- TERTUNAI SUDAH JANJI SAYA... -


“Nak makan apa ni? Nak makan kat mana?” Itu soalan saya dengan kepala yang terjengul sedikit dari tingkap. Masa tu Abang Chik saya berhenti kat Petronas sebab nak isi minyak kereta. Soalan tu saya tanyakan pada adik saya kat kereta yang satu lagi.

“Pizza!” Itu pula jawapan anak buah saya yang berumur 4 tahun. Dia jawab dengan muka yang beria-ia.

Saya angguk tanda saya faham yang dia memang nak makan kat Pizza Hut. Mungkin dia teringin. Lepas tu saya ajak abang saya pusing bandar Johor Bahru sebab rasa macam dah lama benar tak tengok lampu di sepanjang jalan. Kalau dulu, selalu jugalah pusing-pusing walaupun tak ada tujuan. Maklumlah, konon-kononnya dah jadi orang KL. Konon-konon ajelah, sedangkan saya orang JB dan akan tetap akan jadi orang Johor biarpun nyawa terpisah daripada badan. Hoho... sangat Johorian! Tapi sebenarnya, KL pun okey juga. Rumah pun dah ada kat sini. Pendek kata, Johor atau Kuala Lumpur, dua-duanya saya suka dan sayang. Masih dalam Malaysia kan?

Minda saya kata nak makan Pizza Hut, tapi bila Abang Chik saya bawa pusing bandar, lepas tu masuk area Pelangi, hati saya kata lain pula. Siapa yang suruh abang saya timbulkan soal ada bubur nasi sedap dekat Sentosa [bukan Singapore]. Terus tekak saya kata, ‘Nak makan bubur nasi’. Telefon Si 4 Tahun tu, saya kata, “Hari ni kita makan bubur ya? Esok Mak Tam bawa pergi makan pizza.” Dia kata saya tipu dia tapi saya ketawa aje. Sudahnya kami makan bubur nasi. Sebagai tambahan pujukan, saya kata saya akan belanja dia makan kat Pizza Hut dan Tutti Frutti.

Malangnya, manusia hanya mampu merancang sedangkan ALLAH yang tentukan. Dengan keadaan Kak Long saya buat rumah terbuka, dengan kamera saya tinggal kat kampung [malam tu kami beramai-ramai tidur rumah Kak Long], dengan badan saya yang tiba-tiba aje jadi tak sihat, hajat nak belanja Si 4 Tahun dan yang lain-lain tak kesampaian. Sudahnya, saya tinggalkan mereka semua malam tu [bertolak balik KL kira-kira pukul 8.00 malam] dengan rasa terkilan. Bukannya saya kedekut atau sengaja nak menipu, tapi... memang keadaan masa tu tak kena langsung.

Tapi mujur juga, balik beberapa hari lepas saya dapat tunaikan semua hajat tu. Tak cukup dengan Pizza Hut dan Tutti Frutti, esoknya saya belanja juga KFC pada mereka yang saya tinggalkan kat JB. Itu pun Si 11 Tahun tiba-tiba aje kata kat saya yang dia lapar. Padahal masa tu, baru aje tinggalkan Tutti Frutti. Tak cukup dengan tu, tiba-tiba Si 12 Tahun mengendeng kat saya. Katanya, “Lepas ni kita pergi MPH boleh?” Saya tanya dia, “Ada duit ke nak beli buku?”. Dia balas balik, “Mak Tam kan ada.” Saya geleng aje dengan hati yang sebal. Mulanya sorang ambil 1 buku, tapi sudahnya setiap orang dapat dua buah buku, termasuk saya sendiri. Anak-anak buah yang tak pandai baca pun mengedik nak buku juga. Saya layankan aje sebab saya tahu kalau tak diberi nanti, akan ada yang melalak sebab tak puas hati. Memanglah anak-anak buah saya dasar Si Pencekik Mak Tam dia orang ni.

Ikutkan... terasa sedikit kopak dikerjakan anak-anak buah saya tu, tapi... jauh-jauh kat sudut hati saya, saya gembira sebab saya dapat menggembirakan mereka. Duit masih boleh dicari, tapi kasih sayang daripada yang menyayangi kita, harganya jauh lebih mahal dibandingkan apa yang kita ada, ;-)

5 comments:

  1. heheh, best mak tam bnyk duit! dpt piza, dpt kfc, dpt buku lg..best!! (psst mak tam, sy tingin nk minum air durian belanda la, jom!)

    ReplyDelete
  2. hahaha... banyak sangat tu tak, tp lepaslah kalau nak kenyangkan perut.

    betul-betul nak pergi ke? kalau nak, boleh aje. tak ada kwn lain, kte pergi berdua pun boleh...

    ReplyDelete
  3. mak tam, jom makan kenny rogers. hehehehe,....betul tu dik. biar duit habis asalkan dapat gembirakan hati org yg kita sayang. :-)

    ReplyDelete
  4. hahaha... dh mcm budak-budak tu aje. pantang nampak kedai makan, mula tersengih-sengih. pdhal... mkn bkn banyak pun.

    betul kak aida, tengok diorg senyum, rasa nk senyum sama, hehehe...

    ReplyDelete
  5. Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

    ReplyDelete