- RAYA AIDILFITRI 2012 YANG MAKIN KE PENGHUJUNG [1] -

By | 7:20 AM 1 comment
Salam di hujung-hujung Syawal bagi yang berkunjung ke sini. Banyak yang nak dikisahkan, tapi tak tahu nak bermula dari mana. Untuk itu, saya tepek-tepek gambar Hari Raya Aidilfitri tahun ni yang boleh dianggap macam nak basi sebab semua aksi diambil pada hari raya pertama. Tapi disebabkan saya nak abadikan kenangan yang dah pun berlalu, saya masukkan juga. Ya... ya... saya tahu dan sangat sedar betapa akhir-akhir ini wabak kemalasan sedang melanda diri saya. Cumanya, kemalasan dari segi membebel di sini, sedangkan kerja-kerja di pejabat dan rumah buat saya tak sempat nak memalaskan diri.

Secara ringkasnya, kerja-kerja di pejabat makin hari makin bertambah sampai ada masa-masanya saya terasa saya memerlukan lebih daripada waktu yang diperuntukkan di tempat kerja. Lebih ringkas lagi, saya dah mula menulis manuskrip baru. Kisah apa? Biarlah dulu... sampai masa tentu akan tahu juga. Kalau tak, nanti jadi kisah basi sekali lagi, kan? Jadinya, saya mengharapkan doa daripada semua supaya setiap langkah yang saya ambil dipermudahkan. Akhir kata, kalau korang sayangkan saya, saya tentu sayangkan korang juga. Jangan serik berkunjung ke sini dan senyum selalu ya... ;-)















Newer Post Older Post Home

1 comment: