“Sekarang ni, nenek nak tanya kamu... kamu tahu tak ni apa?” Nek Janah menunjukkan sesuatu yang ada di tapak tangannya.
“Bintang!” jawab Virda selamba. Dia tersengih-sengih.
Nek Janah menggetap bibir. Ikutkan hati mahu saja diketuk kepala cucunya itu. Virda memberikan jawapan tidak sampai pun dua saat. Malangnya, jawapan yang Virda berikan tidak betul, hanya membuatkan dia rasa geram. Ada ke patut bunga lawang digelar bintang.
“Kenapa nek? Salah ke?” tanya Virda dengan sengihan yang tidak mahu hilang.
“Siapa ajar kamu kata ni bintang?”
“Tak ada orang ajar. Tapi Virda tengok rupa dia macam bintang. Ada banyak penjuru. Itu yang Virda teka bintang. Apa benda tu sebenarnya?” tanya Virda. “Hem... Virda tanya mama boleh?”
Terjegil biji mata Nek Janah. Dia ada di hadapan, Virda masih mahu bertanya pada Jalena.
“Maaf...”
“Ini namanya bunga lawang. Bukannya bintang! Kalau ada periksa di sekolah memang kamu tak lulus kalau bagi jawapan macam tu,” kata Nek Janah sambil menggeleng kepala. Benar-benar aneh dengan cucu nan seorang ini. Nama saja perempuan tapi semua perkara tidak tahu. Bukannya tidak diajar, tapi semua yang diajar tidak pernah masuk di kepala Virda.
“Nasib tak masuk periksa kan nek?”
“Kamu ni... memang patut dihantar ke sini,” kata Nek Janah lagi.
PESANAN PENUH KASIH SAYANG - Jangan lupa klik-klik [DI SINI], [DI SINI JUGA] dan [INI JUGA] tau kawan-kawan yang cantik-cantik dan kacak-kacak kalau nak tau lebih lanjut tentang Siri MCK ini.

Nilah akibatnya kalau tak nak tolong mak kat dapur. Mana-mana anak dara sunti yang malas ke dapur, elok baca buku ini. Setuju?
ReplyDeletehahaha... satu idea yang bagus. tp... yang tak ke dapur pun boleh juga bacakan kisah ni? :-)
ReplyDelete