan pemain negara rasa dengan sebiji gol tu?

Lepas dah balik tu, saya tertanya-tanya sendiri. Chelsea tu main betul-betul atau main main-main masa lawan tadi? Kalau main betul-betul, takkanlah macam tu corak permainan mereka? Tapi... takkanlah pulak main main-main kan? Sebabnya saya fikir... kalaulah tak ada gol, tak ke malu sebab nak bandingkan Malaysia dan Chelsea yang dah terkenal seantero dunia tu, bukankah bezanya macam langit dah bumi? Entahlah... sampai ke hari ni saya masih tak ada jawapan yang pasti, ;-)
tengok bola ni memang menarik...agak hampa bila malaysia kalah...xpe la lain kali boleh cube lagi...
ReplyDeletesy teruja tengok pemain bola sepak perempuan yg baru2 ni menobatkan jepun sebagai juara...memang menarik corak perlwanan mereka walaupun mereka perempuan... :)
yup... sy pun tengok gak kt rumah, sorang2... mmg agak hampa lebih2 lg dengan gol ke-5 drpd singapore. tp x pelah... mana tau masih ada nasib hari khamis ni...
ReplyDeletemesti menarik kan bola sepak perempuan tu? sy sebenarnya dh x berapa ngn bola ni. sy tengok pun baru2 ni aje sejak Malaysia lwn Liverpool... ;-)