Angah, “Selasa ni 1 Mei tapi bos suruh kerja. Bayar triple.”
Saya, “Habis tu nak kerja ke?”
Angah, “Taklah.”
Saya, “Duit bukan segala-galanya kan?”
Angah, “Hah... betul sangat tu!”
Itu hanya dialog dua orang yang bergelar adik dan abang. Tapi... yang saya nak conteng hari ini bukanlah kisah adik dan abang itu sebab kisah tersebut hanya berhenti setakat itu bila si adik tersenyum lebar sampai ke telinga. Si adik yang terasa kepulangannya dari tempat yang tak jauh mana tu dihargai si abang yang lebih mementingkan keluarga daripada duit.
Yang ingin saya sentuh dalam N3 kali ini tentang ‘bahasa kesusahan’ yang berkaitan dengan duit. Betul... saya akui hidup tanpa duit bukannya seindah mana sebab hanya orang-orang yang pernah ‘bersahabat’ dengan kesusahan yang mengerti. Saya, pernah rasa ‘persahabatan’ itu, walaupun hidup saya satu ketika dulu tak adalah terlalu perit jika nak dibandingkan dengan ramai lagi orang di luar sana yang hidupnya lebih getir. Cuma... saya mengerti dan sangat maklum apa rasanya bila tak ada baju raya dan ALLAH tiba-tiba tunjukkan keajaiban bila satu hari Abah saya balik dari laut dengan tangan sarat dengan kain berwarna ungu yang warnanya dah agak berubah sebab lama di dalam laut. Katanya, “Gulungan kain ni tersangkut kat bubu. Mula-mula ingatkan apa, rupanya kain”. Mak saya, tanpa banyak bunyi, cuci kain tu bersih-bersih, potong bila dah kering dan akhirnya tahun tu, kami adik-beradik beraya sedondon dengan muka gembira.
Pernah juga rasa bagaimana tebalnya muka terpaksa minta duit belanja sekolah daripada mak cik saya [masa tu dia belum kahwin lagi] walaupun mak cik saya tak pernah berkira dengan saya sebab saya selalu tolong dia buat kerja, sampai-sampai satu ketika saya rasa dah tak tertanggung malu nak terus meminta dan akhirnya saya dah pandai ponteng sekolah dengan alasan, ‘Nak bayar tambang pergi sekolah macam mana kalau duit tak ada?’.
Pernah rasa dan sebenarnya selalu rasa macam mana makan nasi putih dengan lauk sambal ataupun, makan nasi dengan lauk sayur aje bila Abah tak ke laut. Padahal, setiap hari saya mengimpikan makan nasi dengan lauk-pauk yang sedap-sedap yang jarang sekali kami makan. Tapi itulah... alangkan hari raya pun ada masa-masanya makan lauk kari telur aje, apalagi hari-hari biasa. Pendek kata, dapat makan ayam dah besar rahmat buat saya. Bukannya tak ada ayam kampung, ada aje. Cumanya... ayam tu dibela untuk dijual untuk beli beras, bukan untuk buat lauk.
Pernah juga rasa, ambil upah angkat air dari perigi yang letaknya agak jauh dari rumah dan merentasi bukit dengan upah 50 sen sekali angkat. Kalau angkat 2 kali, dapatlah 1 ringgit. Yang upah mak cik saya dan saya angkat air tu dengan anak dia [dua-dua dapat duit]. Berat memanglah berat, tapi... saya tak adalah kisah mana fasal berat tu sebab saya bukannya tak kuat pun. Yang penting, asalkan dapat duit itu dah lebih daripada cukup.
Tapi itu... hanya sebahagian cebisan-cebisan perit yang pernah saya tempuh satu ketika dulu yang dah begitu jauh saya tinggalkan, ada banyak lagi dan kalau nak ditulis semuanya mungkin akan mengambil masa yang sangat panjang sampai-sampai yang baca boleh tertidur. Tapi cebisan-cebisan itu bila saya imbau saat ni, dah tak rasa perit lagi. Sebaliknya keperitan masa kecil tu dah bertukar menjadi momen-momen yang sangat indah yang akan saya kenang sampai bila-bila. Bahkan, ada masa-masanya saya teringin sekali lagi kembali ke saat itu. Tapi, mustahil sangat kan?
Dan sungguh dalam pada saya tak sedar, putaran hidup saya dah berubah 260 darjah. 100 darjah lagi tu mungkin masih kekal seperti sedia ada. Padahal, saya tak pernah mengimpikan yang saya akan ada di tempat saya hari ini. Impian saya hanya nak hidup di kampung saya macam orang lain. Sebuah kampung terpencil di pinggir Johor Bahru, kampung yang dulunya tak ramai orang bijak pandai yang rata-rata masih tak mementingkan pelajaran anak-anak. Tapi sekarang, ramai yang dah pandai sebab saya dengar-dengar keputusan peperiksaan budak-budak di kampung saya dah sangat cemerlang, malah ada juga yang sampai dah terlebih pandai.
Saya syukur sebab dah tak susah macam dulu. Tapi saya tahu yang kesusahan tu banyak mengajar saya supaya jadi orang kuat dan lebih menghargai apa yang saya ada. Dan biar bagaimana pun hidup berubah, saya tetap tak mahu jadi orang lain. Saya tak mahu jadi seperti segelintir orang yang anggap duit, kemewahan, harta-benda dan yang sewaktu dengannya adalah raja dalam kehidupan. Sebab macam Angah, saya pun percaya yang duit tu bukan segala-galanya. Apa guna duit banyak, kalau kita tak sedar tingkah dan kata-kata kita yang berbaur riak itu membenihkan rasa kecil hati pada orang lain, malah kita jadi kurang ajar pada orang yang sepatutnya kita hormat. Lebih daripada itu, ada masa-masanya, ada situasi-situasinya, duit tak mungkin dapat membantu kita. Lagi pun, alangkan bukit boleh rata jika ditarah setiap hari, apa lagi duit, kan? ;-)

sy yang dr kecik tk pernah kenal susah mcm tu, bukak2 mata je, semua tersedia.... tapi mak ayah saya sentiasa motivasikan kami tentang kesusahan mereka dulu2...bila tgk org susah, sy insaf....
ReplyDeleteTuhan maha adil, atas usaha awak, Dia bayar balik atas kesusahan awk dan keluarga yang dulu....syukur alhamdulillah, semoga awk n keluarga terus disinari cahaya....amin....
salam....
ReplyDeletebila baca kisah yg tercoret nih, membuatkan sy teringat zaman2 kecik dulu...sy juga pnh lalui apa yg awak rs...ambil upah angkat air, jual kuih dgn berjalan kaki seluruh kpg. pnh rasa beraya tanpa bj raya, tanpa kuih raya...musim tengkujuh hy berlaukkan ikan kering atau ikan bilis.....gi sekolah hy berbekalkan nasi putih dgn telur goreng... kalau nk cerita pasti airmata juga turut mengalir....tp, alhamdulillah semua episod sukar itu telah berlalu......moga kita semua sentiasa dilimpahi rahmatNYA dan sentiasa sabar dgn ujian ILAHI...:D
DIANA - kadang-kadang kte fikir, biar semua anak-anak dalam dunia ni, lahir-lahir aje ke dunia... terus dihidangkan dengan dulang emas supaya mereka tak perlu bersusah payah. cumanya, bimbang mereka tak tahu macam mana nak berdikari.
ReplyDeletedan kte, syukur sangat dengan apa yang kte ada sekarang ni walaupun taklah semewah mana. tp... lebih daripada cukup untuk makan KFC berketul-ketul, hehehe...
SEH - salam... hampir sama ya 'bahasa' kita. tapi... sebenarnya, saya tak adalah sesusah mana jika nk dibandingkan dengan mereka yang kerap ada dalam rancangan BERSAMAMU. tapi... rasa jugalah macam mana mata bergenang bila tengok sepupu pakai kasut cantik masa raya. rasa jugalah macam mana jadi orang yg tak berduit yg hidupnya jarang dipandang org. mujurlah, masa perit tu dah lama... ALLAH tu Maha Kaya, DIA memberi bila sudah sampai masanya... ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah segala keperitan akk da terbalas kan .. walaupon bukan jutawan . tapi akk mampu utk hidup dgn lebey baek kan ...
ReplyDeleteInsyaallah , saya juga berharap akn dapat hidup yg lebey baek .. bukan x bersyukur dgn apa yg ada tapi mengharapkan yg lebih baik akn berlaku dalam kehidupan saya ..
apa yg penting utk memberi kebahagiaan pada abah & emak saya ...
Alhamdulillah , 24 tahun hidup nie , tak pernah rasa apa itu erti susah , bersyukur sbb bhagia bersama keluarga .. walaupon hanya makan nasi berlaukkan ikan masin & telur goreng .. pada satu ketika dulu ..
rupanya perjalanan hidup akk lebih sukar ..
syukur saya bukan anak nelayan yg perlu berlapar bila keaadaan laut susah d duga ..
saya anak pekerja buruh biasa yg tak pernah rasa apa itu susah dlm kehidupan .. Syukur pada Tuhan .. =)
love your story kak ..
lme x singgah ke blog akak nie sbb bz,,bce entri ini buat sye rasa nk nangis jugak,,touching2x sudah..saya pn pernah melalui kesusahan. cuma mungkin dlm situasi dunia lebih moden skrg nie..btol ckp akak,,rasa susah yg kita alami buat kita lebih menghargai org lain,,rasa susah tu buat kita berpk nanti ble suatu masa allah bg kte kesenangan kte nak tolg org lain yg lg susah dr kte,,duit bkn segala2x.yg plg berharga even dlm waktu kesusahan kte masih lg bersama2x keluarga,,dr mereka yg mungkin hidup mewah tetapi miskin kasih syg allah dan keluarga,,hehe..sekadar berkongsi rasa dgn akak,,
ReplyDelete: PEACE_BBJ88 - dulu mmg agak susah, tapi sekarang bila ingat-ingat balik, tu semua dh jadi tak susah. syukur alhamdulillah...
ReplyDeletehidup kita macam roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. harap yg selalu ada di atas, tak lupa betapa kita kena bersedia hadapi kalau-kalau sampai masa kita pulak ada di bawah, ;-)
: purpleteacup lady - yup, mmg ramai yang rasa susahkan? tak kiralah susah dr segi apa. tp yg penting... macam mana kita bangkit daripada kesusahan tu supaya tak terus-menerus ikut kita. sekarang ni, tengok mak abah akak dh boleh hidup selesa, akak pun dh cukup happy. jasa diaorg memang tak boleh balas, setidaknya sebagai anak, akak cuba menyukakan hati mereka, ;-)
ReplyDelete