SEMAKIN kuat Najihah mengetuk pintu bilik Ilham. Namun tetap juga tidak ada yang menyahut. Hendak dikatakan bapa saudaranya masih tidur, mustahil! Ilham yang dia kenal lebih rela tidak makan atau tidur daripada tidak ke pejabat. Ilham memang gila kerja. Lagipun, dia melihat samar-samar cahaya terbias keluar melalui bahagian bawah pintu bilik. Tanda kalau Ilham sudah bangun daripada tidur dan kini mungkin sedang bersiap-siap hendak ke pejabat.
“Mana abang ni?” rungut Najihah. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas.
Kemudian dia kembali mengetuk pintu bilik Ilham bertalu-talu. Makin keras saja ketukannya kerana dia mahu bapa saudaranya itu segera membuka pintu bilik. Kalau boleh secepat mungkin.
“Jiha!” jerit Ilham sebaik saja pintu bilik dibuka.
“Hai... abang!” sapa Najihah selamba. Ada sengihan di bibirnya walaupun dia nampak jegilan mata yang Ilham lemparkan padanya.
“Apa?” tanya Ilham keras. Dia mencekak pinggangnya. Sakit hati bila pagi-pagi buta Najihah sudah mula mengganggunya. Kalau dia yang mengacau Najihah, cepat saja anak saudaranya itu buat kecoh. Tapi yang Najihah pagi-pagi sudah menggegarkan seisi rumah, tidak pulak terasa bersalah.
“Abang nak pergi office ya?” tanya Najihah lembut. Dia tersenyum lebar. Saat ini, dia ibarat ‘kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu’. Padahal, tidak perlu bertanya pun dia sudah tahu, apalagi bila melihat pakaian yang tersarung di tubuh bapa saudaranya itu. Kalau hari-hari biasa, selain daripada hari kerja Ilham selalunya akan mengenakan pakaian yang lebih santai.
Mudah bergerak! Itulah yang sering Ilham katakan walaupun ada masa-masanya dia langsung tidak bertanya.
Mata Ilham mencerun. Melihat air muka Najihah yang berseri-seri seperti dihadiahkan sebakul bunga, dia tahu pasti ada sesuatu yang Najihah inginkan daripadanya. Bertahun-tahun mengenali Najihah dan membesar bersama-sama anak saudaranya itu, dia masak benar dengan perangai Najihah. Memang air muka itulah yang anak saudaranya itu pamerkan jika mahukan sesuatu daripadanya.
“Jiha nak suruh abang buat apa pulak kali ni? Baik cakap cepat sebab abang nak cepat ni.”
“Mana ada Jiha nak suruh abang buat apa-apa,” sangkal Najihah. Di hujung kata-katanya, dia tergelak kecil. Dia belum pun mengatakan apa-apa, Ilham sudah tahu yang dia inginkan sesuatu.
“Baik cakap! Kalau tak, tak payah cakap langsung.” Lengan kemeja yang sudah tersarung di tubuhnya, dilipat perlahan. Kalau tidak disebabkan Najihah, tentu tadi lagi dia sudah siap. Mungkin saat ini dia sudah duduk di ruang makan menikmati sarapan pagi sebelum keluar bekerja.
“Abang...”
“Apa? Cakap ajelah!” potong Ilham pantas. Sakit pula hatinya bila Najihah kelihatan seperti mahu bermain tarik tali dengannya.
“Abang ni, pagi-pagi buta dah nak marah-marah. Tak baik tau, nanti rezeki tak masuk baru abang tahu.”
Ikutkan hati, mahu saja Ilham tutup pintu biliknya. Malas mahu terus mendengar ceramah Najihah. Najihah kalau bercakap memang nombor satu, pandai mengalahkan wakil rakyat. Tapi Najihah selalu terlupa yang dibandingkan dia, Najihah lebih kerap marah-marah pada waktu pagi. Mangsa kemarahan Najihah tentu saja Najid, walaupun ada ketikanya Najid langsung tidak melakukan sebarang kesalahan.
Angin Najihah lebih sukar ditebak!
Huh... sendiri tak betul, ada hati nak mengajar aku! Rungut hati Ilham.
Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Jarum jam semakin berganjak pergi, namun Najihah kelihatan seperti tidak mahu melepaskannya dengan mudah. Tetap juga mempamerkan senyuman semanis madu.
“Sihat ke tak ni?”
“Sangat sihat!”
“Dah tu, nak apa sebenarnya ni? Cakaplah cepat, Jiha! Abang dah lambat ni, karang kena marah pulak.”
“Siapa yang nak marahkan abang? Papa ya?”
Aduhai! Kalau tidak mengenangkan Najihah tu anak saudaranya, memang sudah diketuk-ketuk kepala Najihah yang hari ini kelihatan sangat lurus dan polos. Bahkan kalau sesiapa belum kenal Najihah, pasti akan mengatakan betapa dia punya seorang anak saudara yang sangat lemah lembut.
“Jiha nak apa ni? Abang tak boleh tunggu lagi kalau Jiha asyik nak tayangkan muka macam perempuan Melayu terakhir. Ada banyak benda lagi yang abang kena buat selain daripada melayan Jiha. Bukannya boleh jadi kaya pun kalau asyik tengok muka Jiha yang tak berapa nak cantik tu,” ejek Ilham selamba.
Hilang senyuman di bibir Najihah dengan kata-kata terakhir Ilham. Bapa saudaranya itu, kalau sehari tidak menyakitkan hatinya memang tidak sah. Dia bercakap lepas, Ilham marah. Bila bercakap dalam nada suara yang lemah lembut dengan senyuman manis di bibir, pun kena marah juga.
Mujur dia memang memerlukan pertolongan Ilham, kalau tidak dia pun tidak mahu menghadiahkan senyuman pada Ilham. Buat penat saja kerana Ilham memang jarang mahu menghargai senyuman yang diberikan. Kalau dia ikhlas pun, bapa saudaranya itu akan mengatakan yang dia senyum sebab dia mahukan sesuatu. Padahal, dia bukannya selalu senyum tidak ikhlas. Ada masa-masanya, bila hatinya ceria dan gembira, dia memang ikhlas dengan senyuman yang dilemparkan. Ilham saja yang buat-buat tidak perasan.
“Macamlah selama ni Jiha tak pernah senyum ikhlas.” Nada suara Najihah perlahan dan dalam.
Ilham gigit bibir. Dia tersilap ke hari ni? Tapi bukan selalu Najihah pun melayan dia seperti itu ke? Bahkan Najihah ada kalanya lebih teruk daripadanya.
“Tak apalah...” Najihah berpusing, dia mahu turun ke bawah. Namun baru beberapa tapak melangkah, tangannya terasa ditarik. Dia tersenyum nipis. Ternyata lakonannya berjaya hari ini. Pasti Ilham menyangka yang dia benar-benar terasa hati dengan apa yang dikatakan bapa saudaranya itu. Sedangkan dia hanya berpura-pura merajuk demi memancing rasa bersalah Ilham.
“Okey... okey... abang minta maaf. I’m so sorry, dear...”
“Betul?”
Ilham angguk berkali-kali. Laju. Dia tidak kisah melihat wajah marah-marah Najihah, tapi dia tidak pernah sampai hati mahu melihat wajah sedih Najihah. Di matanya, Najihah sudah sangat kasihan kerana ditinggalkan ibu sendiri ketika masih bayi. Lantaran itu, dia selalu berusaha melakukan yang terbaik demi tidak mahu melihat adanya kesedihan pada raut wajah Najihah.
“Sebab abang dah kecilkan hati Jiha, abang kena hantar Jiha ke pejabat hari ni sebab kereta Jiha ada kat bengkel. Boleh kan?”
Ilham tepuk dahi dengan tangan kanan. Tepat sangkaannya yang Najihah memang berlakon demi menarik rasa simpatinya.
“Sorry sekali lagi... sebab abang tak boleh hantar Jiha. Abang nak pergi Seremban dengan papa Jiha lepas sarapan kejap lagi.”
“Abang hantarlah Jiha dulu, lepas tu abang pergilah Seremban tu dengan papa. Please...”
“No!”
“Abang yang handsome...”
Ilham ketawa perlahan. Satu lagi perangai Najihah yang mencuit hatinya. Najihah selalu memujinya bila mahu memujuknya, namun Najihah akan mengatakan rupanya langsung tidak kacak bila tidak ada apa-apa yang diinginkan daripadanya. Malah, Najihah akan mengatakan rupanya buruk bila sakit hati disakatnya.
“Tak bolehlah! Kalau boleh abang tentu hantar Jiha. Suruh ajelah Najid yang hantar Jiha hari ni. Bukan tak biasa pun.”
Demi mendengar sebaris nama Najid di bibir Ilham, terus Najihah berpusing dengan wajah masam mencuka. Sakit hati dan geram pada Ilham sudah sama banyak dengan apa yang dirasakan pada Najid. Betullah, Najid dan Ilham ada masa-masanya memang boleh duduk secawan.
Menyakitkan hati, desis hati Najihah menyampah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Najihah masih melekapkan telefon bimbit ke telinga sambil mulut tidak henti-henti merungut. Entah apa yang tidak kena agaknya, semua kawan-kawan yang dihubungi tidak membalas panggilannya. Kalau ada yang menjawab pun, semuanya berkata tidak dapat mengambilnya.
“Huh... semuanya sama aje!” rungutnya dengan wajah tidak puas hati.
Ditekan-tekan lagi telefon bimbitnya, masih berusaha mencari nombor telefon teksi. Tapi satu pun tidak ada. Entah mana perginya nombor yang satu ketika dulu sentiasa disimpan, dia sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, sejak pandai memandu kereta, nombor itu memang tidak ada. Kalaupun dia terasa malas hendak memandu, dia akan datang ke rumah depan. Meminta atau memaksa Najid membawanya ke destinasi yang dia hendak pergi. Kadang-kadang Najid akan membawanya dengan senyuman. Ada masa-masanya, Najid mengetap bibir tanda tidak puas hati.
Dia nampak perubahan air muka Najid, tapi dia selalu buat-buat tidak nampak!
“Yang aku pandai sangat pergi buang nombor telefon teksi tu siapa suruh?”
Anak rambut ditolak ke belakang dengan gerakan yang sedikit kasar. Matanya menjeling rumah Najid yang tersergam indah di hadapan. Masih ada di dalam rumahkah Najid? Atau, Najid sudah pergi kerja?
“Ah... tak ada kerja nak ingatkan Najid! Bukan boleh untung pun,” rungut Najihah terus.
“Jiha...”
Mendengar namanya diseru, Najihah angkat muka. Melihat Najid tersenyum di hadapannya, dahinya berkerut seketika. Baru saja dia memikirkan Najid, tiba-tiba saja lelaki itu sudah muncul di hadapannya. Pelik! Tapi lebih pelik lagi bila dia langsung tidak menyedari langkah Najid yang mendekat.
“Jiha nak pergi kerja ya?”
“Tak! Nak pergi main bola jaring,” balas Najihah selamba. Tidak ada senyuman di bibirnya. Selepas tiga hari tidak melihat muka Najid dan tidak mendengar suara lelaki itu, kecuali dalam ‘voice mail’, sakit hatinya pada Najid ternyata masih belum surut. Kalau boleh dia mahu meneruskan mogok pada Najid supaya lelaki itu tahu yang dia sakit hati dengan apa yang Najid katakan tempoh hari.
Kalau dah muncul depan aku, macam mana aku nak terus mogok?
“Lawa ya baju Jiha nak pergi main bola jaring. Tapi boleh ke Jiha nak lompat nanti?” tanya Najid sambil tergelak-gelak. Melihat wajah cemberut Najihah dan mendengar jawapan gadis itu, dia yakin memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Najihah. Gadis itu kelihatan sinis saja.
“Jangan nak buat kelakar okey! Jiha tak rasa nak ketawa hari ni. Simpan ajelah lawak Najid yang langsung tak menyeronokkan tu.”
Sah... memang marahkan akulah tu, detik hati Najid.
“Okey sorry, Najid tak buat lawak lagi dah hari ni,” pinta Najid dengan senyuman. Dipandang paras Najihah yang sudah siap mengenakan pakaian pejabat di tubuh. Bukannya dia tidak tahu Najihah mahu ke pejabat, dia tahu dengan jelas. Bahkan dia jadi lebih tahu bila Ilham menghubunginya tadi. Bapa saudara Najihah itu meminta dia menghantar Najihah ke pejabat hari ini. “Tapi... sejak bila pulak Najid tak boleh bergurau dengan Jiha?”
Najihah menjeling Najid. “Jiha nak pergi kerjalah!”
“Najid tahulah Jiha nak pergi kerja. Tengok pakaian, tengok muka yang dah siap elok, semua orang tahu Jiha nak pergi kerja.”
“Habis tu kenapa Najid nak tanya lagi kalau Najid sebenarnya dah ada jawapan? Sengaja nak menyakitkan hati Jiha aje.”
Najid terasa hendak ketawa besar, tapi melihat Najihah yang masih serius, dia berusaha menahan tawa. Bimbang baru beberapa saat dia melepaskan tawa, tangan Najihah naik ke bahunya. Hobi Najihah yang suka menampar bahunya, memang sudah lama dimaklumi. Kalau tidak sakit tidak mengapa juga, tapi tamparan Najihah memang perit walaupun tangan gadis itu tidak sebesar mana.
“Najid gurau ajelah! Takkanlah tu pun tak boleh kot? Rasa macam dah lama aje tak berbual dengan Jiha. Baru aje berapa hari, tapi rasa macam dah berapa tahun aje tak dengar suara Jiha. ”
“Jiha dan lambatlah!” Najihah berpura-pura melihat jam tangan di pergelangan tangan.
Confirm! Memang marahkan aku, detik hati Najid lagi.
“Jom... Najid hantar.”
“Tak payah! Jiha ada kereta sendiri, tangan dan kaki masih okey lagi. Boleh pergi sendiri.”
Najid senyum sambil menggeleng perlahan. Najihah memang degil dan keras kepala. “Jual mahal tak elok tau.”
“Siapa yang jual mahal? Ingat ikan apa nak jual-jual?”
Najid senyum terus. “Kat sini pun bukannya mudah nak dapat teksi. Jomlah... Najid hantar Jiha pergi kerja. Abang kata kereta Jiha kat bengkel dan tak ada orang yang nak hantar Jiha pergi kerja.”

No comments:
Post a Comment