- ReViEw KASIH BENAR KASIH dArIpAdA FaD -

July 1, 2011


Pendapat Peribadi;
Tengok kulit novel jer terus sambar novel ni...baca sinopsis macam boleh layan dan penulis nya pula aku dah kenal so why not aku try kan...seperti dalam entry yang pernah aku tulis sebelum ni, novel alaf21 telah dinaikkan harga tapi dapat penanda buku, kira berbaloi gak lah...Kulit novel ni sangat-sangat comel...kulit novel tercomel yang pernah aku lihat di pasaran Malaysia...tahniah kepada krew Alaf21... semakin kreatif...

Aku dah pernah baca banyak novel hasil karya Aleeya Aneesa @ Mawarti Wahab...Novel-novel beliau tidak lupa untuk menyelitkan kisah-kisah kekeluargaan...kali ni sekali lagi kisah kekeluargaan diketengahkan... Watak Annura yang masih solo walaupun telah menginjak usia 29 tahun membuatkan kedua orang tuanya gusar...tapi selama ni mereka hanya memendam rasa namun selepas anak kepada rakan karib mereka "memilih" untuk berkenalan dengan annura membuatkan mereka tidak berfikir panjang... Sikap Dinzley yang suka bergurau memakan diri sendiri...kerana kata-kata gurauan dia telah memberi harapan kepada kedua belah pihak...Namun sebagai seorang anak yang taat, Dinzley tidak mahu melukakan hati mama dan papa nya...dia cuba menghubungi Annura...Pada kali pertama mereka berhubung, Dinzley sengaja membuat lagak seperti seorang lelaki yang sombong dan berlagak...dia menekankan gelaran DR yang dimilikinya...Annura semestinya tidak senang dengan cara pengenalan yang sebegitu rupa... Langkah seterusnya adalah dengan mengajak Annura keluar...Dinzley sengaja memilih tempat yang agak jauh - Gombak dan mengarahkan Annura supaya tidak terlewat walaupun seminit tetapi keadaan sebaliknya terjadi, lelaki berlagak tu yang datang lewat hampir sejam...sebenarnya dia bukan sengaja lewat tapi dia lewat kerana tertidur...sengaja dia tak nak meminta maaf untuk membuatkan annura bengang... dia janji untuk menelefon annura pada sebelah malamnya tapi bila waktu yang dijanji2kan tiba iaitu jam 9 malam tapi telefon bimbit annura masih membisu...kerana ingin mendengar jawapan yang dijanjikan oleh Dinzley tentang hubungan mereka Annura menebalkan muka untuk menghubungi Dinzley, tapi Dinzley sengaja tidak mahu menjawab...sengaja mahu menguji Annura...

Sikap Dinzley yang suka menyakat Annura dan tidak menepati masa membuatkan hati Annura semakin sebal...Annura cuba untuk mendapat sokongan daripada kakak nya supaya memujuk kedua orang tua mereka agar idea untuk menjodohkan dia dan Dinzley dibatalkan namun kakak dia yang cuba memujuk Annura supaya membuka pintu hati yang telah tertutup akibat pernah dikecewakan sebelum ini...Hafeez cinta yang terputus dipertengahan jalan...

Akhirnya Annura dan Dinzley bersetuju untuk cuba mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh 6 bulan...sekiranya berjaya mereka akan bertunang...dalam tempoh masa yang singkat itu, mereka cuba sedaya upaya menerima dan memahami satu sama lain...akhirnya cinta mula berputik...mereka bertunang atas dasar cinta namun di saat tinggal beberapa minggu sebelum majlis pernikahan, Dinzley cuba memohon agar majlis tersebut ditangguhkan...semua ni disebabkan oleh kehadiran Syirin,bekas teman wanita Dinzley yang pernah meninggalkan Dinzley sebelum ni...Apakah yang akan terjadi selepas Dinzley mengutarakan idea yang menjatuhkan maruah Annura? nak tahu kisah selanjutnya kena dapatkan novel comel ni dekat pasaran...beli kat pesta buku dapat diskaun 20% tau...ok, tahniah Kak Mar!

*** Terima kasih tak terhingga pada Fad atas komen di atas. Kawan-kawan yang budiman, kamu, kamu & kamu boleh melawat Fad DI SINI sebab ada banyak kisah yang menarik.

3 comments:

  1. ehee, best, nnti nak sambar la novel akak d store buku berdekatan(kalau adalah,hee) best! ^^

    ReplyDelete
  2. hai akk..sy pon baru je sat ni habis baca buku kasih benar ni..masa mula2 ternampak je buku hati terus jatuh cinta sebab kulit buka dia sangat2 menarik dan lagi comel bila ada warna pink dan arnab tu..eheheh..cuma pada pendapat saya pada permulaan cerita dia agak slow sedikit tp bila sudah pertengahan penceritaan dia memang memarik dan rasa mcm terus je nak baca tak boleh nak stop sebab sy nak tau apa yang terjadi selanjutnya..hahah..apa pon sy suka watak dinzley dan annura tu..

    ReplyDelete
  3. - hai kira... jumpa ke KBK tu? ;-)

    - hai meteorgurlz. pertama sekali terima kasih sudi baca KBK tu. insya-ALLAH akan datang akan akan cuba perbaki mutu penulisan supaya jadi lebih bagus lagi, ;-)

    ReplyDelete