- DrAmA "CINTA BUAT EMELDA" aDaPtAsI DaRipAdA nOvEl "KASIH ANTARA KITA" -

January 11, 2012

Rasa-rasanya ada yang dah tahu yang novel KASIH ANTARA KITA [KAK], yang diterbitkan oleh Alaf 21 [Karangkraf] pada tahun 2006 diadaptasi oleh Metrowealth International Global [MIG] dengan tajuk baru, CINTA BUAT EMELDA [CBE] kerana saya dah pun memaklumkan berita itu di [SINI] dan di [SINI] dua hari lalu.

Setakat ini katanya, CBE yang membariskan pelakon seperti Fizo Omar, Almy Nadia, Mia Sara, Amran Ismail, Nuremy Ramly, Mustafa Kamal, Diana Emir dan ramai lagi itu akan ditayangkan di TV3 untuk slot Akasia [7.00-8.00 malam] pada bulan Februari 2012. Bulan depan! Sama ada tarikh itu akan berubah atau sebaliknya, saya tak dapat nak pastikan sebab saya pun tak tahu. Hanya saya percaya, setiap berita tentang CBE tentu akan dimaklumkan oleh penerbit drama tersebut.

Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa tentang drama yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim ni walaupun KAK hasil nukilan saya sebab drama dan filem bukan bidang saya. Bidang saya hanya penulisan dan lain daripada itu saya tak tahu apa-apa. Cumanya, sebagai penulis novel tu saya mengharapkan yang terbaik dan yang baik-baik juga berlaku semasa proses penggambaran yang sedang berlaku sekarang ni dan juga semasa proses tayangan nanti. Kerja saya menyudahkan NOVEL KASIH ANTARA KITA sampai ke titik akhir, dah selesai hampir 6 tahun dulu. Sekarang ni, kerja team DRAMA CINTA BUAT EMELDA pula menyudahkan kerja mereka yang baru saja bermula. Semoga mereka semua berjaya dengan jayanya, ;-)

- Dalam Drama CINTA BUAT EMELDA, Fizo Omar pegang watak Aril Fatah dan Mia Sara jadi Dania. Kiranya, ini... pasangan bapa dan anak. Harap mereka berdua akan jadi pasangan yang hebat ya -

- Ini pula, Almy Nadia yang akan jadi teraju utama sebagai Emelda dan juga Emira, Amran Ismail yang akan jadi adik Emelda dengan nama Emeriz dan yang cilik itu tentulah Mia Sara yang jadi Dania -

PESANAN PENUH KASIH SAYANG - Kalau terasa mahu tahu tentang perkembangan drama CBE ini, bolehlah lihat-lihat di [SINI] atau [SINI].


13 comments:

  1. wah, bestnye!!!!!!!!!!!!!!!!!!! x sabar nak tengok cite ni lam versi drama.... suka suka suka.... he3.. terbaiklah... memang sesuai ngat Almy Nadia dan Fizo tuh.. tambah plak de Mia Sara.... (^_______^)

    ReplyDelete
  2. wah, mesti best drama ni... ni yg rasa x sabaq nak tgk drama ni=)

    ReplyDelete
  3. x ada kembar ke kak,Mia Sara tu??

    ReplyDelete
  4. : miss ff - terima kasih, tunggu ya... mungkin bulan 2 ni,mungkinlah... ;-)
    : Srikandi utara - sabar, nanti bila dh confirm tarikh sy bg tau ya...
    : aku wan - tak ada, yg ada cuma dania. mungkin susah bg mia utk buat dua watak dalam satu masa. mungkinlah...

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak.. rasa terkejut sgt dapat brite nih.. sbb sy baru jer habes baca novel tuh utk kali yg ke puluh2 haha..dah x ingat byk mana dah duk ulang baca citer tuh =D

    InsyaAllah.. akan cuba utk tgk citer tuh..x sabar dah nih..pape pun semoga akak terus berjaya dlm bidang penulisan nih..

    Mmm.. tanya sikit boleh?akak ada stok buku tajuk 'Segalanya Untukmu' tak? sbb rasanya buku tu tade dlm koleksi sy.. kalo ada sy nak beli sebijik

    ReplyDelete
  6. masyaallahh,,semalam baru jer baca untuk kali keberapa saya dah tak ingat,,tertiba hari ni terbaca pulak nak jadi drama..tahniah untuk aleya anesa,,akan saya tunggu drama nihh!! :)

    ReplyDelete
  7. : yana - terima kasih yana. akak tak tahu mcm mana bila dh jd nanti. tp harap-harap segala-galanya akan ok nanti. ada buku tu. tp... kalau beli dengan akak, akak tambah cas sampul pos ekspres. klu cari kat kedai lg murah. tp kalau yana still nak, inform akak aje...
    : dwaty - ya ke? gembiranya dengar. thanks ya...
    : TJOML - terima kasih, lebih terima kasih sb baca KAK banyak kali, ;-)
    : wild cherry - sabar sikit lagi ya, klu tak ada aral mungkin februari ni. bila tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti... ;-)

    ReplyDelete
  8. Novel KAK ni antara koleksi terawal sy dan sememngnya one of my feveret novel...tahniah kak di atas adaptasi novel ini...xsbr nk tgk...hehee

    ReplyDelete
  9. best sgt cerita CBE ni mmg terbaik dari MIG sebelum ni rasa macm ntah ape2 cerita2 terbitan MIG ..tp kali ni tahniah...terhebatttttt
    rasa betul2 menyentuh emosi ...

    ReplyDelete
  10. nurulfatihah - terima kasih, CBE dah pun main kat tv, ada tengok ke?

    ReplyDelete
  11. Anonymous - terima kasih sebab tengok CBE tu, teruskan tengok ya, ;-)

    ReplyDelete